Keluar dari kesulitan hidup amalkan doa-doa yang dianjurkan dalam islam pasti dipermudahkan segala urusan. Jangan sesekali melakukan perkara yang boleh menyulitkan keadaan.
Zikir atau doa Nabi Yunus
Amalkan zikir yang kita boleh lakukan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita :
Baca lah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan insyaa Allah dipermudahkan segala urusan. Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insya Allah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. Sesiapa yang susah hati, tekena buatan atau apa penyakit sekalipun, rajin-rajinlah baca ayat ni setiap masa.
Ads
Lepas baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus setelah ia dimuntahkan ke daratan. Setelah beberapa saat, akhirnya ia kembali ke Ninawa dan mendapat kaum yang beriman. Ia pun disambut umatnya yang berjumlah mencapai 100 ribu orang, dan umatnya mendapatkan kenikmatan yang luar biasa di waktu yang telah ditentukan.
Ads
Doa ini afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohon lah doa daripada Allah SWT. Insya Allah, makbul. Kan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
Zikir-zikir yang boleh diamalkan untuk keluar dari masalah atau kesulitan hidup
1. Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali. 2. Buat solat Dhuha bukan pasal untuk dapat rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi nyawa. 3. Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari contoh bagi binatang makan, masuk duit kat tabung masjid atau sedekah rumah anak yatim atau tahfiz. 4. Jangan kedekut nak belanja orang makan. 5. Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kecemasan. Jangan belanja semua. 6. Rajin berdoa untuk kejayaan untuk orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita. 7. Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja. 8. Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati. 9. Semoga perkongsian tentang amalan doa Nabi Yunus di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua terutamanya untuk keluar dari kesulitan hidup. Jangan berputus asa sehingga kita mencapai kecemerlangan dalam setiap perbuatan yang dilakukan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti ramai yang sering merasakan duit sentiasa tidak cukup. Lebih-lebih apabila waktu hujung bulan. Kadang-kala yang terima gaji besar juga rasa kekurangan, tapi ada juga yang bergaji rendah tapi sentiasa rasa cukup. Bagaimana tu?
Menerusi perkongsian di twitter oleh @ABGKYO, dia telah menceritakan pengalamannya mengenai rezeki yang telah mengubah hidupnya.
Usahlah berduka mengenai rezeki dan janganlah kedekut sebaliknya kita perlulah banyak memberi dan berkongsi sesama manusia juga. Mintalah pada Tuhan InsyaAllah segalanya akan ditunaikan olehNya.
Cara hidup masa kini yang lebih menjurus ke arah barat dan moden mungkin punca kita selalu lupa dan alpa akan ajaran yang diajar oleh baginda Rasullullah.
Sebenarnya Rasulullah banyak memberi contoh kepada kita tentang bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Ini merupakan cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1. Amalkan Bangun Sebelum Subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. Menjaga Kebersihan Dan Kesihatan Secara Berterusan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
4. Jadikan ‘Jalan Kaki’ Sebagai Amalan
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. Elak Sikap Hasad Dengki Dan Iri Hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Sepintas lalu, orang yang memakai seluar ketat memang kelihatan cantik dan menarik kerana dapat membentuk lekukan bahagian tubuh. Selain itu, memakai seluar ketat ini juga begitu ringkas dan senang bergerak.
Sayangnya, di sebalik semua kelebihan itu, ternyata beberapa ancaman berbahaya yang datang kepada si pemakainya. Apalagi jika seluar ketat ini dikenakan oleh seseorang yang mempunyai aktiviti padat dan selalu ingin bergerak, tentu akan lebih berisiko tinggi. Inilah bahaya memakai seluar ketat bagi hijabis jangan menyesal selamanya.
Cuaca di Negara in mungkin kurang sesuai mengenakan seluar ketat kerana iklim tropika. Hal ini terjadi kerana kulit akan sukar bernafas jika menggunakan seluar ketat sehingga peluh yang keluar banyak menyebabkan kulit lembab, menimbulkan iritasi dan jamur (cendawan). Dalam keadaan ini jamur mudah berkembang. Jika hal ini terjadi, maka biasa mengakibatkan gatal-gatal pada kulit, terutamanya pada bahagian pinggul sampai ke pangkal paha. Jamur yang biasa tumbuh di bahagian-bahagian tersebut seperti kurap yang gejalanya merah menonjol dan gatal, panau yang menimbulkan kesan coklat dan putih, serta cendawan yang menyebabkan basah dan gatal.
Seluar yang ketat memiliki pengaruh yang besar terhadap kondisi kulit di celahan peha. Awalnya mungkin radang ringan biasa terjadi. Namun jika prosesnya berlansung terlalu lama, maka kesan hitam di pangkal peha akan timbul. Sedangkan jika anda berhenti memakai seluar ketat kesan yang tinggal tidak mudah untuk hilangkan dan memerlukan waktu yang lama.
Salah satu kesan yang ditakuti adalah boleh menyebabkan kemandulan hinggga boleh menimbulkan gangguan pada organ reproduksi jika digunakan dalam jangka waktu yang panjang bagi hijabis. Hal ini biasa cendawan yang tumbuh di sekitar organ reproduksi atau organ intim boleh mempengaruhi produktiviti sel telur sehingga menyebabkan kemandulan. Bukan itu sahaja, keputihan, gatal-gatal, flek di area vagina hingga iritasi boleh juga terjadi pada wanita. Oleh itu, sebaiknya hijabis mengenakan seluar yang longgar.
Paresthesia adalah penyakit yang membuat pederitanya merasa kesemutan, rasa mati rasa dan kepanasan seperti rasa terbakar. Pengggunaan seluar ketat membuat penyakit ini boleh terjadi sehingga dapat membuat aliran darah tidak lancar. Akibatnya kesemutan hingga mati rasa akan dialami termasuk bahagian paha dan pinggul akibat seluar terlalu ketat.
Memakai seluar ketat boleh menimbulkan penyumbatan pada sirkulasi darah kerana pembuluh darah tertekan di sekitar paha, kelengkungan serta pada organ intim. Pada umumnya, sirkulasi tidak baik ini boleh disebut varises. Varises bukan hanya terjadi akibat menggunakan kasut tinggi sahaja, tetapi ternyata mamakai seluar ketat juga menjadi penyebabnya. Akibatnya, pembuluh darah juga boleh membeku kerana gangguan gerakan dibatasi oleh seluar ketat. Selain varises, menggunakan seluar ketat juga menimbulkan pembengkakkan.
Memakai seluar ketat termasuk menggunakan seluar panjang ketat, seluar dalam ketat atau tidak lepas di sekitar pangkal peha, akan membahayakan anda. Mengikut kajian Dr. Hillary Jones dari TENA Brand Ambassador bahawa menggunakan seluar ketat jangka waktu yang lama mengakibatkan infeksi pada saluran kencing. Jika ini terjadi saluran kencing akan menjadi lemah dan sering terjadi pada lelaki.
Penggesaran pada kulit akibat penggunaan seluar ketat, maka kulit akan menjadi lebih rosak. Masalah jangkitan ruam dan infeksi kulit pada sekitar bahagian paha dan ia bergantung pada bahan fabrik seluar. Sekiranya seluar dari bahan yang kasar maka geseran yang kuat akan berlaku.
Jika anda menggunakan seluar ketat dalam waktu yang lama, maka akan menyebabkan penyakit neuritis dari saraf paha luar atau dipanggil sindrom Bernhardt atau Paresthesia sehingga dapat membuat seseorang mengalami mati rasa, ngeri hingga kesemutan. Ahli perubatan memberi peringatan pada hijabis memakai seluar ketat bahawa mereka akan lebih menderita kerana merosakkan tubuh dan saraf.
Menurut seorang internis bahawa menggunakan seluar yang terlalu ketat boleh menggangu mobiliti usus. Hal inilah yang biasanya membuat anda merasa kurang selesa dan mengalami sakit perut setelah dua jam atau tiga jam setelah makan. Sayang di kalangan hijabis tidak menyedari kesan dari memakai seluar ketat.
Sirkulasi darah yang tidak berjalan dengan lancar membuat anda sesak akibat dari seluar yang ketat. Ia berbahaya dan boleh membuatkan anda pengsan. Bahaya memakai seluar ketat tentunya akan menyusahkan diri anda sendiri, termasuk pelbagai penyakit yang akan dialami. Selain itu berpeluh juga membuatkan anda tidak selesa sepanjang hari.
Jangan di sebabkan keinginan berfesyen dan mengikut trend, hijabis menjadi mangsa gejala dari kehendak dan kepuasan sendiri. Memakai seluar ketat seperti pakaian untuk senaman mempunyai bahan yang menyerap peluh sekali gus membenarkan kulit anda bernafas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.