Ads

Ceritera PETRA Lebaran 2020 Buat Mereka Yang Mahukan Gaya Eksklusif

Memulakan langkah di dalam dunia fesyen pada tahun 2016, jenama Petra yang diusahakan oleh dua jejaka ini pantas menyusur bintang kegemilangan dan meniti dibibir pencinta fesyen yang sukakan gaya minimalis, segar dan mewah.

Ceritera PETRA Lebaran 2020 Buat Mereka Yang Mahukan Gaya Eksklusif
SAPUTRI DRAPPED KURUNG

Menitikberatkan kualiti dan juga nilai praktikaliti, tidak hairanlah rekaan jenama ini antara yang dipilih untuk berkolaborasi bersama laman sesawang beli belah terkenal Zalora setiap kali tibanya musim lebaran.

Ceritera PETRA Lebaran 2020 Buat Mereka Yang Mahukan Gaya Eksklusif
ASTRID KURUNG

Kalau di permulaan dahulu, Petra masih dipengaruhi dengan gaya Muslimah seperti jubah lantaran populariti siluet tersebut. Namun begitu tahun demi tahun banyak perubahan yang dilakukan sehingga nama Petra RTW menjadi buruan pencinta fesyen tanah air.

Ads
Ceritera PETRA Lebaran 2020 Buat Mereka Yang Mahukan Gaya Eksklusif
PHILICIA DRAPPED MINI KURUNG

Dengan harga mampu milik dan rekaan yang menarik, tidak hairanlah ramai individu sehingga kelompok selebriti popular tanah air yang menggayakan busana jenama fesyen ini.

Ads
Ceritera PETRA Lebaran 2020 Buat Mereka Yang Mahukan Gaya Eksklusif
NEEYA KURUNG

Melirik cantik kepada koleksi lebaran Petra 2020, setiap satu rekaan yang dipersembahkan cukup mempesonakan. Mana tidaknya, dengan pilihan warna dan juga corak yang cukup eksklusif menjadikan helaian yang ringkas nampak eksklusif, mahal dan mewah.

Ads
Ceritera PETRA Lebaran 2020 Buat Mereka Yang Mahukan Gaya Eksklusif
SALOME KURUNG PINK

Dari segi siluet, duo pemilik Petra ini memilih untuk bermain dengan rekaan yang ringkas berasaskan kurung moden bahkan fabrik yang dipilih juga cukup selesa untuk digayakan. Dengar khabar, ada rekaan yang sudah pun habis terjual, inilah penangan jenama ini. Busana mereka boleh dibeli menerusi laman sesawang jenama ini sendiri ataupun di laman sesawang Zalora.

Ceritera PETRA Lebaran 2020 Buat Mereka Yang Mahukan Gaya Eksklusif
DALIANA TULIP KURUNG

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Yang lain

Idola K-Pop, Tiffany Young Dedah Rahsia Kulit Cantik Flawless. Hijabi Pun...

Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.