Chef Selebriti Adamdidam Meninggal Dunia, Neelofa Zahirkan Ucapan Takziah Melalui Gambar Waktu Kecil

Share

Chef selebriti, Adamdidam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 29 tahun.

Perkhabaran sedih itu dikongsikan oleh sepupunya iaitu Natasha Amran melalui laman Instagramnya, @natashaamran
.

Sementara itu, artis popular, Neelofa yang juga saudara kepada arwah menzahirkan ucapan takziahnya dengan memuat naik gambar kenangan bersama sewaktu kecil melalui instastory di laman instagramnya.

Bukan itu sahaja, arwah Adam yang dikenali sebagai seorang bapa saudara yang penyayang (Mamajee) kepada Mukhtar, Fatimah dan Ali yang popular menerusi akaun instagram @thefamily.uk

pasti dirindui oleh semua kerana sebelum ini beliau sering tampil buat kejutan untuk anak-anak saudaranya itu. Al-fatihah untuknya.

 

IKLAN