“Cantik Macam Barbie… Ratu Atlantis Aquaman” Netizen Puji Penampilan Elfira Loy Di Majlis Resepsi

Share

Setelah sah menjadi pasangan suami isteri Isnin lalu sempena tahun baru, Elfira Loy dan pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar telah mengadakan majlis resepsi di PICC, Putrajaya bagi meraikan sanak saudara serta teman-teman kenalan kedua belah pihak. Apa yang menjadi perhatian adalah penampilan Elfira Loy yang sangat cantik bagai anak patung di majlis persandingannya. Pelakon berkening tebal ini mengenakan busana dress moden yang direka khas oleh duo designer popular, Rizman Ruzaini.

Dipadankan dengan lilitan hijab sedikit berbeza menjadikan penampilan Elfira begitu berbeza.  Apatah lagi sentuhan mekap oleh jurusolek terkenal, Khir Khalid menyempurnakan lagi kejelitaan Ratu Sehari ini.

Pasangannya juga tidak terkecuali menyarung suit/tuxedo moden yang menyerlahkan lagi ketampanan Raja Sehari yang murah dengan senyuman ini.

Rata-rata netizen memuji penampilan Elfira yang sangat outstanding di majlis resepsi berkenaaan. Selama ini pun Elfira memang terkenal dengan seorang selebriti yang bijak menggayakan busana bersesuaian dengan dirinya.

nrqadeeja Dah macam patung dah. Cantik 

yan_yunan Cantik..gorgeous sangat..tahniah @rizmanruzaini 

asyila_rose Mcm ratu atlantis dlm cte aquaman 

syeiraeira_ Macam barbie sangattt 

asha_rth_ Cam anak patung akirawasabe66 Makeup cantik, baju cantik, perfect

IKLAN