‘Arwah Ibu & Umi Saya Orang Iban’- Nana Sheme Sedih Bila Pakaian Tradisi Iban Dihina

Share

Baru-baru ini tular mengenai seorang personaliti media sosial lelaki yang dikecam gara-gara membuat gurauan mengenai pakaian tradisi masyarakat Iban. Biarpun telah meminta maaf, namun hal itu sedikit sebanyak telah mengguris hati rakyat Malaysia kerana telah menyentuh isu budaya di Malaysia.

Mempunyai darah keturunan Iban, penyanyi jelita dari Sarawak, Nana Sheme turut terkesan dengan perkara itu dan telah meluahkan isi hati di laman Instagram miliknya.

“Arwah ibu & Umi saya adalah orang Iban, Iban ada suatu tempat istimewa di hati saya dan mengalir dalam darah saya.

“Jadi saya baru terlihat sebuah video oleh seorang ‘influencer’ yang membuat lawak yang menyentuh sensitiviti baju tradisional Iban. Secara jujur, lebih rasa dia menghina sebab menggunakan ayat ‘kain buruk’ apabila memperkatakan mengenai Kain Karap. How

disrespectful.

“Bukan nak tambah minyak pada api, tapi memandangkan kita kekurangan suara orang Sarawak di mata masyarakat, izinkan saya menggunakan platform ini sekali lagi untuk menghentikan normalisasi membuat jenaka mengenai budaya lain. Stop this low class mentality.

“Ya, anda boleh meminta maaf. Tapi anda juga harus faham sesuatu Encik, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.

“Sila hadam, sila belajar dari kesilapan. Terima kasih,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan sokongan terhadap kenyataan pelantun lagu Hantu Atau Buaya itu selain memuji kecantikannya apabila mengenakan pakaian tradisi masyarakat Iban itu.

IKLAN