Ads

Bukan Hanya Leperkan Perut, Detoks & Masker Timun Juga Buat Wajah Jadi Glowing

Timun mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan dan kecantikan diri. Antara kebaikan timun adalah ia kaya dengan vitamin B, vitamin C dan penuh cecair. Timun mampu menyegarkan tubuh, membantu membuang toksin, merawat kulit rengsa dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Jika anda mengalami masalah lingkaran hitam di bawah mata, anda boleh amalkan meletakkan hirisan timun pada bahagian mata. Selain itu, timun juga membantu menghilangkan bau mulut serta membantu menurunkan berat badan secara selamat.

Apa kata anda cuba tip yang dikongsi oleh Amyra Nabila Hasnol kelebihan air detoks timun. Bukan sahaja mudah, malah jimat dan tidak memerlukan wang yang banyak.

BAHAN-BAHAN:

1 batang timun (tidak perlu buang kulit)
2 – 3 sm halia (hiris)
1 – 2 batang serai (hiris)
Madu 3 sudu plastik

Ads

Bukan Hanya Leperkan Perut, Detoks & Masker Timun Juga Buat Wajah Jadi Glowing

CARA-CARA:

  1. Campurkan semua bahan kemudian blender sampai halus.
  2. Tapis airnya.
  3. Siap untuk diminum!

Bukan Hanya Leperkan Perut, Detoks & Masker Timun Juga Buat Wajah Jadi Glowing

Ads

KELEBIHAN AIR DETOKS TIMUN:

  • Membuang toksin dalam badan.
  • Merawat masalah buasir dan sembelit.
  • Membantu mengempiskan perut.
  • Menghilangkan bau badan.

**Disarankan minum dua kali sehari – 30 minit sebelum makan pagi dan 30 minit sebelum makan malam.

Ads

HAMPAS TIMUN BOLEH JADI MASKER:

  • Hampas tersebut jangan buang. Hampas yang telah dikisar itu boleh dicampur dengan putih telur dan ditampal pada kulit wajah.
  • Biarkan kering dalam masa 30 minit. Kemudian bilas bersih.

Bukan Hanya Leperkan Perut, Detoks & Masker Timun Juga Buat Wajah Jadi Glowing

HIJABISTA: Sebenarnya memang banyak kelebihan timun dalam kehidupan harian kita. Bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga baik untuk kecantikan.

Sumber: Facebook Amyra Nabila Hasnol

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Yang lain

Idola K-Pop, Tiffany Young Dedah Rahsia Kulit Cantik Flawless. Hijabi Pun...

Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.