Air Rebusan Cuci Rahim Selepas Datang Bulan, Anak Dara Pun Boleh Amalkan

Share

‘Datang bulan’ adalah kitaran wajib yang menandakan seseorang wanita itu normal dan sihat. Selepas datang bulan, wanita wajib amalkan minum beberapa jenis rebusan untuk kembalikan kesegaran badan dan sekaligus mencuci rahim.

Air rebusan cuci rahim selepas period banyak khasiatnya. Boleh diamalkan sebulan sekali. Ia sudah cukup untuk menyegarkan badan dan membuang angin dalam badan.

BAHAN-BAHAN:
*halia sebesar ibu jari
*kunyit sebesar ibu jari
*daun pandan 3 helai
*serai 4,5 batang
*madu/gula batu


CARA MEMBUAT:
*serai diketuk
*halia dan kunyit dihiris jangan terlalu nipis
*air 3 cawan
*campur dan rebus dengan bahan-bahan yang lain tadi sehingga mendidih

*jika nak hilangkan keputihan, tambah daun sirih 2 helai
*jika nak ketatkan mis V tambah manjakani sebiji
*diminum suam-suam atau dibiarkan sejuk tapi kalau saya, saya akan minum suam-suam… Lega sahaja bila masuk dalam tekak

Anak dara juga boleh amalkan minum air ini sebulan sekali.. In shaa Allah badan jadi segar dan ringan.

Sumber kredit: Miera Kimie via Masak Apa Hari Ini

IKLAN