Baru-baru ini, anak bujang Abby Abadi bersama bekas suami, Norman Hakim iaitu Danish Hakim telah menyambut hari jadinya yang ke 18 tahun.
Menyambut ulang tahun bersama ahli keluarga terdekat, mereka semua telah sepakat berpakaian sedondon berwarna merah dan putih sewaktu meraikannya di sebuah restoran.
Luah Danish di laman instagramnya, dia baru sahaja berniat untuk membeli motosikal namun tidak menyangka akan menerimanya sebagai hadiah kejutan pada ulang tahun kelahirannya. Alhamdulillah, rezeki Danish!
Assalamualaikum, Serina nak maklumkan Ibu saya Hajah Norhayate Binti Ayub telah meninggal dunia hari ini di Hospital Ampang , kerana komplikasi buah pinggang dan jantung. Mohon keluarga,sahabat semua sedekahkan Al fatihah & yasin kepada Arwah Mama.Allahuakhbar..😭😭😭😭😭😭 Inallihiwainarojiun اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ۞ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا ۞
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga firdausi sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluargaku, semoga arwah mama di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sekitar Februari lalu, Serina pernah berkongsi foto bersama Norhayate di Instagram, ketika ibunya menjalani pembedahan untuk membuang bahagian kaki akibat diabetes.
Norhayate yang juga bekas isteri Cef Wan berkahwin dengan cef selebriti yang juga pelakon dan pengacara itu pada 1982 sebelum bercerai tiga tahun kemudian.
Perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Serina dan Mohd Nadzri Redzuawan yang dikenali sebagai Cef Riz.
Sumber kredit: Instagram Chef Wan dan Serina Redzuawan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masyarakat kita hari ini suka melakukan perkara yang bukan-bukan tanpa memikirkan kesannya pada masa hadapan.
Baru-baru ini tular sekumpulan lelaki menghadiahkan barangan yang tidak senonoh kepada rakan mereka di hari perkahwinannya.
Perbuatan ini mendapat perhatian bukan hanya di kalangan masyarakat tetapi juga pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun.
TREND HADIAH KAHWIN TIDAK BERMARUAH
Tular baru-baru ini satu video yang dimuat naik oleh sekumpulan lelaki yang menghadiri sebuah majlis kahwin. Dalam video tersebut menunjukkan kawan-kawan pengantin lelaki sedang beratur memberikan hadiah, amat mengejutkan apabila hadiah yang diberikan membawa unsur tidak senonoh. Allahu Akbar.
Sebenarnya saya yang menonton pun jadi malu, apatah lagi bila melihat kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tertunduk sambil tutup muka dengan pemberian mereka yang tiada sedikitpun rasa malu. Saya mohon, janganlah budayakan jenaka lucah sebegini, fikirkanlah apa kesannya kepada sesiapapun yang melihat.
Budaya memberi hadiah di pelamin sekarang menjadi satu trend, namun tak seharusnya diikuti jika tujuan untuk publisiti dan maruah digadai. Berbaloikah?
Malu itu salah satu sifat mulia kerana ia melindungi kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Dengan malu, kita takut nak bermaksiat, sakiti orang lain, melihat perkara haram, mendedahkan aurat, buat perkara yang menjatuhkan maruah dan lain-lain.
Tidak salah ingin memberi, tidak salah ingin bahagiakan kawan ketika jadi raja sehari, tapi bila sampai mencemarkan adab depan orang ramai, bahkan ditontonkan pula secara terbuka di media sosial sebenarnya memang sangat melampau.
Maksudnya: “Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimah kenabian terdahulu adalah, “Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Ayat “buatlah sesuka hatimu” itu bukan bererti Rasulullah SAW beri kebebasan kepada kita untuk lakukan sewenangnya, tapi ia merupakan satu sindiran yang amat pedih bagi mereka yang memiliki iman. Kita bimbang jika Allah dan Rasulullah sudah tidak lagi peduli pada kita sedangkan Syurga-Nya dan syafaat Baginda yang kita tagihkan.” Semoga kita mengambil pengajaran.
Ya, kita tak pernah lari dari kesilapan, namun sebaik-baik pendosa ialah yang bertaubat.
Apa yang dilakukan memang memalukan diri sendiri, namun jangan berputus asa dengan rahmat-Nya, jika ada sedikit rasa malu kepada Allah maka bertaubatlah.
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., beliau berkata:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya sepertinya berada di bawah gunung, dia bimbang gunung itu runtuh ke atasnya. Sebaliknya orang keji (derhaka) melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya. Dia berkata “Ini cuma seperti ini, lalu terbang.” (HR Tirmizi, hadis sahih)
Maksudnya: Katakanlah, “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Surah Az-Zumar 39: 53)
Dikongsikan beberapa adab ketika menghadiri majlis perkahwinan di sini, mudah-mudahan kita dapat sama-sama amalkan, insyaAllah.
1. Wajib Hadir Apabila Dijemput
Apabila sesuatu jemputan diterima, maka hendaklah hadir melainkan sekiranya ada halangan yang menghalang untuk hadir.
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
2. Niat
Niatkan kehadiran kita sebagai ibadah dan memenuhi hak sesama Muslim kerana setiap perbuatan yang diniatkan sebagai ibadah kepada Allah, pasti ada ganjaran pahala yang sentiasa mengalir termasuk dalam setiap langkah kita ke majlis tersebut.
Daripada Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (HR Muttafaqun ‘alaih, hadis sahih)
3. Menutup Aurat
Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan sama ada lelaki atau wanita, kerana pakaian yang tidak sopan menyebabkan orang sekeliling terganggu dan mendatangkan dosa jika tidak menutup aurat.
Daripada Saidatina Aisyah r.a., beliau menceritakan:
Maksudnya: “Saidatina Asma’ binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah SAW dengan mengenakan kain yang tipis, maka Rasulullah menegur, “Wahai Asma, sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah baligh, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini” – sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya” (HR Abu Daud, hadis sahih)
4. Menjaga Adab-adab Makan
Islam agama yang sangat indah, banyak panduan yang diberikan termasuk adab ketika makan.
Daripada Umar bin Abu Salamah, beliau menceritakan ketika kecil, Rasulullah pernah bersabda kepada beliau:
Maksudnya: “Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Sekiranya beliau suka, Baginda memakannya. Sekiranya tidak, Baginda meninggalkannya.”(HR Muslim, hadis sahih)
5. Memberi Hadiah
Hadiah adalah satu bentuk atau tanda kasih sayang daripada seseorang kepada seseorang, ia dituntut dalam Islam dan merupakan sunnah baginda Nabi SAW kerana memberi hadiah dapat menghilangkan dendam dan eratkan silaturrahim dengan lebih mendalam.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
تَهَادُوا تَحَابُوا
Maksudnya : “Salinglah memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai” (HR Bukhari, hadis sahih)
6. Mendoakan Kebahagiaan Pengantin
Mungkin kebiasaan apabila kita hadir majlis kenduri adalah untuk makan dan bergambar bersama pengantin, namun mari kita contohi tindakan Rasulullah SAW ketika menghadiri majlis perkahwinan, Baginda akan mendoakan pengantin tersebut.
Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW memberi ucapan selamat kepada orang yang sudah menikah, Baginda akan berdoa, “Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu, semoga Allah memberi keberkatan ke atasmu dan semoga Allah himpunkan kalian dalam kebaikan.” (HR Tirmizi, hadis hasan sahih)
7. Mendoakan Tuan Rumah Kerana Memberi Makan
Selain mendoakan pengantin, panjangkan juga doa kita kepada tuan rumah yang telah bersusah payah untuk hidangkan makanan buat semua tetamu yang hadir, mudah-mudahan mereka mendapat keberkatan dan kebaikan.
Maksudnya: “Saya pernah terdengar Abdullah bin Busr menceritakan bahawa bapanya pernah menyediakan makanan untuk Nabi SAW kemudian menjemput Baginda makan. Rasulullah memenuhi undangan beliau dan selesai makan, lalu Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah mereka, sayangilah mereka dan berikanlah keberkatan pada makanan yang Engkau anugerahkan untuk mereka.” (HR Muslim, hadis sahih)
Masih ingatkah pada bayi comel yang lahir hasil percintaan dua benua ini. Ibunya berasal dari Terengganu dan ayahnya pula berbangsa Russia. Sebelum itu. bukan senang bagi Siti Safuraa Hamzah untuk menerima jodoh, sebaliknya mendirikan solat istikharah untuk memastikan Asadullah Stumbrys (suaminya kini) memang calon terbaik. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel, Dhuha Sopphia Stumbrys. Kisahnya pernah viral gara-gara percintaan menarik ibu dan ayahnya. Juga wajahnya yang comel hingga mendapat perhatian seluruh dunia.
Kini, Dhuha Sophiea sudah berusia satu tahun. Baru-baru ini sempat menyambut hari jadinya yang pertama di samping keluarga di Vilkaviskis, Lithuania. Menceritakan perkembangannya menurut ibunya, Safuraa, Dhuha Sophia kini sudah berusia setahun dan mula untuk belajar bertatih dan memanjat.
Sebagai seorang suri rumah yang memang melihat perkembangan Sophea dari hari pertama, mengakui seronok melihat perkembangan dan keletah anak tunggalnya itu. Mungkin ini kerana pengalaman pertama bergelar ibu dan segala ragamnya cukup menghiburkan.
Sememangnya wajah comel Dhuha Sophea menjadi perhatian ramai. Penerimaan masyarakat cukup baik yang mengenali dia melalui laman sosial. Malah jika yang datang dari luar Malaysia juga cukup teruja apabila dapat bertemu dengan Sophea. Setakat ini ke mana sahaja pasangan ini pergi pasti ada yang akan minta izin untuk bergambar dengan Sophea.
Walaupun masih kecil, tetapi Safuraa cuba memberi didikan terbaik untuk anaknya ini. Setakat ini dia dan suami mengajar Sophea dalam pelbagai bahasa.
“Kami cuba bercakap beberapa bahasa padanya dan lihat adakah dia faham apa yang kami cakapkan. Buat masa sekarang, penggunaan bahasa komunikasi adalah Inggeris, Melayu dan Lithuanian. Cuma bahasa Russia yang dia tak begitu faham lagi. Mungkin ambil masa sedikit.
“Selain itu saya juga tidak lupa menerapkan ilmu agama kepada Sopeha. Saya ajar Sophea mengaji dan membaca dengan pendekatan sedikit berbeza. Saya akan bagi Sophea lihat vido untuk dia lebih mengenali huruf dalam Iqra’.
“Pernah saya bagi kitab Iqra’ tetapi dia koyak. Saya juga juga akan bacakan dia buku setiap hari dan monitor perkembangannya,” jelas Safuraaa lagi. Menurut wanita kelahiran Terengganu ini, dia dan suami tidak menolak jika dikurniakan anak lagi dalam masa terdekat.
“Kami tak merancang untuk mendapat anak lagi dan serahkan semuanya pada Allah. Kalau ada rezeki kami terima. Lagipun tiada masalah kerana saya sendiri tidak bekerja dan sekarang ini hanya tumpukan perhatian pada Sophea.
“Alhamdulillah walaupun suami, Asad sibuk bekerja tetapi dia cukup rapat dengan Sophea. Walaupun sekarang kami tinggal berjauhan (kerana urusan kerja), tetapi Asad sering telefon atau membuat video call dan facetime dengan Sopeha.
“Biasanya jika Asad berada di samping Sophea, mereka akan bercakap-cakap dalam bahasa yang mereka fahami. Asad lebih senang membiarkan anaknya meneroka apa yang dia nak buat tetapi masih dalam kawalannya.
“Jika nampak sesuatu yang membahayakan baru akan tegaskan perkara itu tidak elok untuk dilakukan. Apa yang saya perasan, Sophea cepat sensitif dengan ayahnya dan buat muka sedih jika kena marah,”ceritanya lagi yang memberitahu mungkin akan pulang ke Malaysia untuk seketika.
Oleh kerana Sopeha masih kecil, dia tidak nampak ada keistimewaan dan keunikan lain dalam diri anaknya ini. Apa yang penting anaknya itu sihat dan dia dalam jagaan Allah SWT. Ia sudah memadai baginya.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.