Sebagai rekod, Che Puan Syamim mula menceburi dunia hiburan tanah air selepas menjadi finalis sekaligus bergelar naib juara Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai Raysha Rizrose yang merangkul gelaran juara, Puteri Aishah, Fify Azmi dan Mawar Rashid.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ibu adalah ratu hati dan penyeri dalam kehidupan anak-anak dan suami, tanpa figura seorang ibu maka pincanglah kehidupan sebuah institusi kekeluargaan itu.
Begitulah apa yang dirasakan oleh ‘content creator Tik Tok, Siti Hawa Sidek atau lebih mesra disapa dengan panggilan Ain, apabila ibunya baru sahaja di jemput ilahi kerana menghidap barah tahap empat.
Memandangkan ada yang tertanya-tanya apakah punca sebenar yang menyebabkan ibunya meninggal dunia, Ain tampil untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Perkara berkenaan dimaklumkan Ain menerusi satu muat naik video di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini dimana beliau turut berkongsi momen-momen akhir sebelum ibunya meninggal dunia.
“Syurga buatmu mama ❤,” tulis Ain ringkas pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Hijabista difahamkan bahawa mama merupakan antara ‘tulang belakang’ bagi Ain kerana ibunya itu sering menemani dirinya melakukan kandungan-kandungan lucu di laman TikTok sejak 2021 lagi.
Menurut Ain, meskipun dia sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ketika itu, kerana ibunya itu menghidap kanser tahap empat dan sudah terlalu lemah apabila dibawa ke hospital.
“Mama memang dah terbaring lemah, makan minum semua dah tak boleh masuk. Nak tak nak papa terpaksa panggil ambulans. Mama kemudian dimasukkan ke wad kecemasan zon merah.
“Doktor kemudian bagitahu Ain, kanser mama dah tahap empat yang sangat kritikal. Dia tak boleh bedah dan tak boleh buat apa-apa jadi dia akan buat untuk keselesaan mama je,” katanya.
Justeru, Doktor meminta agar Ain memaklumkan perkembangan ibunya itu kepada keluarga terdekat, kerana mama sudah semakin kritikal dan gusar sekiranya beliau tidak dapat bertahan lebih lama.
Bagaimanapun, apa yang membuatkan Ain terkilan adalah kerana dia tidak dapat bersama-sama mama ketika syurganya itu menghembuskan nafas terakhir.
Namun, Ain menyatakan dirinya redha walaupun terpaksa menelan sesalan terhadap apa yang telah berlaku dan berjanji akan selalu mengirimkan doa buat ibu tersayang.
“Korang yang kenal mama tolong doakan mama. Mama selalu hiburkan korang kan, korang doakan mama, baca al-Fatihah untuk mama,” ujar Ain.
Meninjau ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya memberikan sokongan penuh terhadap Ain dan turut sama merasai kesakitan kehilangan orang yang disayangi, selain mendoakan yang terbaik buat Ain.
“Salam takziah Ain.. Insya-Allah Ain akan jumpa mama dekat sana nanti kita semua akan pergi ke negeri abadi.
“Innalilahi wainnailaihi rojiun, I fans sangat sama mama Ain 😭
“Alfatihah buat mama Ain.. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman,” tulis wargamaya.
Sekadar info, Ain memaklumkan bahawa ibunya mengalami sesak nafas kronik dan sudah terlalu lemah sewaktu bapanya menghubungi ambulans untuk membawa ibunya ke hospital.
Umum mengetahui mengenai kisah rumahtangga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Lesti Kejora yang telah menjadi mangsa keganasan rumah tangganya. Kejadian ini telah berjaya menarik perhatian ramai, bukan sahaja di Indonesia malahan Malaysia. Ramai warganet yang turut bersimpati melihat keadaan Lesti.
Lesti Kejora dan Rizky Billar telah mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. Kisah ini telah tular awalnya selepas Lesti membuat laporan polis susulan dipukul suaminya, Rizky Billar. Terbaharu, Lesti dilaporkan telah dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas empat hari ditahan di hopital bagi menerima rawatan kecederaan yang dialaminya itu.
Menurut laporan detiknews, ini bukanlah kali pertama Lesti menjadi mangsa keganasan rumah tangganya.
“Dalam kenyataan awal, Lesti menjelaskan keganasan rumah tangga bukanlah kali pertama, tetapi sudah kerap berlaku dan ini adalah kemuncaknya”
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan, penyanyi dangdut Indonesia tersebut juga dilaporkan pernah dibaling bola biliard oleh suaminya. Pihak polis di sana juga sedang giat menjalankan siasatan sepenuhnya.
“Penyiasat telah mengambil keterangan saksi yang merupakan pembantu rumah pasangan tersebut dan juga pekerja Leslar Entertaiment. Polis juga telah mendapatkan bukti lain di CCTV rumah mereka” ujarnya.
Usai daripada kejadian tersebut, Lesti dilaporkan telah mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah sebaliknya memilih kediaman lain yang lebih selamat dan telah merahsiakan lokasinya.
“Lesti tidak mahu serumah dengan Rizky kerana trauma. Lesti kini berada di tempat yang tidak perlu saya katakan tetapi dia berada di tempat selamat,” tambahnya lagi.
Banyak yang wanita boleh ambil pengajaran daripada kisah Lesti ini. Isu keganasan rumah tangga ini juga bukanlah sesuatu yang baru. Keganasan rumah tangga dikaitkan dengan perlakuan ‘penderaan’ terhadap pasangan, tidak kiralah penderaan secara fizikal, seksual, psikologi atau sosial. Pada awal kes ini tular, ramai warganet yang terkejut dan tidak menyangka pasangan yang selalu terlihat bahagia ini sebenarnya tidak sama seperti yang dibayangkan.
Untuk pengetahuan anda, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk menggubal Akta Keganasan Rumah Tangga pada tahun 1994. Akta ini digubal untuk melindungi mangsa yang terselamat dan juga mencegah keganasan rumah tangga daripada berlanjutan.
Di Malaysia, kita mempunyai satu pertubuhan yang aktif dalam memperjuangkan hak-hak wanita iaitu Pertubuhan Pertolongan Wanita. Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) ini ialah sebuah badan bukan kerajaan Malaysia yang berjuang untuk hak-hak wanita terutamanya terhadap keganasan terhadap wanita. Buat anda yang mungkin sedang menderita akibat keganasa rumah tangga, anda boleh cuba langkah dan garis panduan yang disarankan oleh WAO sendiri.
Jika anda ingin mendapatkan sebarang nasihat atau ingin melaporkan sebarang kes yang berkaitan keganasan rumah tangga, anda boleh menghubungi talian kasih. Keutamaan talian kasih ini adalah untuk MELINDUNGI mangsa.
Semoga segala urusan Lesti di masa hadapan dipermudahkan, seterusnya diberikan kesembuhan, kesihatan dan pulih daripada trauma yang dihadapi. Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik perancang… Untuk anda yang mengalami perkara yang sama, jangan lupa untuk selamatkan diri anda segera. Ambil tindakan, selamatkan diri, dapatkan pertolongan dan elakkan dari menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Baru-baru ini, selebriti dan ahli perniagaan terkenal Noor Neelofa mendedahkan perkembangan terbaru anak sulung kesayangannya Muhammad Bilal yang kini berusia lebih setahun.
Menurut Neelofa yang juga bekas pengacara rancangan MeleTop, seperti kanak-kanak lain, dia memaklumkan Bilal pada usia setahun di mana pertumbuhannya sangat pesat.
Dalam temubual bersama Hijabista, Neelofa memberi perkongsian kepada semua tentang perkembangan anaknya Bilal.
“Sebenarnya di usia Bilal sekarang, terlalu cepat membesar dalam masa minggu ke minggu, dia dah pandai usik kita, dah pandai menyorok, dah boleh pandai main” ujar Neelofa.
Tambahanya lagi, berkongsi tentang perangai Bilal sebelum boleh berjalan dan belum.
“Satu perkara yang I macam sangat-sangat suka, bila saya dan Haris solat jemaah, daripada Bilal tak boleh jalan lagi, kita selalu letak dia tepi sejadah”
“Daripada tak boleh jalan, waktu solat selalu letak sebelah atau cakap taqlim semua, dan apabila dia boleh bejalan dia waktu solat dia takkan lari pergi tempat lain, dia akan stay around kaki ayah dia” katanya lagi.
Neelofa berkongsi perkara ini dan berharap orang ramai menerimanya sebagai panduan ibu bapa membesarkan anak kecil.
“Its a good thing untuk anak-anak ada dalam suasana solat jemaah itu because everytime ajak solat sekali dia akan excited solat sekali” katanya.
Sekadar info, Neelofa selamat melahirkan anak pertamanya pada penghujung Mac tahun lalu. Selebriti berniqab kini berkahwin dengan Haris Ismail, atau mesra disapa PU Riz, pada 27 Mac 2021.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.