Kecantikan

Buang Segala Toksin Dalam Badan Dengan Air Detox Timun. Perut Pun Boleh Kempis

Share

Bila perut buncit, anda pun malu mahu keluar rumah kan? Pakai apa sahaja baju tetap rasa tak kena. Penat diet, tapi perut masih lagi buncit.

Begini, apa kata anda cuba pula tip yang dikongsi oleh Amyra Nabila Hasnol di Facebook tentang kelebihan air detox timun. Bukan sahaja mudah, malah jimat dan tidak memerlukan wang yang banyak.

BAHAN-BAHAN:

1 batang timun (tidak perlu buang kulit)
2 – 3 cm halia (hiris)
1 – 2 batang serai (hiris)
Madu 3 sudu plastik

CARA-CARA:

  1. Campurkan semua bahan kemudian blender sampai halus.
  2. Tapis airnya.
  3. Siap untuk diminum!

KELEBIHAN AIR DETOX TIMUN:

  • Membuang toksin dalam badan.
  • Merawat masalah buasir dan sembelit.
  • Membantu mengempiskan perut.
  • Menghilangkan bau badan.

**Disarankan minum dua kali sehari – 30 minit sebelum makan pagi dan 30 minit sebelum makan malam.

TIP MANJA:

  • Hampas tersebut jangan buang. Hampas yang telah diblender itu boleh dicampur dengan putih telur dan ditampal pada muka.
  • Biar kering dalam masa 30 minit. Kemudian bilas bersih.

Sumber: Facebook Amyra Nabila Hasnol

IKLAN