Berhijab Di Masjid Kerana Hormat, Tindakan Penyanyi Lagu Havana, Camila Cabello Dipuji Dunia

Share

Penyanyi yang popular dengan lagu Havana, Camila Cabello mengujakan para peminatnya apabila tampil berhijab ketika berkunjung ke masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.

Berkongsi gambarnya di Instagram, gambarnya dibanjiri ribuan komen daripada para peminatnya dan kebanyakannya memuji kerana sikapnya yang menghormati adat, budaya dan agama sesebuah negara.

Cantiknya Camila!

Atas dasar hormat, Camila mengenakan hijab di kepala…

Salah seorang orang yang saya kagumi, Anthony Bourdain pernah berkata, ‘ianya nampak semakin banyak tempat yang saya tuju, semakin saya sedar betapa besarnya dunia itu’- ini sangat benar. Saya suka merasakan perasaan rendah diri itu apabila berkunjung ke suatu tempat dan merasai budaya yang sememangnya berbeza, ia membuatkan awak sedar betapa kecilnya dunia awak berbanding dunia yang sebenar.

Ia adalah mengenai bagaimana anda hidupkan kehidupan anda dalam jutaan versi. Tapi pada waktu yang sama, pengembaraan waktu membuatkan kita sedar yang kita bukanlah terlalu berbeza. Saya memakai hijab kerana rasa hormat apabila melawat masjid dan di kedai seorang gadis yang begitu manis telah menolong saya memakainya.

Perasaan yang sukar diungkapkan…

Kita tidak bertutur dalam bahasa yang sama, tetapi dia tersenyum sewaktu menolong saya dan ini membuatkan saya merasakan dia seperti teman rapat. Saya tak tahu bagaimana mahu mengambarkannya, tapi pengalaman ini memberikan perasan istimewa kepada saya. Jumpa malam ini, Dubai. ?????

Camila juga telah memuat naik beberapa lagi fotonya di Dubai. Manisnya senyuman kamu!

IKLAN