
Pengguna tidak perlu panik dan kelam-kabut membeli barang walaupun wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia kini diisytiharkan sebagai pandemik. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, situasi panik mendedahkan pengguna kepada manipulasi dalam pasaran.
Menurutnya, mereka yang mengambil kesempatan melakukan pencatutan dan mengawal harga dan bekalan barangan akan menggunakan peluang berkenaan untuk meraih keuntungan lumayan.

“Kami percaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengambil langkah perlu untuk memantau pasaran supaya tidak berlaku perlanggaran undang-undang sedia ada.
“Adalah sangat perlu semua pengguna tidak mudah terperangkap dalam keadaan di luar dugaan ini kerana wabak ini sedang mencetuskan krisis global yang rumit untuk ditangani sendirian,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Azmi berkata, dalam keadaan yang sangat rumit ketika ini, pengguna perlu turut bekerjasama kepada pihak berkuasa supaya keadaan dapat dikawal dengan bijak.
Menurutnya, dorongan untuk membeli barangan secara pukal kerana melihat orang lain berbuat demikian adalah tidak bijak.
“Kami menyeru Dewan Perniagaan turut berperanan mengawal pengeluar dan peniaga supaya beretika berniaga dalam keadaan yang sangat sukar ini,”katanya.
Mohd Azmi turut menyarankan dua langkahdiambil para pengguna iaitu mengikuti perkembangan terkini wabak Covid-19 menerusi sumber rasmi kerajaan serta mendahulukan keperluan asas dalam pembelian bagi mengelakkan elemen pencatutan berleluasa.
Minggu lalu, media tempatan melaporkan sikap segelintir rakyat negeri Pulau Pinang membuat pembelian panik mula dikenal pasti apabila berebut untuk membeli barangan keperluan, seperti makanan dan kertas tandas setelah negeri itu melaporkan kes jangkitan Covid-19 pertamanya pada 9 Mac lalu.
Sumber kredit: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Tahun ‘Struggle’ Dalam Pengajian LESTI KEJORA Kini Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komunikasi

Selebriti terkenal Indonesia, Lesti Kejora kini bergelar graduan Sains Komunikasi. Lesti menzahirkan kesyukuran setelah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains komunikasi baru-baru ini.


Lesti berkongsi berita gembira itu menerusi akaun media sosialnya.
Dalam beberapa gambar yang dimuat naik oleh Lesti Kejora, dia dilihat memakai jubah hitam dengan selempang tertera namanya dan kelulusan (Ijazah Sarjana Muda).
Turut kelihatan bersama Lesti ialah suami serta ibu bapanya yang hadir memberi sokongan.

“Alhamdulillah MasyaAllah tabarakallah,” tulis Lesti di Instagramnya.
Lesti Kejora memulakan pengajiannya di Universiti Mercu Buana, Jakarta sekitar tahun 2018.
Disebabkan kesibukan dalam dunia hiburan, Lesti akhirnya berjaya meraih ijazah setelah enam tahun pengajian.

Sebelum ini, Lesti pernah berkongsi tajuk tesisnya iaitu ‘Implementasi Digital Public Relations Pada Label Musik Leslar Records Dalam Mempublikasikan Lagu’. Tajuk tesisnya itu telah menarik minat wargamaya.
Untuk info, Leslar Records merupakan label muzik milik Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar.

Lesti kelihatan sangat gembira bergambar bersama Rizky Billar dan anaknya.
BACA JUGA: Hamil Anak Kedua LESTI KEJORA Buat Kejutan, Kit Ujian Kehamilan ‘Hadiah’ Untuk Harijadi Suami
Manakala selebriti terkenal, Inul Daratista yang mempunyai hubungan rapat dengan Lesti turut menzahirkan rasa bangga.
“Sayang, mashaa Allah tabarakallah, ibu tak silap pilih ye… Bangga dengan ibu. Ya Allah semoga berjaya dan dimurahkan rezeki, amin Allahumma, amin, panjang umur. Cium kepada mereka yang membawa Oma Inul Kangeeen.”

Selain Inul, ramai juga rakan artis dan wargamaya yang mengucapkan tahniah atas kejayaan Lesti Kejora.
Tidak ketinggalan, mereka turut menitipkan doa terbaik buat penyanyi dangdut itu.
Semoga Lesti Kejora terus sukses dan tercapai segala impian pada masa hadapan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Bermodalkan RM600, Anda Boleh Pusing Satu Jogjakarta Sampai Lebam. Murah Habis!

Isi Kandungan
ToggleBercuti merupakan salah satu cara untuk menghilangkan stress dan melupakan segala kekusutan buat sementara waktu. Sewaktu bercuti, anda tidak perlu rungsing memikirkan segala masalah yang ada. nikmati percutian anda sebaiknya.
Admin dengar AirAsia ada buat jualan tempat duduk percuma sehingga 19 November ini. Inilah masa untuk anda beli tiket dan bercuti ke Jogjakarta. Mengapa Jogjakarta? Kerana bercuti ke sana sangat berbaloi dengan hanya bermodalkan RM600.
Jangan terkejut! Memang murah! Admin kongsikan apa yang boleh anda lakukan dengan modal sebanyak RM600. Itinerary ini dikongsikan oleh Intanabila Bazli dan katanya bajet ini tidak termasuk makan, minum serta kos membeli-belah.
Ini perkongsiannya yang boleh anda jadikan inspirasi.

RM600, cukup untuk jalan-jalan kat sana, makan minum & beli ole-ole, tapi tak termasuk shopping. Shopping tu pilihan sendiri yer, nak pergi negara orang untuk shopping @ jalan-jalan hehehe.
Itinerary ni paling simple, paling bajet tapi semua tempat kami nak pergi hahaha. Ini saya bagi kos yang penting-penting je.
Makan minum tak termasuk sebab itu pilihan masing-masing nak makan kat restoran/warung tepi jalan.
Kami pergi berdua aje, yerrr berdua je! Alhamdulillah selamat, orang sana semua baik-baik.
Nahhhh baca sampai bawah, kalau tak faham boleh komen.
=================
12/09 – 16/09/2017 (5 hari, 4 malam)
Rate: IDR 1juta = RM322
Tiket return = RM134/pax
=================

Rumah Pandjaitan 42 : Rp 350,000/pax (4 malam free breakfast)
Kos supir : Rp 675,000/pax (3 hari)
– Kos supir termasuk minyak + parking
– Kos supir akan lebih murah kalau uols pergi ramai sebab kira satu kereta bukan kira per kepala. Kami pergi berdua, jadi mahal sikit.
Penginapan + Kos supir (3 hari) = Rp 1,025,000 / RM323.50
=================
Hari Pertama
Kos transport (bas, beca) ke Rumah Pandjaitan: bas ( Rp 7000/pax), beca (Rp 5000) = Rp 12,000
Kami naik ojek ke Malioboro : Rp 8000/pax
Dari Malioboro – Rumah Pandjaitan : Rp 12,500/pax (naik beca)
Kos hari pertama = Rp 24,500 / RM7.80
=================
Hari Ke-2
Hari kedua kami dah guna servis supir ye. Supir jemput di Rumah Pandjaitan.
Pantai Timang
– Kami pilih naik ojek. Lebih murah Rp 50,000
– Spot bergambar ada yang perlu bayar, kami ambil gambar di 2 spot kos Rp 15,000 (boleh tengok dekat gambar)

Goa Pindul Rafting & Tubing : Rp 150,000
Photographer : Rp 62,500
– Kami rasa sangat tak berbaloi pergi sini. Biasa-biasa aje. Member pernah pegi Gua Tempurung, Perak lagi best katanya. Jadi kalau uols tak pergi pun, takpe. Tak rugi.
Pintoe Langit – bayar parking je Rp 2500/pax
( semua spot bergambar kat sini FOC)

Puncak Becici – bayar parking je Rp 2500/pax
( semua spot bergambar kat sini FOC)
– Pak supir bagitahu view kat sini lebih lawa dari Kalibiru, lagipun dekat Kalibiru setiap spot bergambar kena bayar. Jadi kami tak pegi Kalibiru.
Kos Hari Ke-2 = Rp 282,500 / RM89.20
=================
Hari Ke-3
Sunrise Puthuk Setumbu: Rp 30,000/pax
Gereja ayam: Rp 30,000/pax
Masjid Gede Kraton (masjid yg dibina 400tahu n lalu)
Taman Sari: Rp 10,000/pax
Pantai Prangtritis: Rp 3750/pax
Goa Jepang (sunset): Seikhlas hati kami bagi Rp 5,000/pax
Sellie cafe (AADC 2)
Kos hari Ke-3 = Rp 78,750 / RM24.90


=================
Hari Ke-4
Kebun Mangunan: FREE
Jurang tembelan: FREE
Seribu Batu: Rp 2500/pax
Hutan pinus: Rp 2500/pax
Candi ijo: Rp 5000/pax (dapat harga loca)
Pasar Beringharjo (jalan-jalan survey harga dulu)
Kos hari ke-4 = Rp 10,000 / RM3.20


=================
Hari Ke-5
- Pasar Beringharjo (beli ole-ole)
- Naik GrabCar dari Rumah Pandjaitan ke Pasar Beringharjo : Rp 5500/pax
- Naik GrabCar dari Pasar Beringharjo ke Rumah Pandjaitan 42 : Rp 6000/pax
- Naik GrabCar dari Rumah Pandjaitan ke Warung Sambal Special (dekat dgn airport) : Rp 16,500/pax
- Naik Grabcar dari Warung Sambal Special ke Airport = Rp 8,500

Kos hari ke-5 = Rp 36,500 / RM11.60
=================
Jadi, semua kos termasuk penginapan + supir + harga tiket = RM460.20 (tak termasuk makan minum)
=================
Kami pergi 5 hari, 4 malam. Guna servis supir untuk 3 hari je. Sbb kami nak berdikari & save bajet juga.

Guna servis supir untuk pergi tempat-tempat yang jauh. Sedia maklum jarak antara satu-satu tempat tu jauh juga. Boleh search google maps tengok jarak satu tempat ke satu tempat.
Kami pilih ‘Rumah Pandjaitan 42’ sbb harga paling murah bila cari dlm booking.com. Selesa, bersih, wangi. Owner rumah baik sangat, Ok! Kami siap basuh baju. Kalau uols nak masak pun boleh. Wifi pon lajuuuuu. Ada sediakan breakfast secara percuma. Berbaloi-baloi.

=================
– Tempat-tempat yang nak pergi tu, kami yang list sendiri pastu bagi dekat supir, bukan supir yg list kan, supir cuma tolong susun nak pergi mana dulu supaya satu hala je semua
– GrabCar/Uber/Gojek banyak kat sana sama kat Malaysia ni juga. Jadi tak risau nak kemana-mana
– Makanan kat sana sangat murah kalau nak banding dengan tempat kita. Kat sana RM12 dah dapat makan untuk 2 orang, siap ayam bakar & ikan bawal lagi. Tempat kita dpt ke?
– Harga makanan dekat Malioboro agak mahal juga sebab situ dah jadi tempat tarikan pelancong dari luar negara. Kami ada jugak makan dekat area sana, bila bagitahu supir. Supir senyum je & cakap mahal! Tapi tak salah kalau nak cuba.
– Kami ada makan di restoran Ayam Penyet Surabaya (murah & sedap).
– Kalau laa kami tahu kewujudan Waroeng Special Sambal “SS” dari hari pertama, tiap hari makan kat sana je. (murah & sedap). Boleh tengok bukti resit & gambar makanan kt bawah ni. Ni bukan warung tepi jalan ye, ni kedai makan standard tapi murah, bersih.
– Kami beli bakpia di kedai ‘Bakpia Pathok 25’, mmg sedapppp! Ada banyak flavor, tapi kami beli keju & coklat. Boleh campur flavor dalam satu box. Harga satu box Rp 40,000 ada 20biji. Sape nak g Jogja? Nak kirim please sebab yang beli dah habis.
– Semua kos kat atas untuk sorang yer. Kalau uols pergi ramai, lagi murah & jimat!
– Kalau Hotel/Hostel/Homestay ada sediakan breakfast, bawak bekal sesiap sebabnya setiap hari akan keluar awal pagi sebab nak kejar masa untuk tengok sunrise.

– Cari supir yang orang lain dah bagi review bagus ye. Supir kami pemalu sikit tapi kalau bab tolong ambilkan gambar memang terbaik dan kalau uols survey harga, Pak Salim ni antara yang termurah dari yang lain, jadi ada bagusnya jugak.
Fb : Putra Jogja Atmaja
WA : +62 881 6781228 (Pak Salim)
– Last skali, Jangan lupa bawak kawan yang pandai ambil gambar, sebab kat sana banyak spot bergambar lawa-lawa.
Boleh share dgn kawan-kawan yang mana nak pergi Jogja tu. Memang tak rugi pegi wehh sementara masih single hehehe.
Sumber: Intanabila Bazli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Wanita Muslim Tersenarai Paling Kaya Di Dunia. Mereka Bukan Sahaja Cantik, Tetapi Juga Bijak!

Isi Kandungan
ToggleUsah pandang sebelah mata kuasa wanita. Tangan insan yang menghayun buaian inilah yang boleh menggoncang dunia. Biarpun hanya berada di belakang seorang lelaki tetapi kehebatan wanita jangan diperlekehkan. Malah pengaruh dan aura mereka cukup kuat dalam mencorakkan kehidupan berkeluarga. Tuah mereka juga boleh menjadi insan paling berpengaruh di dunia dan pastinya cabaran besar perlu dipikul.
Namun tahukah anda bahawa wanita-wanita beragama Islam dan memiliki aset bernilai lebih ratusan billion ringgit. Bukan hanya cantik, wanita-wanita Muslim ini juga punyai pengaruh dan miliki harta kekayaan yang bukan calang-calang.
Ada antara mereka mewarisi harta kekayaan daripada keluarga, ada yang bertuah bersuamikan seseorang yang berketurunan kaya raya dan ada juga yang kaya hasil usaha sendirinya. Kisah mereka ini moga dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana. Bukan sahaja mampu mengoncang dunia tetapi juga turut berdiri di tapak kaki sendiri.
1. Puteri Ameerah Al-Taweel, Arab Saudi
Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel merupakan isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah seorang keluarga diraja Arab Saudi. Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan atau pengusaha berusia 58 tahun, ia dinobatkan sebagai lelaki ke-26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan nilai harta bersih lebih dari $20-25 bilion.
2. Rania Al Abdullah, Jordan
Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah wanita Muslim ini telah bernikah dengan Putera Abdullah II. Suaminya telah diisbatkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999. Walaupun Raja Abdullah tidak pernah menghebahkan kekayaannya, namun informasi mengatakan ia telah menghabiskan lebih dari 1 bilion dalam pembinaan Taman Tema Star Trek sahaja. Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menobatkan Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.
3. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Brunei
Sultan Hasanal Bolkiah memiliki sebuah kereta Rolls-Royce yang disalut dengan emas 24 karat. Sultan Brunei membelanjakan sebanyak $20 juta pada perkahwinan anak perempuannya ini. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah wanita Muslim yang telah menikah dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.
4. Sheikha Maitha Binti Mohammed, Dubai
Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang raja kaya raya Dubai. Sheikha wanita Muslim juga merupakan seorang atlet Tekwando dan pernah memenangi pingat Perak pada kejuaraan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya diperkirakan lebih dari $40 bilion.
5. Sheikha Mozah Bint Nasser Al Missned, Qatar
Sheikha Mozah merupakan isteri kedua dari tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani. Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad diperkirakan lebih daripada £7 bilion. Negara yang mempunyai ladang minyak dan gas asli terluas, Qatar juga merupakan negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia.
6. Sheikha Hanadi Binti Nasser Al Thani, Qatar
Seorang wanita Muslim pegawai bank, pelabur dan usahawan yang kaya raya, Sheikha Hanadi adalah salah seorang ahli perniagaan yang paling sukses dalam sejarah ekonomi Qatar. Selain menjadi penasihat khusus di Standard Chartered Bank, ia juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City. Kekayaan keluarga Thani diperkirakan hampir $15 bilion.
7. Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, Malaysia
Sultanah Nur Zahirah binti Adil Bakeri atau nama sebenar baginda ialah Siti Rozita binti Adil Bakeri merupakan isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin. Keluarga baginda tidak pernah mendedahkan jumlah aset yang dimilikinya namun terdapat sumber yang menyatakan anggaran jumlah kekayaan yang dimiliki baginda adalah lebih RM70 juta.
8. Fathima Kulsum Zohar Godabari, Arab Saudi
Isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad ini dilahirkan dalam antara keluarga paling kaya di dunia. Permaisuri Arab Saudi ini dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya kepada umum. Kecantikan dan pesona Puteri Fathima ini begitu tersembunyi. Namun kini wajah cantik Ratu Fathima sudah terungkap di media. sebagai negara OPEC terkaya, Arab Saudi menguasai 39% cadangan minyak OPEC. Jadi boleh kita bayangkan betapa gemilangnya hidup Fathima.
9. Yang Mulia Puteri Lalla Salma
Yang Mulia Puteri Lalla Salma adalah isteri dari Raja Mohammed VI. Puteri Lalla Salma lahir pada 10 Mei 1978. Ayah beliau adalah seorang guru sekolah. Umum mengetahui beliau kali pertama sebagai Permaisuri Maroko yang juga merupakan ibu kepada dua anak. Walaupun begitu, Puteri Lalla Salma tetap kelihatan ramah walaupun menjadi first lady atau permaisuri Maroko. Raja Mohammed memiliki anggaran mencapai USD960 ribu menurut Forbes. Disebut kekayaannya mencapai USD2.5 milion.
10.Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah
Yang Mulia Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah adalah putri kedua sekaligus anak keempat dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang terlahir pada 16 Mac 1976. Berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Director yang juga merupakan ‘Assistant Executive’ di pejabat Perdana Menteri pada Julai 2007. Ayah Majeedah, Bolkiah adalah orang terkaya di dunia pada tahun 1997 terkenal dengan kegemarannya pada logam emas yang berharga.
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI