Pernahkah anda mengalami kulit kering ataupun bersisik? Mesti merunsingkan apatah lagi bila tiba saatnya untuk bertemu keluar dengan rakan mahupun insan istimewa.
Jika anda tertanya-tanya kenapa masalah ini terjadi, periksa dulu tabiat yang sering kita lakukan tiap hari yang boleh menyebabkan kulit kita jadi kering sebegitu.
Semak senarai ini!
Pasti ramai yang tidak konsisten mengamalkannya dalam kehidupan seharian bukan? Tak susah pun sis, 8 gelas sehari je!
Haa, ini lagi satu masalah. Pelembaplah merupakan item yang paling diperlukan oleh kulit kering. Jangan malas mengaplikasikannya di kulit wajah.
Guna skrub memang bagus untuk membuang sisa kulit mati tetapi jika terlalu kerap, ia akan menyebabkan iritasi pada kulit. Sebaiknya gunakan sekali atau dua kali seminggu.
Sebaiknya cucilah wajah anda menggunakan air sejuk. Ia menutup liang pori di wajah dan buatkan kulit wajah nampak bersih dan segar!
Jika produk tersebut tidak memberi kesan atau sesuai dengan kulit anda, segeralah hentikan penggunaannya kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi bertambah teruk. Check dulu bahan kandungannya sebelum membeli ya.
Jika anda sedang mencari produk yang tepat, anda bolehlah mencuba produk rangkaian terbaharu daripada SAFI ini. Mana tahu ia sesuai dengan kulit anda!
Diuji secara dermatologi dan dirumus khas bebas daripada alkohol, paraben, dan minyak mineral, Teknologi HydraActive³ dalam rangkaian penjagaan kulit semula jadi Hydra Glow
ini terdiri daripada tiga ramuan penghidratan ultra utama iaitu ekstrak fermintasi beras, vitamin B dan asid hialuronik yang dapat menyerikan, menganjal serta menghaluskan kulit.Jadi, ia semestinya dapat memberikan hidrasi sepenuhnya pada kulit anda. Teksturnya juga tidak berminyak.
Oleh itu, ubahlah tabiat-tabiat yang tidak baik ini untuk dapat kulit yang cantik lagi berseri!