Cantik itu satu subjektif bagi anda yang bernama wanita. Tiada penghujungnya untuk kita menemui definisi sebenar istilah cantik. Cantik yang nampak hanya di mata manusia yang menilai paras dan rupa sehingga lupa sebenarnya cantik bukan pada luaran sahaja.
Semua yang Allah jadikan itu indah dan ada kelebihan tersendiri. Cantik boleh diaplikasikan kepada benda hidup atau mati. Lantas bagaimana mencantikkan hati? Mudah sahaja langkahnya sama seperti anda untuk mencatikkan wajah. Namun pastikan anda mengenali apa yang dikatakan cantik itu?
Lahiriah
Persepsi tentang cantik adalah berbeza bagi setiap orang. Kita tidak menafikan kecantikan fizikal menjadi tarikan awal kepada seseorang. Namun, kita tahu tiada perkara yang kekal abadi. Untuk sentiasa manis dan sihat kita memerlukan waktu tidur yang cukup, minum air masak bersesuaian ikut keperluan badan kita, makan makanan seimbang, tidak merokok, elakkan tekanan dan cari masa berehat untuk diri sendiri.
Rohaniah
Cantik hati dinilai melalui hati ke hati. Cantik rohaniah adalah dengan menjaga ibadah, akidah, akhlak, hawa nafsu dan menjadi seorang yang menjaga waktu (solat mahupun dengan orang lain). Selain itu perbanyakkan ilmu dan perbaiki diri untuk kelihatan lebih yakin dan disenangi.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat: ayat 13)
Ads
Tutur kata
Kita perlu bersifat malu untuk berkata sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain. Apabila seseorang menjaga tutur katanya secara tidak langsung dia menjaga hubungan baiknya dengan orang lain. Bahkan, dirinya akan dihormati kerana kesantunannnya. “Yang dibawa dalam ini (hati), akan kekal ke akhir zaman, namun apa yang ada di luar ini (jasad), sampai ajal akan dikebumikan.” – Ustazah Norhafizah Musa.
Kisah-kisah para sahabat
Pemuda syurga – Pernah diceritakan dahulu ada seorang hamba Allah yang menjadi penghuni syurga adalah kerana hatinya yang sangat baik; mudah memaafkan, bersangka baik dan tidak menyakiti hati orang lain sedangkan amalannya begitu sederhana.
Julaibib – Kisah seorang pemuda yang mempunyai kekurangan dari segi rupa namun kerana mempunyai keimanan dan keikhlasan yang sangat tinggi, beliau sangat terkenal dalam kalangan penduduk langit dan begitu dihormati oleh Rasulullah SAW.
Ads
Wanita dan kecantikan
Islam sendiri adalah agama yang sukakan keindahan dan kecantikan, jadi mencantikkan diri bukanlah dilarang. Malahan kecantikan merupakan fitrah manusia.
Namun untuk cantik, syariat perlu dijaga. Ikut garis syariat dan panduan yang telah ditetapkan dalam islam. Elakkan pembaziran dan perlu menjaga aurat misalnya. “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (Surah at-Tin: ayat 4)
Doa untuk menjaga hati
Amalkan selalu doa ini:-
Ads
“Ya Allah, kayakan diriku dengan ilmu, dan hiaskan diriku dengan sifat lemah lembut, dan muliakan diriku dengan takwa dan cantikkan diriku dengan kesihatan.”
Keadaan hati dan iman menentukan kecantikan dalaman seseorang. Setiap orang ada kelebihan dan kecantikan tersendiri. Jangan asyik berfikiran negatif dan terlalu merendah diri, namun jangan pula merendah-rendahkan orang lain.
Lakukan yang terbaik untuk diri kita mengikut kemampuan. Jaga baik-baik hubungan kita dengan Allah dan semua ciptaan-Nya.
Kita semua sama, yang membezakan kita adalah taqwa. Sentiasalah merasa syukur dan menyayangi diri kita ini.
Di akhirnya, Tuhan juga akan menilai semuanya.
Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata: Nabi SAW telah bersabda, ”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa bentuk dan harta kalian, akan tetapi Dia melihat pada hati dan amal kalian.” (Hadith riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijrah bukan sahaja dari sudut material, malah menyeluruh meliputi fizikal dan rohani. Orang yang berjaya ialah mereka yang sentiasa melakukan perubahan dan penghijrahan diri untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW memberikan definisi yang menarik tentang pengertian hijrah. Hijrah bukan sekadar perpindahan secara fizikal semata tetapi perubahan jiwa ke arah yang baik, menjauhkan diri dari perkara yang ditegah oleh Allah.
“Dan orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan kesalahan dan dosa.” (HR Ahmad)
3. Jelas di sini bahawa definisi hijrah bukan sekadar pepindahan berbentuk fizikal tetapi adalah proses peralihan ke arah sesuatu yang lebih baik. Dalam erti kata yang lain, konsep hijrah merangkumi perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.
4. Ketika menghuraikan hadis ini, Mulla Ali al-Qari menjelaskan:
“Ini adalah kerana, hikmah hijrah adalah memperkukuh ketaatan dan melepaskan diri manusia daripada sebarang pengaruh jahat yang memberikan kesan kepada jiwa manusia sehingga menyebabkan diri mereka terjerumus ke dalam kancah dosa.” (Mirqah al-Mafatih)
5. Oleh yang demikian, sempena Maal Hijrah tahun ini, mari bersama tanamkan azam untuk melaksanakan perubahan diri ke arah yang lebih baik. Bukan sekadar laungan dan nyanyian yang mengiringi sambutan peristiwa penting ini malah disertai dengan azam kebaikan. Semoga Allah membimbing kita.
Bentuk badan tak seimbang, memang menjadi masalah bagi hijabi untuk memilih pakaian yang sesuai. Apatah lagi bentuk badan seperti buah pear. Sesekali teringin kaki langsing dan kecil seperti tiang lampu di tepi jalan tetapi mustahil dalam masa sesingkat ini boleh mencapai impian sebegitu.
Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda adalah masalah kebayakkan hijabi. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha. Peha yang langsing pakai apa pun nampak cantik terletak, tak nampak lemak berlebihan dan tidak seperti sarung nangka. Malah, hijabi boleh tampil lebih berkeyakinan.
Bagaimana caranya nak dapatkan peha langsing? Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha:
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
• Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
• Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
• Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
• Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
• Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya.
Minum air kosong
Air putih bukan sahaja untuk elakkan dari dehidrasi tetapi membantu tubuh membuang racun dan memproses pembakaran.
Makan makanan rendah kalori
Berhenti makan makanan berkalori tinggi dan berlemak. Ganti dengan sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt dan makanan kaya serat. Makanan tak sihat tu lah punca peha anda besar.
Pengambilan nutrisi
Pengambilan nutrisi seperti vitamin D, protein, dan asid omega-3 sangat penting. Pada mulanya memang susah nak biasakan diri makan makanan sihat, tetapi anda akan rasai perbezaannya nanti.
Tetapkan masa tidur
Tidur membantu membakar lemak badan. Tubuh anda akan membakar 45-115 kalori sejam sewaktu tidur, bergantung pada berat badan. Tapi jangan makan sebelum tidur, itu punca utama peha anda besar.
Jangan tertekan atau stres
Lemak yang terkumpul di peha akan sukar dibakar walaupun bersukan jika anda sentiasa dalam keadaan tertekan.
Jangan kerja berlebihan
Kerja berlebihan hingga biasa berjaga lewat malam tak baik untuk kesihatan. Ia buatkan berat badan naik dan sukar untuk mengecilkan peha.
Sumber: Kevin Zahri
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melihat video-video mukbang di laman media sosial seperti Twitter mahu pun TikTok, anda pasti akan terjumpa dengan beberapa jenis influencer berasal dari luar negara yang gemar untuk memakan makanan yang eksotik. Tambahan lagi ada yang makan makanan seperti telur ‘balut’, tetapi apabila lihat dengan teliti, ia seperti makan anak itik yang hampir sempurna terbentuk!
Dalam kebingungan melihat video tersebut sudah tentu anda akan tertanya-tanya bagaimana rasanya telur ‘balut’ ini sendiri. Adakah ia pula halal di makan dalam aspek agama Islam?
Sumber gambar dari Canva
Kalau anda hendak tahu, telur ‘balut’ ini sebenarnya telur itik, ada juga yang menggunakan telur ayam. Menurut wikipedia, seperti yang anda sedia maklum, balut merupakan makanan yang berasal dari vietnam, Trứng vịt lộn adalah namanya dalam bahasa Vietnam. Telur balut ini bermaksud ‘bungkus’, ia adalah embrio itik yang hampir sempurna yang di rebus dan di makan begitu sahaja.
Telur balut ini sering di dapati di sekitar Asia Tenggara terutama sekali di negara seperti Filipina, Kamboja, dan juga Vietnam. Jika anda nak tahu, telur balut ini di percayai mengandungi protein yang tinggi dan afrodisiak, zat yang mampu meningkatkan nafsu seksual.
Walaupun bentuk telur ini menggelikan bagi sesetengah orang, namun ia merupakan satu makanan yang cukup popular di kalangan orang Asia. Mereka yang memakan balut memberikan reaksi di mana balut itu sendiri lazat dan enak di makan walaupun tidak perlu di cicah dengan mana-mana sos, garam, ataupun bahan perisa.
Ada juga yang makan telur balut ini sekadar untuk mencuba keberanian mereka makan makanan eksotik ini. Meski pun begitu, kita perlu tahu dari aspek agama islam itu sendiri, adakah ia boleh ataupun tidak.
Sebelum kita ulas dengan lebih lanjut, terdapat hukum asal bagi makanan dan minuman adalah harus dan halal yang di nyatakan melalui dalil yang mengharamkannya. Ia di terangkan melalui:
Maksudnya: Asal bagi setiap makanan adalah halal dan harus sehinggalah sabit dalil yang mengharamkannya
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ulama mempunyai beberapa pandangan yang berbeza mengenai pemakanan telur balut ini terhadap orang yang beragama Islam.
Pandangan pertama: Hukum makan telur yang di masak tetapi di dalamnya terdapat anak ayam.
Kata al-Imam Ibn Hazm Rahimahullah: Sekiranya dimasak telur dan kemudian didapati ada sejumlah dari telur telah fasid (rosak) seperti ia telah menjadi darah atau anak ayam, maka kita buang bahagian yang rosak dan kita makan bahagian yang masih berbaki. Ini berasaskan firman Allah:
وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى
Maksudnya: Seseorang tidak menanggung dosa orang lain.
Surah al-An’aam (164)
Mengikut pendapat kedua: Hukum memakan telur sebelum menetas.
Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin Rahimahullah pernah di soalkan perkara ini:
Sebahagian manusia apabila telur hampir menetas dalam tempoh sehari sebelumnya dan seumpamanya, mereka mengambil telur tersebut lalu memasak dan memakannya. Adakah ini halal ? Sedangkan diketahui bahawa anak ayam telah lengkap pembentukannya.
Maka jawab Syeikh: Aku tidak pernah mendengar sesuatu pun dalam hal ini. Akan tetapi jiwa seseorang akan tidak suka kepada perkara tersebut. Kerana telur apabila hampir menetas padanya bau yang busuk. Sekiranya anak ayam yang terdapat dalam telur itu masih bergerak, maka hendaklah ia disembelih. Sebagaimana disembelih jika ia keluar semasa menetas. Kerana ia merupakan haiwan yang hidup. Tidak halal dimakan melainkan dengan disembelih. Adapun jika ia tidak bergerak, sesungguhnya ia adalah cebisan daging yang telah sempurna pembentukannya. Maka aku berpandangan hukum memakannya adalah makruh dan aku tidak mengharamkannya. (rujukan: ibn-jebreen)
Pendapat ketiga pula: Hukum memakan telur ayam ataupun itik yang mana keadaan telur tersebut sudah hampir menetas. Di dalamnya pula sudah terbentuk fizikal anak ayam atau itik. Ia kemudian di rebus dan di makan.
Jawapan Fatwa Lajnah Da’imah Arab Saudi:
Sekiranya keadaannya sama seperti yang dinyatakan, maka anak ayam atau itik (yang masih di dalam telur) tersebut dianggap sebagai bangkai yang tidak boleh untuk dimakan. Kerana ia sudah terbentuk di dalam telur. Manakala pengharaman bangkai merupakan sesuatu yang ma’lum min al-din bil-dharurah (sesuatu yang telah diketahui dalam agama secara jelas). Lihat (sesuatu yang telah diketahui dalam agama secara jelas).Lihat Fatwa al-Lajnah al-Da’imah (22/305)
Pandangan Tokoh Mazhab al-Imam al-Syafie
Kata al-Syeikh Nawawi Banten al-Syafi’e Rahimahullah:
Maksudnya: Sekiranya telur haiwan yang boleh dimakan itu pecah, dan didapati di dalamnya anak ayam yang tidak sempurna kejadiannya atau telah sempurna kejadiannya akan tetapi sebelum ditiupkan roh padanya maka harus untuk memakannya. Berbeza dengan apabila telah ditiupkan roh dan hilang nyawanya tanpa sebarang sembelihan syar’ie maka ia menjadi bangkai. Lihat Maksudnya: Sekiranya telur haiwan yang boleh dimakan itu pecah, dan didapati di dalamnya anak ayam yang tidak sempurna kejadiannya atau telah sempurna kejadiannya akan tetapi sebelum ditiupkan roh padanya maka harus untuk memakannya. Berbeza dengan apabila telah ditiupkan roh dan hilang nyawanya tanpa sebarang sembelihan syar’ie maka ia menjadi bangkai. Lihat Nihayah al-Zin Fi Irsyad al-Mubtadien. Hlm. 40.
Maksudnya: Sekiranya telur burung yang boleh dimakan itu pecah, dan didapati di dalamnya terdapat anak burung yang belum sempurna kejadiannya seperti ia menjadi seketul daging seperti mudghah ataupun ia telah lengkap kejadiannya akan tetapi telur tersebut pecah dan ia keluar sebelum ditiupkan roh padanya maka dibolehkan untuk memakannya kerana ia suci dan tidak dianggap menjijikkan sebagaimana yang para ulama sebutkan mengenai mudghah yang keluar dari haiwan yang boleh dimakan bahawa iasuci dan sesungguhnya ia halal dengan penyembelihan ibunya bahkan anak burung itu lebih utama pada kesuciannya berbanding mudghah kerana ia berubah dari suci tanpa ada khilaf berbeza dengan mudghah yang berubah dari mani dan padanya pendapat yang mengatakan ia najis. Lihat Maksudnya: Sekiranya telur burung yang boleh dimakan itu pecah, dan didapati di dalamnya terdapat anak burung yang belum sempurna kejadiannya seperti ia menjadi seketul daging seperti mudghah ataupun ia telah lengkap kejadiannya akan tetapi telur tersebut pecah dan ia keluar sebelum ditiupkan roh padanya maka dibolehkan untuk memakannya kerana ia suci dan tidak dianggap menjijikkan sebagaimana yang para ulama sebutkan mengenai mudghah yang keluar dari haiwan yang boleh dimakan bahawa iasuci dan sesungguhnya ia halal dengan penyembelihan ibunya bahkan anak burung itu lebih utama pada kesuciannya berbanding mudghah kerana ia berubah dari suci tanpa ada khilaf berbeza dengan mudghah yang berubah dari mani dan padanya pendapat yang mengatakan ia najis.Lihat Fath al-Jawad. Hlm. 71-72.
Maka dengan ini, mengikut penelitian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman Facebook, hukum memakan telur balut ini adalah makruh kerana ia tidak dapat di kenalpasti sama ada keadaan embrio tersebut masih hidup dan bernyawa malah sifatnya dalam keadaan sempurna. Begitu juga dengan kaedah yang di nyatakan ‘asal pada sesuatu perkara adalah halal atau harus kecuali terdapat nas yang mencegahnya menunjukkan kepada haram’.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.