Bunga telah lama dipercayai sebagai salah satu tanaman yang paling bermanfaat untuk kesihatan dan juga kecantikan. Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria ternatea cukup dikenali sebagai pewarna semula jadi untuk membuat nasi kerabu. Sebenarnya, bunga biru keunguan ini juga digunakan untuk perubatan Ayurveda di India.

Bunga telang mempunyai kesan menghilangkan tekanan yang juga dapat membantu menghilangkan gejala kegelisahan. Di samping itu, ia juga dapat memberikan kesegaran dan membantu kita kekal bertenaga sepanjang hari.

Teh bunga telang antara minuman yang bagus diambil setiap hari. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan tetapi juga dalam masa yang sama bagus untuk kecantikan. Menanam bunga telang tidak susah kerana ia sangat senang untuk hidup. Boleh tanam di dalam pasu di tepi rumah.

Cara Penyediaan Teh Bunga Telang:

1.Rendam 5 bunga telang di dalam segelas air panas selama 15 minit.

2.Keluarkan bunga dari cawan apabila tiada warna yang tinggal di kelopak.

3.Teh bunga telang biasanya ditambah dengan serai untuk meningkatkan rasa.

IKLAN

4.Teh ini juga boleh dicampur dengan beberapa titis air perahan lemon untuk menghasilkan rasa masam yang manis.

Dipercayai antara khasiat bunga telang ialah:
*Sistem saraf – mempunyai kesan menenangkan saraf

IKLAN

*Sistem pencernaan – merupakan antimual, antipencernaan dan cholagogue

*Sistem peredaran – merupakan haemostatic yang membantu menghentikan pendarahan dan pembersih darah

*Sistem pernafasan – bertindak sebagai expectorant untuk mengurangkan kerengsaan organ pernafasan

IKLAN

*Sistem urin – membantu masalah sukar kencing

*Sistem pembiakan

*Sistem integumen – meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengekalkan keanjalan kulit.

Amalan orang lama memang bagus. Bunga telang bukan sekadar pewarna semula jadi, tetapi boleh juga dibuat teh dan membantu melancarkan haid. Selalunya bunga telang ini tumbuh melata di sekeliling rumah. Bolehlah cuba amalkan teh bunga telang ini untuk kecantikan diri, agar kekal awet muda, wajah tegang dan tidak berkedut.

Sumber kredit: Tok Serama via Bekebun Tepi Rumah Sendiri