Buat Kuih Raya Di Rumah, Cubalah Resepi Kulit Popia Bersalut Coklat Viral Ini!

Share

Resepi popia bersalut coklat viral! Pernahkah anda mencubanya? Jika belum, inilah masa untuk melakukannya kerana mudah sahaja untuk melakukannya di rumah. Ikuti panduan resepi yang disediakan ini.

Bahan-bahannya :

1 bungkus kulit popia
Coklat coin  (guna beryls milk + dark choc juga boleh)
Kekacang kegemaran (disangai terlebih dahulu)
Manik hiasan
Cawan biskut

Cara-caranya:

– Gulungkan kulit popia dgn menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ini bagi memudahkan proses menggulung. Dah siap tarik dari lidi sate.


– Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yg diingini.
– Setelah selesai, potong kulit popia memanjang. 1 gulungan potong jadi 8. Ikut selera.


– Kemudian anginkan seketika kulit popia. Dalam 15min.
– Goreng hingga keemasan.


– Panaskan coklat coin double boil. Saya guna separuh milk choc dan separuh dark choc.
– Dah cair, masukkan kulit popia yg telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati.
– Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!

sumber: Chesu Riani

IKLAN