Ketika wabak Covid-19 ‘mengganas’ ramai yang merindukan bumi Haramain. Jika sebelum ini tempat suci ini menjadi tumpuan ramai umat manusia namun kini ia lengang, sunyi dan sepi.
Melalui perkongsian seorang anak muda yang kini menuntut di Universiti Islam Madinah, Khashful Azim, berkongsi keadaan sebenar di sini.
Malam tadi, saya dan kawan-kawan kebetulan ada lalu Masjid Nabawi lepas selesai urusan peribadi sikit. Jadinya,…
Malam tadi, saya dan kawan-kawan kebetulan ada lalu Masjid Nabawi lepas selesai urusan peribadi sikit. Jadinya, alang-alang sudah dekat ni kami sajalah pergi sini nak tengok macam mana keadaannya pada tengah malam sekarang.
Selalunya sebelum ni, sekitar masjid sangat meriah sebab ramai orang walaupun tengah-tengah pagi. Tapi sekarang sekitar ni rasa sunyi yang amat, macam kita seorang saja yang ada kat sini tau.
Ads
Depan pintu masuk Malik Fahd Nombor 21.
Hotel sekitar kosong tidak berpenghuni kecuali sebahagian kecil yang masih ada orang.
Pintu 17, belah kanan belakang masjid.
Ads
Menara jam pintu 21.
Hotel berdekatan pintu 25. Pintu ni dekat dengan lorong ke raudah untuk wanita.
INI LUAHAN HATI KHASHFUL AZIM
Jujurnya, saya rasa sayu kerana masjid yang selalu dipenuhi dengan hamba-hamba Allah beribadah di sini kini menjadi lenggang seketika. Aktiviti masjid yang setiap hari aktif sebelum ini seperti kuliah agama dan kelas mengaji terpaksa dihentikan sementara ini.
Ads
Bila semua ni tak ada, baru rasa rindu sangat nak dengar semula suara alunan bacaan Al-Quran dari kelas mengaji dan kuliah agama bergema lagi di dalam masjid nabawi.
Semoga kita dapat kembali melihat semula suasana kemeriahan jemaah umrah dan haji mengunjungi lagi ke Masjid Nabawi & Maqam Rasulullah SAW dalam masa terdekat.
Setuju dengan kenyataan Datin Seri Shahida mengenai cabaran hidup berumah tangga. Baik suami mahupun isteri, masing-masing perlu bijak menangani ujian melayari bahtera perkahwinan agar ikatan cinta yang dibina sentiasa mekar dan berkekalan.
17 tahun berkahwin dengan usahawan ternama, Dato’ Seri Aliff Syukri pastinya satu tempoh yang mencabar bagi Datin Seri Shahida. Walau hampir dua dekad namun dia mengakui masih dalam fasa mengenali karakter suami dengan lebih mendalam.
Mengulas menjaga keharmonian rumah tangga, ini jawapan jujur yang diberikan oleh Datin Seri Shahida, ketika ditemubual oleh team HIJABISTA.
“Dalam rumah tangga ada pasang ada surutnya, ada mesra ada gaduhnya dan ada bertengkar dan ada romantiknya. Nikmati saat-saat manis bersama kerana momen manis itulah yang akan memujuk hati kita bila bergaduh.
“Terima baik buruk pasangan kita kerana dia juga manusia biasa. Tidak akan ada manusia yang benar-benar sempurna termasuk diri kita sendiri.
“Setiap suami ada busuknya, semua isteri ada masamnya. Terima dengan redha dan carilah wanginya untuk kita nikmati bersama,” ujarnya.
Datin Seri Shahida berkata demikian ketika menghadiri majlis gilang-gemilang Nona Superwoman Award bersama Dato’ Seri Aliff Syukri.
Dia yang kini bergelar ibu kepada enam cahaya mata akui sudah masak dengan ujian rumahtangga. Malah, kini lebih berilmu untuk menangani masalah demikian. Datin, Shahida yang kelihatan berseri-seri akui kini hidup bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang.
Dalam pada itu, Datin Seri Shahida turut meluahkan rasa bangga melihat ramai usahawan-usahawan wanita hebat dan berkaliber yang menerima pengiktirafan pada majlis berkenaan. Malah, dia berharap lebih ramai lagi individu berjaya pada masa akan datang.
Datin Seri Shahida dan Dato’ Seri Aliff berkahwin pada Ogos 2007, dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi Raudhah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Seluruh umat Islam disarankan untuk membaca Al-Quran kerana banyak kebaikan yang dapat kita perolehi selain daripada ganjaran pahala. Allah SWT amat suka akan hambanya yang benar-benar rajin mengamalkan amalan membaca Al-Quran dan memahami erti setiap ayat.
Membaca Al-Quran dapat mempengaruhi jiwa dan fikiran agar sentiasa tenang. Sesuai dengan hadits yang pernah diriwatkan oleh muslim yang dinyatakan oleh Abi ummah ra :
“Baginda Rasullulah berkata bacalah olehmu Al-Quran kerana sesungguhnya akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat nanti untuk siapa saja yang membacanya.”
Antara kebaikan-kebaikan yang dapat kita perolehi dari membaca Al-Quran adalah:
1. Mendapat ganjaran pahala dan kebaikan dari-Nya
Membaca Al-Quran dapat menjadikan diri kita lebih tenang dan mendapat penuh keberkatan. Maka dari itu seseorang yang membaca Al-Quran insyaAllah mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dan kebaikan dari Allah SWT sebagai manusia yang soleh.
Seperti hadits riwayat dari yirmidzi bahawa :
“Barang sesiapa yang membaca satu huruf saja dari kitabullah maka seseorang itu akan mendapatkan kebaikan satu kali. Tetapi setiap kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kalinya.”
2. Mendapat sinar Nur dari Allah SWT
Membaca Al-Quran dapat menjadikan seseorang itu kelihatan semakin bercahaya. Ini secara tidak langsung akan menjadikan seseorang itu lebih disayangi, dihormati dan dihargai ramai orang.
Seperti hadits yang menyatakan:
“Orang-orang yang hebat dalam membaca Al-Quran akan selalu ditemani para malaikat, pencatat yang paling dimuliakan dan taat kepada Allah SWT dan orang orang yang masih bertatih membaca Al-Quran lalu bersusah-payah mempelajarinya maka dia akan mendapatkan dua kali pahala,” (HR. Bukhari)”
3. Memperolehi rahmat dan perlindungan dari malaikat
Membaca Al-Quran dengan hati yang tenang dan sabar dapat mendatangkan rahmat dari Allah SWT dan mendapatkan perlindungan dari para malaikat dari kejahatan yang terlihat mahuoun yang tidak terlihat.
Seperti hadits yang menyatakan :
”Ketika para kaum muslim berkumpul di masjid-masjid Allah dan mereka membaca Al-Quran dan memnpelajarinya, maka akan datang kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah dan dilindungi oleh malaikat-malaikat dan Allah SWT menyebut mereka dihadapan makhluk yang ada didekatnya.”
4. Diberikan syafaat ketika hari kiamat.
Membaca Al-Quran dapat mendatangkan kebaikan dan kemuliaan yang tidak pernah dibayangkan oleh manusia sebelumnya bahkan juga terjadi pada hari kiamat dengan kemuliaan yang sangat besar.
Seperti hadits yang menyatakan bahawa :
“Bacalah setiap bait Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat nanti akan datang memberikan syafaat yang baik kepada pembacanya.” (HR. Muslim)”
5. Agar selamat duniat dan akhirat.
Setiap umat Islam yang rajin membaca Al-Quran dengan hati yang ikhlas dapat menyelamatkan dirinya dari kejahatan yang terlihat dan tidak terlihat dan kesengsaraan selama di dunia dan akhirat, semua itu berlaku kerana Allah SWT melindunginya.
Baginda Rasullulah bersabda bahawa :
“Ibadah yang paling berkah dan istimewa adalah membaca dan mempelajari Al-Quranserta mengamalkannnya dalam kehidupan seharian bahkan pada tiap satu ayatnya yang telah dibaca mengandungi 10 kebaikan dan ajaran kebenaran didalamnya. “
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila malas bersolat ingatlah bahawa sebagai umat Islam anda berada dalam golongan yang rugi. Solat merupakan tiang agama. Sesungguhnya menjadi seorang yang rajin solat itu akan memudahkan kehidupan harian anda. Tahukah anda, ada beberapa cara untuk mengatasi malas solat?
Apabila anda pandai untuk menjaga solat sudah semestinya anda juga pandai menjaga akhlak. Maka buat manusia seperti kita yang kadang kala lalai dengan duniawi pasti ada waktu yang akan membuatkan kita terlupa untuk mengerjakan solat atau mengambil mudah sahaja dengan tidak menggantikan solat. Tidak meletakkan solat perkara utama adalah kesilapan yang sering kita lakukan.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Perjanjian yang berada antara kami dengan mereka adalah shalat, maka barang siapa yang meninggalkannya maka ia telah kafir”. (HR. Tirmidzi: 2621 dan Nasa’i: 463 dan Ibnu Majah: 1079.
Cara anda untuk mengatasi malas solat pertama adalah, pastikan anda mengikuti sekeliling yang rajin untuk solat. Sebagai contoh, jika ibu bapa anda sentiasa mengingatkan anda untuk solat, itu merupakan perkara yang baik. Ini kerana ibu bapa merupakan contoh buat anak-anaknya dan di dalam Islam juga menggalakkan untuk ibu bapa mengajar anak-anak mengikuti ajaran ibu bapa yang mengikut syariah Islam.
Kadang-kadang sebagai manusia kita terlupa untuk memahami kepentingan sesuatu itu, sama juga seperti solat. Jadi, pemahaman buat solat tidak kira anda masih kecil atau dewasa tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan cara yang lembut dan sabar. Jadi, belajar dan memahami tentang kepentingan solat melalui internet atau orang yang beragama. Secara perlahan pun tiada masalah. Boleh juga anda menyertai kelas agama yang berdekatan.
Anda juga boleh melakukan solat dengan secara konsisten. Memang sukar untuk mengejar masa ke sana dan ke sini. Akan tetapi, ingatlah bahawa jika anda mengambil masa untuk solat pasti anda akan rasa sentiasa cukup masa. Jika pada mula anda merasakan sukar untuk melakukannya dan merasa berat, insyaAllah jika sentiasa konsisten dan berdoa pasti anda rasa suka untuk meninggalkan solat selepas ini.
Selain itu, jika anda rasa tidak pasti dengan diri yang senang lupa, cuba untuk memberitahu kepada sesiapa yang anda rapat seperti ibu bapa, adik-beradik, sahabat supaya mengingatkan anda untuk solat sekiranya anda lupa.
Bermula daripada awal, ibu bapa merupakan guru pertama yang mengajar kita. Tugas ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anaknya terutama sekali tentang agama. Ibu bapa pasti bahagia apabila anak akan disiplin menjalankan solat. Jadi, sebagai anak jangan rasa marah jika rasa ibu bapa anda terlampau control, lagi-lagi tentang solat.
Buat ibu bapa pula melakukan pengawasan kepada anak-anak adalah penting. Jangan merasakan anda ibu bapa yang tidak berguna. Akan tetapi dinasihatkan untuk tegurlah dengan cara yang baik dan lemah lembut.
Bermula dari awal, apabila anak anda rajin untuk solat, pasti ibu bapa akan gembira. Apabila sudah dewasa pula kita akan rasa bangga pada didikan ibu bapa anda. Sebagai ibu bapa, anda juga perlu memberikan semangat buat anak agar anak akan rajin untuk solat. Apabila kita rajin untuk mengatakan yang baik dan positif, jadi kita akan lebih semangat. Anda juga memberi semangat kepada rakan-rakan yang sedang bersusah payah melengkapkan solat mereka atau belajar agama.
Akhir kata, jika anda ingin mengatasi malas solat jangan lupa untuk berdoa juga kerana doa akan membantu anda untuk rajin solat. Kerana Allah itu Maha Mendengar. Sentiasalah berdoa agar diberikan hidayah dari Allah SWT dan minta doa dari ibu bapa kerana doa ibu bapa itu sangat penting