Bengah Doa Hari-Hari & Beri ‘Hint’ Minta Isterinya Cik Bunge Berhijab, Dengan Lukis Foto Bertudung. Sweet!

Share

Menjadi impian setiap suami mahukan isterinya menutup aurat dan memenuhi ciri-ciri sebagai wanita Muslimah. Namun hidayah itu milik Allah dan kita tidak tahu bila ia akan datang. Begitu juga dengan lelaki ini yang juga pernah viral kerana kisahnya menjaga adik Cik Pia yang ada masalah sindrom down. Popular dengan panggilan Bengah turut berhajat agar isteri tersayang akan berhijab. Dalam postingnya dia setiap hari mendoakan isterinya itu akan memakai hijab. Malah turut melukis isterinya yang memakai hijab sebelum di muat turut dalam instagram.

Menurutnya bermacam-macam cara dilakukan dalam memujuk isterinya untuk berhijab. Misalnya memberitahu ada sale tudung di pasaraya dan isterinya hanya akan menjawab insya-Allah akan berhijab nanti.

Bukan itu sahaja, dia yang juga dinobatkan sebagai Personaliti Media Sosial ABPBH 30 memberitahu turut mendapat banyak tawaran review untuk tudung tetapi ditolak memandangkan isterinya masih belum berhijab.

Sebagai suami, dia sentiasa mendoakan semoga satu hari nanti isterinya akan terbuka hati untuk berhijab.

Dia juga turut berhajat untuk membuka kedai tudung dan corak pada tudung adalah gambar bunga yang dilukis menggunakan tangan kidalnya.

Walaupun belum lagi berhijab, tetapi Bengah tetap  menyayangi isterinya itu kerana wanta ini adalah seorang isteri yang baik dan hanya satu tiada yang lain.

Biarpun ada juga dia menerima teguran membertahu isternya cantik tetapi tidak berhijab, bagi dia cantik itu terlalu subjektif.

Isterinya yang dipanggil Ck Bunge itu menurutnya cantik dari segi hati, caranya melayan keluarga, menerima kedaan adiknya yang tidak sempurna.

 

Sebelum itu, pasangan ini telah mendirikan rumahtangga dan walaupun sudah berkahwin, Bengah tetap tidak melupakan tanggungjawabnya menjaga Cik Pia yang cukup istimewa.

Walaupun ramai netizen menyangka isterinya Cik Bunge adalah orang Cina kerana wajahnya yang putih melepak.

Tetapi dia sudah banyak terangkan bahawa isterinya itu adalah berdarah kacukan, emaknya berketurunan Melayu dan bapa pula Cina. Berasal dari Kedah dan memang beragama Islam.

Kita doakan semoga Cik Bunge akan dibukakan hatinya oleh Allah untuk berhijab sepenuhnya insya-Allah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MAKHLOK MACHO

IKLAN