Comelnya Baby Bump! Nyanyi Duet, Fazura & Fattah Amin Dianimasikan Dalam MV Seloka Hari Raya

Share

Pasangan selebriti terkenal iaitu Fazura dan Fattah Amin telah merakamkan semula lagu ‘Seloka Hari Raya’ bersama-sama sebagai hadiah buat para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong mereka.

Menariknya, klip musik video lagu tersebut turut dihasilkan dan telah dimuat naik di laman YouTube pada 16 Mei yang lalu.

Video tersebut menarik perhatian ramai kerana wajah mereka berdua termasuk ahli keluarga mereka telah dianimasikan.

Ramai peminat yang terhibur melihat video tersebut terutama apabila melihat ‘baby bump’ dalam video tersebut.

Walaupun tidak dapat terlibat dalam penggambaran video tersebut disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun hasilnya tetap memuaskan hati!

IKLAN