Filem Dolittle pastinya tidak akan mengecewakan para peminat setia Robert Downey Jr. yang sangat sinonim dengan watak superhero terkenal iaitu Ironman. Melakonkan watak utama sebagai Dr. John Dolittle, filem ini mengisahkan tentang seorang doktor terkenal yang bertapa dan menyembunyikan diri di belakang Dolittle Manor selepas tujuh tahun kematian isterinya.
.
Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan haiwan, Dr. Dolittle terpaksa berlayar dan melalui pengembaraan epik ke pulau mitos bagi mencari penawar buat Ratu England yang sedang gering.
Tidak berlayar seorang diri, dia juga turut membawa ‘rakan-rakannya’ yang terdiri daripada pelbagai spesies haiwan untuk berlayar bersama. Namun, dia tidak sangka akan bertemu dengan makhluk yang luar biasa sepanjang pengembaraannya itu.
Ads
.
Walaupun mungkin pada awalnya penonton akan memikirkan hanya kanak-kanak sahaja yang akan terhibur tetapi sebenarnya tidak kerana rata-rata penonton yang terdiri daripada golongan dewasa juga turut menyukai filem ini kerana ia sarat dengan elemen yang melucukan.
Ads
Sis paling terhibur bila menyaksikan babak pergaduhan di antara Yoshi si beruang kutub yang dialih suara oleh John Cena dan juga Chee-Chee si gorilla (Rami Malek). Serius, comel sangat!
Ads
.
Ditayangkan di seluruh pawagam bermula hari ini, cepat-cepatlah dapatkan tiket filem Dolittle ini untuk menyaksikan sendiri sisi lucu Robert Downey Jr. yang tidak disangka-sangka. Oh lupa, Selena Gomez juga turut membuat kemunculan istimewa dalam filem ini tau!
.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bayangkan konten-konten kesukaan sis dihimpunkan dalam satu tempat… Ada artikel, video, podcast – termasuklah dari Hijabista, semuanya dalam satu aplikasi terbaharu yang dinamakan seeNI!
Nu Ideaktiv, dengan gembiranya memperkenalkan seeNI, sebuah aplikasi baru yang direka untuk mengumpulkan pelbagai jenis konten dalam satu lokasi yang mudah diakses.
“Tujuan seeNI dibangunkan adalah untuk memudahkan pengguna mengakses konten-konten lokal yang pelbagai. Kami di seeNI ibaratnya chef yang dah ada semua bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan untuk selera setiap lapisan generasi.
Jadi kami gabungkan semuanya untuk menghasilkan sesuatu yang semua orang boleh kongsi dan enjoy bersama-sama.” Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim
seeNI merupakan aplikasi tunggal yang mempunyai pelbagai jenis konten di dalamnya. Konten yang dipilih telah diteliti sesuai dengan selera dan minat para pengguna.
Sama ada anda seorang peminat fesyen, sedang mencari ilmu keibubapaan, seorang peminat sukan, atau sedang mencari pencerahan spiritual- seeNI bersedia dengan sesuatu yang istimewa untuk anda.
Platform kami menawarkan pelbagai pilihan konten sesuai selera masing-masing. Artikel bagi mereka yang gemarkan berita dan pandangan dengan maklumat yang mendalam untuk memberi informasi dan hiburan.
Podcast yang membawakan perbincangan tentang topik-topik menarik. Pelbagai jenis video untuk menghibur dan mendidik dan novel dalam talian yang akan membawa anda menjelajah ke alam baru.
Konten-konten yang diperolehi di seeNI diperoleh daripada rangkaian 19 penerbit digital terkemuka di bawah payung Nu Ideaktiv. Penerbit-penerbit terkemuka ini menghasilkan konten berkualiti dalam pelbagai bidang. SeeNI pula telah mengumpulkan konten-konten di dalam aplikasinya, menjadikan akses lebih mudah bagi pengguna.
“Kami sangat bersemangat untuk memperkenalkan seeNI sebagai destinasi utama bagi pencinta konten lokal di luar sana. Dengan seeNI, anda boleh menjelajah dunia pengetahuan, hiburan, dan inspirasi, semua dalam satu tempat.”
Sangat mudah untuk download seeNI dalam peranti digital sis. Ikut cara-cara di bawah:
1. Scan QR kod di bawah. Atau download seeNI di Playstore atau Google Store.
2. Pilih tetapan bahasa yang disukai.
3. Pilih kategori yang diminati. Anda boleh memilih seberapa banyak yang anda mahukan.
4. Tahniah, seeNI anda bersedia untuk digunakan! Masa untuk skrol sampai lebam!
Jadi tunggu apa lagi? Semua sudah ada di seeNI. Tunggu download sahaja kat link tertera (klik sekarang)
Kalau sis dah muat turun, jangan lupa follow kami di media sosial juga ya!
Dalam kesederhanaan, persiapan raya mesti ada. Sempena musim perayaan ini, Go Shop telah menambah satu saluran baharu, GO SHOP RAMADAN & RAYA EDISI KHAS (saluran 111). Kegembiraan para pelanggan membeli belah pastinya menjadi-jadi!
Saluran khas 24 jam, GO SHOP RAMADAN & RAYA EDISI KHAS (saluran 111) ini mengajak para pelanggan membeli belah produk-produk Go Shop seperti item fesyen, perkakasan rumah, peralatan dapur dan produk Islamik. Sebelum ini Go Shop mempunyai dua saluran lain iaitu GO SHOP RUUMA (CH118) dan GO SHOP GAAYA (CH120).
Pengisian Ramadan dan Syawal disemarakkan lagi dengan himpunan program terhebat melalui saluran ini. GO SHOP RAMADAN & RAYA EDISI KHAS (saluran 111) menampilkan Assalamualaikum Ramadan, Syukur Ramadan, Dapur Selebriti, Stail TV, Go Shop Express dan Diari Rumah.
Program Assalamualaikum Ramadan mengetengahkan pelbagai produk Islamik seperti Al-Quran, telekung dan sejadah. Program Syukur Ramadan pula mempromosikan secara eksklusif pelbagai peralatan memasak Go Shop untuk musim Raya.
Kalau sis suka memasak, boleh tonton program Dapur Selebriti. Sis boleh dapat idea memasak daripada chef selebriti seperti Chef Wan, Chef Florence Tan dan Chef Dr Kamarul melalui saluran ini.
Bergayalah persis Dato Siti Nurhaliza dengan Creacion Khadija Kurung Set. Tersedia dengan tiga pilihan warna, Rose Pink, Lavender dan Mint Green, himpunan Khadija Kurung Set menggunakan fabrik satin crepe. Kurung tradisional potongan labuh berleher longgar ini cukup selesa digayakan di pagi raya. Label lain yang turut ditawarkan ialah Najjah, Farfalla dan Lancaster Polo.
Buat sis yang gemar berfesyen dan sentiasa ‘follow’ trend fesyen terkini, program Stail TV sesuai sangat dengan sis! Ada banyak maklumat trend fesyen terkini raya. Tutorial gaya pun ada. Program selama 30 minit ini memang berbaloi sangat!
Go Shop Express pula adalah program selama 30 minit yang merangkumkan ciri-ciri terbaik produk-produk yang dipromosikan.
Sis boleh dapat semua tip-tip penambahbaikan rumah melalui program Diari Rumah. Dengan gaya persembahan yang lebih santai, hos GO Shop memperkenalkan sesuatu produk serta demo penggunaan produk dalam kehidupan harian. Ini akan membantu penonton untuk melihat sendiri penggunaan dan keberkesanan produk itu di kediaman sebenar.
Pengacara Go Shop, Syakirin Husnal, berkongsi rutin sepanjang ramadan ini. Banyak masanya diluangkan bersama suami untuk solat dan mengaji. Selain menggunakan Al-Quran Mushaf Qiyam ketika berjemaah, Syakirin turut menggunakan Al-Quran Tagging Khas Wanita keluaran Telaga Biru ketika bertadarus.
“Disebabkan tahun ini Syakirin yang kena jadi tukang masak utama waktu malam raya, Syakirin suka sangat guna kuali Cuisineur 32 sm. Rekaannya cantik, kapasitinya sesuai untuk masak buat keluarga kami, dan mudah digunakan sebab ia anti lekat.
Syakirin memilih untuk mengenakan Farfalla Hijab Sophea di hari raya kerana ia mudah disuai padan dengan apa sahaja selain kelihatan simple. Terlihat sopan dan manis digayakan dengan baju kurung. Selepas raya, ia boleh dipakai bersama seluar dan blaus untuk gaya santai dan kasual. Berbaloi sangat!
“Syakirin doakan anda masih boleh menyambut Aidilfitri dengan bahagia dan ceria. Walaupun mungkin kita jauh, tapi tiada apa yang mampu memisahkan hati kita,” ujar Syakirin.
Nak menang kupon? Jom main permainan dalam aplikasi, ‘Go Shop Beraya Game.’ Para pelanggan berpeluang memenangi kupon-kupon bernilai sejumlah RM45,000 sehingga 3 Jun 2020. Caranya mudah sahaja. Hanya buka aplikasi Go Shop, klik pada ikon ‘Go Shop Beraya Game’ untuk peluang memenangi kupon.
Pelanggan juga boleh membeli-belah secara online menerusi laman web, www.goshop.com.my atau muat turn aplikasi Go Shop di Google Play dan App Store. Pelanggan boleh menonton Go Shop Ramadan & Raya Edisi Khas (saluran 111) dan Go Shop RUUMA (saluran 118) serta Go Shop GAAYA (saluran 120).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebenarnya, ramai dalam kalangan kita yang sangat berbakat dalam bidang rekaan fesyen tapi tak tahu bagaimana hendak mengembangkannya. Seringkali melihat kejayaan pereka fesyen tanah air mencipta nama di persada antarabangsa, pasti ramai yang memasang angan-angan untuk menjadi seperti itu juga.
Kini anda sudah boleh berhenti bermimpi kerana impian tersebut boleh menjadi kenyataan. Jika selama ini anda hanya mengambil tempahan baju secara kecil-kecilan dan tiada bajet untuk mengembangkan perniagaan, kini anda boleh maju setapak lagi dengan Selangor Fashion Accelerator!
Anda yang dicari
Seiring dengan industri fesyen modest yang sedang berkembang, Selangor Fashion Accelerator kini sedang mencari mereka yang berbakat dalam rekaan ‘Pakaian Sedia-untuk-Dipakai’ (Ready-to-wear) sederhana dengan sentuhan moden dan elemen minimalis.
Selangor Fashion Accelerator merupakan program intensif selama 2 bulan yang akan membantu 16 pemilik jenama fesyen yang baru bermula ataupun Industri Kecil Sederhana (IKS) melalui bimbingan daripada mentor yang arif dan bengkel yang komprehensif di mana ia bakal membuka jalan bagi mengembangkan bisnes anda.
Menariknya, anda tidak akan dikenakan sebarang yuran langsung bagi menyertainya. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk diperkenalkan kepada peneraju industri, peruncit dan pengilang dalam dunia fesyen.
Platform terbaik cipta nama
Selain itu, anda akan turut diajar dan dibimbing dalam dunia perniagaan fesyen serta berpeluang menemui para pelabur yang berpontensi melabur untuk jenama anda. Wah, macam-macam ada!
Jika anda merupakan seorang yang kreatif, bercita-cita tinggi, bersemangat besar dan memenuhi kriteria kelayakan, ini sememangnya platform yang terbaik untuk anda mencipta nama dalam industri ini.
Kriteria Kelayakan:
Seronoknya kalau dapat mengecap impian, kan! Jadi, tunggu apa lagi? Segeralah daftarkan diri untuk mendapatkan peluang keemasan ini. Tempat adalah terhad. Rugilah kalau terlepas nanti.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.