Kecantikan

Bebas Kesan Putih & Kuning, Sensasi Segar Serta Haruman Eksklusif Beri Perlindungan Hingga 72 Jam Bersama NIVEA Di Keretapi Sarong 2026

Share

Seawal pagi selepas Subuh, Terminal Bersepadu Gombak sudah dipenuhi peserta Keretapi Sarong 2026 yang tampil dalam pakaian tradisional, kain sarung serta gaya kreatif berinspirasikan budaya. Rona terang, gaya klasik dan sentuhan kontemporari bersatu dalam suasana meriah yang meraikan kepelbagaian serta identiti Malaysia.

Di sebalik kemeriahan itu, cuaca panas, kesesakan dan pergerakan berterusan sejak awal pagi boleh menyebabkan peluh serta bau badan, sekali gus menjejaskan keselesaan dan keyakinan, terutama apabila mahu kekal segar dan menjaga penampilan pakaian sepanjang acara.

Selari dengan keperluan itu, NIVEA memperkenalkan dua varian baharu dalam rangkaian Deodoran NIVEA Black & White Invisible:

  • NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night tampil dengan haruman segar dan sensasi dingin untuk pengalaman deodoran yang menyegarkan.
  • NIVEA Black & White Invisible Authentic menggabungkan haruman bunga dan buah-buahan yang segar untuk kegunaan harian.

Kedua-duanya dilengkapi teknologi Dual Shield yang membantu mengelakkan kesan putih pada pakaian hitam dan tompokan kuning pada pakaian putih, melindungi daripada peluh dan bau sehingga 72 jam.

Dual Shield 72 Jam, Kekal Segar Dalam Suasana Sesak

Pasukan Hijabista memulakan perjalanan bersama peserta lain dari LRT Gombak menuju ke MRT TRX dalam suasana yang cukup meriah. Sepanjang perjalanan, lagu-lagu rakyat dinyanyikan bersama dan peserta saling berkenalan, namun keadaan yang padat, cuaca panas serta aktiviti tanpa henti turut membuatkan isu peluh dan bau badan terasa lebih ketara.

Apabila peluh dan bau badan mula mengganggu, keyakinan juga mudah terjejas, lebih-lebih lagi ketika berada dalam ruang sesak, bergerak aktif atau mahu bergambar. Sebab itu, pemilihan deodoran yang sesuai menjadi sebahagian daripada persediaan harian untuk membantu kita kekal selesa dan fokus menikmati acara.

Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura, berkongsi bagaimana inovasi terbaharu NIVEA Black & White Invisible Deodorant yang kini hadir dengan haruman premium membantu menangani masalah harian seperti peluh, bau badan dan kesan kotoran pada pakaian, sekali gus memastikan kita kekal segar dan yakin sepanjang hari.

 

Menurut Pengurus Negara, Beiersdorf Malaysia & Singapura, Dr Christopher Vierhaus, deodoran hari ini perlu menawarkan lebih daripada sekadar perlindungan daripada peluh dan bau badan.

“Rangkaian baharu Deodoran NIVEA Black & White Invisible menggabungkan perlindungan Dual Shield 72 jam untuk kulit dan pakaian dengan haruman premium,” katanya.

Pelancaran Kreatif NIVEA Hidupkan “Cabaran Keyakinan Harian”

NIVEA menterjemahkan cabaran harian seperti peluh, bau badan dan kesan pada pakaian menerusi persembahan berunsur teater yang menampilkan Aisha Retno, penari Zeppo Youngsterz Zapport dan koir Devokalis UPSI. Gabungan muzik, gerak tari dan penceritaan itu membawa mesej tentang bagaimana perkara kecil boleh mempengaruhi keyakinan, sebelum memperkenalkan rangkaian baharu NIVEA Black & White Invisible.

Memperkenalkan NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night dan NIVEA Black & White Authentic baharu, yang dirumus khas untuk membantu melindungi pakaian daripada kesan peluh, di samping memberikan perlindungan yang boleh dipercayai terhadap peluh dan bau badan dengan haruman premium.

Bagi Aisha Retno, keselesaan ketika membuat persembahan membantu dirinya kekal fokus. “Sejak menggunakan deodoran NIVEA Black & White Invisible Authentic, saya rasa lebih tenang dan boleh fokus pada persembahan. Saya juga sukakan haruman bunga dan buah-buahannya yang membuatkan saya rasa segar sepanjang hari dan lebih yakin di atas pentas,” katanya.

Insomniacks yang turut membuat kemunculan pada hari itu berkongsi bahawa mereka antara yang terawal mencuba NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night. Perlindungan Dual Shield membantu mereka kekal segar sambil mengurangkan kebimbangan terhadap kesan putih pada pakaian kerana gemar mengenakan baju warna hitam, sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan kepada persembahan.

Insomniacks, kumpulan pop popular Malaysia, tampil lebih dekat dengan NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night Deodorant yang baharu, membantu mereka kekal segar, yakin dan bergaya tanpa kesan pada pakaian, sama ada di atas mahupun di luar pentas.

3 Tip Hijabista Pilih Deodoran Untuk Hari Yang Aktif

Untuk kekal selesa dan yakin sepanjang hari, pertimbangkan tiga perkara mudah ini ketika memilih deodoran:

  • Pilih Perlindungan Tahan Lama. Untuk hari yang aktif, cari deodoran yang membantu menangani peluh dan bau badan; rangkaian NIVEA Black & White Invisible menawarkan perlindungan Dual Shield sehingga 72 jam.
  • Cari formula Anti-Kesan. Jika anda kerap memakai pakaian hitam atau putih, pilih teknologi yang membantu mengelakkan kesan putih dan tompokan kuning pada pakaian.
  • Sesuaikan Haruman dengan Pilihan Anda. NIVEA Black & White Invisible Authentic menawarkan gabungan haruman bunga dan buah-buahan, manakala NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night hadir dengan haruman segar serta sensasi dingin.

Keyakinan Dalam Setiap Gerak

Sebaik tiba di TRX, pasukan Hijabista disambut dengan suasana yang cukup meriah. Ramai sukarelawan membawa sepanduk NIVEA dengan slogan “Ketiak Wangi, NIVEA di Hati”, manakala booth utama jenama berkenaan turut menawarkan pelbagai aktiviti interaktif untuk pengunjung.

Antara yang sempat dicuba pasukan Hijabista ialah permainan menghapuskan kotoran dan bau sepantas kilat, satu selingan ringan yang pada masa sama menguatkan mesej mengenai kesegaran dan perlindungan pakaian yang dibawa oleh rangkaian NIVEA Black & White Invisible.

Di Keretapi Sarong, pasukan NIVEA mengajak rakyat Malaysia untuk kekal segar, tampil yakin dan meraikan semangat kebersamaan sempena Hari Malaysia bersama NIVEA Black & White Invisible Deodorant baharu, yang menawarkan Dual Shield Protection sehingga 72 jam untuk kulit dan pakaian, lengkap dengan haruman premium.

Melihat kembali perjalanan seharian itu, Keretapi Sarong membuktikan bahawa tradisi, gaya dan keyakinan boleh bergerak seiring. Apabila rasa selesa dan segar terjaga, lebih mudah untuk kita menikmati setiap detik tanpa terlalu memikirkan perkara kecil yang boleh mengganggu keyakinan.

Pengalaman tersebut selari dengan mesej “United by One Confidence” yang dibawa NIVEA pada Keretapi Sarong 2026, iaitu meraikan kebersamaan sambil memberi ruang kepada setiap individu untuk tampil yakin dengan gaya masing-masing.

Deodoran NIVEA MEN Black & White Invisible Epic Night dan NIVEA Black & White Invisible Authentic kini boleh didapati di Watsons serta rangkaian peruncit utama lain termasuk farmasi, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit, selain menerusi platform e-dagang.

 

Related Post
Published by
Fiezreen