Bentuk Muka Dengan Krim Contour ‘Kelabu’? Ramai Yang Gunakan Teknik Ini Untuk Efek ‘Lifting Dan Natural’

Share

Bagi mereka yang gemar solek, sudah tentunya anda dah tahu cara untuk lakukan base seperti letakkan foundationbedak asas, pemerah pipi, dan lain-lain. Pelbagai juga teknik yang sering tular di media sosial salah satunya seperti gunakan garfu untuk kontur hidung!

Hari ini, sis nak bincangkan tentang tren terbaru yang masih hangat diperkatakan dalam dunia solekan, kontur muka guna krim kontur berwarna KELABU! 

Artikel berkaitan: Mekap Selalu Cair, Tak Tahan Dengan Cuaca Panas Di Malaysia, Ada Caranya Untuk Kekalkannya!

Muka Jadi Lebih ‘Natural‘ Berbanding Sebelumnya!

Teknik ini dikongsi oleh seorang TikToker @roseandben yang telah memuat naik video itu pada tahun lepas. Video itu meraih sebanyak 19.9 juta viewer.

Jika terdahulu kontur muka lebih menggunakan warna yang warm sama seperti bronze muka. Tapi menurut Rose, gunakan dua warna cool untuk kontur muka manakala warm untuk bronze.

Sumber dari TikToker @roseandben

Letakkan bronzer pada kawasan yang kena cahaya matahari

Katanya, bronzer perlu diletakkan di kawasan di mana matahari akan terkena pada muka. Ini akan membuatkan kawasan itu lebih natural kerana warna warm yang menghiasi wajah membuatkan ia tampak lebih hidup.

Sumber dari TikToker @roseandben

Artikel berkaitan: Mekap Selalu Cair, Tak Tahan Dengan Cuaca Panas Di Malaysia, Ada Caranya Untuk Kekalkannya!

Kontur pada bawah tulang pipi

Rose pula menyarankan untuk anda letakkan kontur berona cool itu di bawah tulang pipi dan bukan sama kedudukan di mana anda letakkan bronzer tadi. Jika letakkan kontur itu di bahagian atas tulang pipi, ia akan menyerlahkan lagi warna kelabu itu.

Sumber dari TikToker @roseandben

Anda boleh lihat di sini perbezaan menggunakan warna kontur cool dan bronzer yang lebih warm untuk membentuk muka. Ianya tampak lebih natural di bahagian kontur yang berwarna cool itu.

Sumber dari TikToker @roseandben

Hasilnya sungguh menawan dan kini anda boleh bentukkan muka tanpa warna yang terlalu ketara! Nak ala-ala natural

, hanya letakkan sedikit sahaja dan anda bersedia untuk kelihatan cantik sepanjang hari.
Sumber dari TikToker @roseandben

Sumber: TikToker @roseandben

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN