Bagi penggemar kuih berintikan manisan pastinya menyukai buah Melaka. Buah Melaka atau Onde-onde sememangnya menjadi kesukaan pelbagai peringkat usia. Jika biasanya buah Melaka menggunakan daun pandan tapi apa kata sesekali ubah cita rasa menggunakan buah naga.
Sama ada dimakan pada waktu pagi atau petang, ia tetap membangkitkan rasa dan aroma enak apatah lagi sekiranya dinikmati bersama minuman panas.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Juraini Mohd Zabidi ini.
BAHAN-BAHAN: 4 sudu besar tepung pulut 1 sudu besar tepung beras 1 biji buah naga – kisar dengan sedikit air Gula melaka – potong kecil 1/2 biji kelapa muda parut – ambil bahagian putih sahaja Sedikit garam – untuk gaul dengan kelapa parut Sedikit air kapur
CARA MEMBUAT:
Ads
1.Bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan buah naga yang telah siap dikisar.
Kisar buah naga dengan sedikit air, sama macam bancuhan guna daun pandan.
2.Campurkan dengan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan.
Beginilah hasilnya.
3.Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul-betul cair semasa direbus.
Ads
Bulat-bulatkan dengan kemas.
4.Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan bebola tepung. Tunggu sehingga bebola timbul di permukaan air. Ini menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.
5.Toskan. Golek-golekkan dengan kelapa parut yang telah siap digaul bersama sedikit garam.
Dinda Hauw merupakan seorang pelakon kelahiran Palembang, Indonesia. Namanya semakin meningkat naik semenjak dia memegang watak sebagai Keke; iaitu seorang kanak-kanak yang menderita sakit kanser otot rangka, dalam filem “Surat Kecil Untuk Tuhan” (2011).
Dinda atau nama sebenarnya, Nyimas Khodijah Nasthiti Adinda, mula menarik perhatian masyarakat di Malaysia selepas membintangi sebuah karya yang membawa penonton mendekati agama Islam yang bertajuk Cinta Subuh (2022).
Peminat Dinda pasti mengetahui bahawa melalui filem tersebutlah dia bertemu dengan suaminya, Reynaldi Mbayang, 24, serta mengakui terjebak dengan cinta lokasi. Bahkan, pasangan tersebut turut mengganggap filem Cinta Subuh sebagai ‘pengiring kisah cinta’ mereka.
Pasangan tersebut kemudiannya telah diijabkabulkan pada 10 Julai 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Arshakalif Muhammad Mbayag atau mesra dipanggil Shaka yang kini berusia setahun.
Buat hijabi yang sering mengikuti Instagram pelakon tersebut pasti mengetahui bahawa gaya fesyennya sering menjadi sorotan ramai. Ini kerana, dia sering memakai busana yang tampak mewah dan modest dengan gaya yang mudah untuk ditiru.
Baru-baru ini, pelakon tersebut telah berkongsi fotonya yang menampakkan ‘baby bump’ dan membuatkan netizen ‘gemes’!
Aktres tersebut telah memuat naik foto menyarungkan pakaian ‘all white’ sambil memegang perut melalui laman Instagram. Difahamkan, foto tersebut diambil ketika sedang bercuti bersama suami dan anaknya ke Shiwakawa Go, Jepun.
“Ibu mengandung bulan depan tak boleh naik kapal terbang dah. Masih ada 2 minggu lagi…” tulisnya.
Dalam foto itu, Dinda Hauw kelihatan anggun bersama baju turtleneck berbulu lembut yang menampilkan potongan klasik bersama seluar berwarna putih. Selain itu, dia juga memadankan pakaianya bersama hijab yang berwarna putih dan beret yang kini menjadi trend sebagai item pelengkap fesyen.
Wanita berusia 26 tahun itu turut menambahkan gayanya bersama beg putih yang kecil, sneakers putih dan cermin mata hitam. Suaminya juga dilihat memakai pakaian yang sedondon.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian netizen yang teruja melihat baby bumpnya dan mendoakan kesihatan Dinda. Rakan artis serta para peminat turut memuji rupa paras serta OOTD Dinda yang stylish meskipun sedang menghitung hari untuk melahirkan.
“Sehat selalu ya bunda semoga lancar terus Amin…..”
“Bunda ‘on the way’ anak kedua, hamil atau tak auranya sama cantik… Tiada obatt masyaallah Tabarakallah”
“Masya Allah Tabarakaullahu cantiknya nak…Selalu sehat lancar selamat bahagia sampai persalinan Aamin Ya Allah Ya Robbalalamin”
Terdahulu, aktres dari seberang tersebut pernah mengalami keguguran dan enam bulan selepas itu dia mengumumkan khabar hamil anak kedua saat menjalani ibadah umrah.
Pemilik nama penuh, Nur Hawa Zainal Abidin atau nama pentasnya Wawa Zainal merupakan antara pelakon dan usahawanita yang berjaya melakar nama di persada seni mahupun arena perniagaan di Malaysia.
Malah, sejak meyulam cinta bersama suami tercinta, aktor Aeril Zafrel dari 11 tahun yang lalu, rezeki bagi pasangan selebriti dua sejoli ini dilihat semakin melimpah ruah dengan kehadiran empat orang cahaya mata yang menyerikan lagi mahligai cinta yang terbina.
Menurut Wawa, dia amat bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar seperti Aeril. Sehinggakan Wawa sendiri terinspirasi dengan sikap Aeril yang sentiasa bertolak ansur jika berlaku perselisihan faham.
Wawa dan Aeril juga dilihat semakin bahagia, meskipun di awal perkahwinan mereka terpaksa menempuh pelbagai ujian yang getir, pasangan ini membuktikan bahawa mereka mampu menanganinya bersama.
“Walau banyak dugaan, pengalaman mengajar kami erti hidup. Sekarang adalah fasa sedekad untuk perkahwinan kami.
“Fokus utama kami, membina empayar perniagaan. Sekarang umur saya 32 tahun manakala Aeril 35 tahun.
“Sementara masih ada kudrat untuk cari rezeki, kami akan terus kembangkan perniagaan. Ini juga demi kesenangan anak-anak kerana niat kami berniaga untuk jangka masa panjang.”
Menurut Wawa, kalau dulu mereka kerap ‘mencuri masa’ anak-anak degan kesibukan kerja dalam perniagaan. Namun kini Allah SWT mengembalikan masa yang ‘hilang’ itu.
“Apabila ada masa yang fleksibel kami dapat meluangkan masa yang banyak bersama anak-anak. Sebelum ini kami terlalu sibuk dan tiada masa untuk anak-anak.
“Sehinggakan saya rasa sangat berdosa apabila sering ‘mencuri masa’ anak-anak dengan kerja-kerja kami. Waktu balik kerja mereka sudah tidur, kalau ada masa pun sekejap sahaja.
“Sekarang ini kami bersyukur kerana dapat bersama anak-anak pada bila-bila masa terutama pada hujung minggu. Saya lebih suka duduk di rumah sambil layan anak-anak.”
Kongsi Wawa, cara didikannya dan Aeril sedikit berbeza. Dia agak tegas dengan anak-anak manakala Aeril seorang yang tegas dalam kelembutan serta tidak pernah berkasar atau marah dengan anak-anak.
“Seperti mana yang dikongsikan oleh Aeril di laman sosial itulah realitinya, bukan dibuat-buat.”
Secara tidak langsung sikap Aaeril itu telah memberi contoh dan inspirasi kepada Wawa dalam mendidik anak-anak.
“Apa yang saya belajar adalah bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang penyabar dalam melayan karenah anak-anak.
“Dengan masa yang fleksibel kini dapatlah saya meluangkan masa dengan anak-anak termasuklah menyelami jiwa dan perasaan kecil mereka.
“Harapan kami semoga anak-anak membesar dengan penuh kasih sayang dan selagi termampu kami akan sentiasa memberikan yang terbaik buat mereka, Insha-Allah.
“Untuk anak-anak, selain meninggalkan legasi perniagaan kami juga sudah membuat extra care dengan menyediakan pelan insuran masing-masing termasuk simpanan masa depan,” kongsi Wawa.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Pelakon menawan, Anzalna Nasir terharu apabila dipilih sebagai wajah terbaharu Loveta, jenama hijab milik Allahyarhamah Siti Sarah.
Menjelaskan di laman instagram miliknya, Anzalna pada awalnya berbelah bagi untuk menerima tawaran tersebut kerana seperti yang semua sedia maklum jenama tersebut sudah sinonim dengan nama Siti Sarah.
Teruja melakukan penggambaran dan sesi fotografi bersama Loveta, Anzalna bagaimanapun tidak dapat menahan sebak apabila melakukan sesi tersebut bersama anak perempuan arwah iaitu Dzahira Talita Zahra,8.
Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi @lovetahq menjadi pilihan Anzalna.
Selain dari material/ design tudung yang mudah disarung Anzalna tertarik untuk menjadi sebahagian dari Loveta kerana ada permintaan terakhir dari arwah @sitisarahraissuddin iaitu meneruskan legasi Loveta dan dalam masa yang sama dapat menolong team Loveta mencari rezeki untuk keluarga.
Masa team @lovetahq text dan tanya utk kerjasama ni Anzalna mcm berbelah bahagi sebab tudung Loveta ni memang dh sinonim dengan nama arwah @sitisarahraissuddin . Banyak kali Anzalna tanya pendapat @hanif_zaki ❤️.
Anyway ini shoot yang sangat menyentuh hati. Kepada team Loveta, minta maaf sekiranya Anzalna tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang shooting disebabkan terlalu emotional. Anzalna sangat rindukan arwah. Al- fatihah buat arwah 🥺❤️ @lovetahq
Nantikan 05 January 2022 | 12PM
Selain itu, Anzalna juga turut berkongsi perasaannya yang terlalu merindui arwah sahabatnya itu hingga termimpi wajahnya.
Di ruangan komen, ramai yang turut tersentuh hati dan merasa sebak apabila melihat video disebalik tabir tersebut.
Tak kuatlah tengok… berjurai air mata
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.