Berita

‘Cef Viral’ Lubnan ABIR EL SAGHIR Kini Bergelar Isteri, Pilih Senaskhah Al-Quran Sebagai Mas Kahwin

Share

Pencipta kandungan digital (makanan) terkenal dari Lubnan, Abir El Saghir baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila dirinya sudah pun bergelar seorang isteri.

Kredit Foto: abiresag

Abir berkongi momen-momen pernikahannya dengan memuat naik beberapa hantaran di Instagram dan TikTok.

Manis menyaungkan dress putih dengan solekan ringkas dan segar menyerlahkan seri pengantin Abir yang dikatakan memiliki raut wajah persis barbie ini.

Sama cantik sama padan tatkala melihat Abir dan pilihan hatinya. Terserlah kebahagiaan pada riak wajah masing-masing.

Sebuah majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh dengana adat dan tradisi.

Dalam pernikahan itu, Abir menerima senaskhah Al-Quran sebagai mas kahwin.

Dekorasi Menarik

Hijabista turut terpesona dengan dekorasi majlis yang menarik. Rona putih mendominasi segenap ruang majlis pernikahan.

Para tetamu dijamu dengan manisan yang menjadi simbolik kepada kerjaya Abir sebagai pencipta kandungan digital makanan.

BACA JUGA: Dari Dapur Rumah Ke Bintang Digital, Kenali ABIR EL SAGHIR Cef Selebriti Tersohor Lubnan

Raih Pujian

Rata-rata para pengikut serta peminat dari seluruh negara menzahirkan rasa teruja dan terharu di samping menitipkan ucapan tahniah buat Abir dan suami.

Malah, ramai yang memuji kecantikan Abir yang begitu menyerlah pada hari bahagianya itu.

Mereka turut menyifatkan ia sebuah majlis yang sangat indah biarpun ringkas. Penuh dengan adat dan tradisi.

“Heartiest congratulations to my favorite influencer! Your simplicity and elegance shine through in every moment. Finally, a real engagement—no filters, no noise—just love, family, and blessings. You never imitate others; you celebrate our traditions with grace and respect. In a world full of fake glam and false narratives, your authenticity is a breath of fresh air. This is the kind of beauty we truly need!”

“Congratulations sister! May Allah bless your marriage and grant you many beautiful years together, Ameen.”

Semoga Abir sentiasa mengecap bahagia bersama suami tercinta seterusnya dikurniakan zuriat soleh dan solehah.

Apa yang pasti, suaminya sangat bertuah kerana memiliki Abir yang hebat memasak. Hari-hari dapat menikmati hidangan lazat hasil air tangan isteri tersayang.

Untuk info, Abir El Saghir baru sahaja diiktiraf sebagai ‘Digital Stars Under 30’ oleh Instagram.

Pada Januari 2023, Abir memenangi Anugerah Joy sebagai pempengaruh wanita pilihan.

Sehingga kini, Abir El Saghir berjaya meraih perhatian berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan video Tiktok yang memaparkan dirinya memasak hidangan tradisional sambil memakai pakaian desa. Memang unik!

 

 

 

 

Related Post
Published by
Amy Mohd