Mengalami masalah faraj gatal boleh membuat seseorang tidak selesa, adakalanya menyakitkan. Sekiranya mengalami masalah kegatalan yang teruk, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Berikut antara 5 penyebab kepada masalah ini.

Apa yang menyebabkan faraj menjadi gatal?

5 Punca Miss V Gatal. Apakah Rawatan Terbaik?
Sumber gambar: Hello Sehat

1. Jangkitan kuman: Persekitaran faraj yang sihat disebabkan oleh keseimbangan flora yang bertindak menjaga faraj dari jangkitan bakteria. Faraj akan berasa gatal dan mungkin berbau busuk.

2. Penyakit kelamin (STD) contohnya chlamydia, herpes, gonorrhea juga adalah punca kegatalan faraj.

3. Jangkitan kulat biasanya disebabkan mengandung, hubungan seks, dan sistem immun yang rendah. Selain gatal gatal, keputihan yang tebal juga boleh berlaku.

Ads

4. Menopause: Penghasilan Estrogen yang menurun juga menyebabkan dinding faraj menipis dan kering. Ini juga akan menyebabkan kegatalan.

5. Penggunaan bahan kimia contohnya tisu wangi, pencuci wanita wangi, sabun wangi

Ads

Cara-cara rawatan yang efektif:

• Jangkitan kuman memerlukan antibiotik.

• Jangkitan yis memerlukan anti kulat yang terdiri daripada ubat yang dimasukkan ke dalam faraj atau tablet untuk makan serta menopause memerlukan krim estrogen. Menopause: Penghasilan Estrogen yang menurun juga menyebabkan dinding faraj menipis dan kering. Ini juga akan menyebabkan kegatalan.

Ads

Cara cara untuk mencegah masalah ini:

5 Punca Miss V Gatal. Apakah Rawatan Terbaik?
Sumber gambar: Health Kompas

• Menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks.
• Elakkan melakukan hubungan seks sehingga betul betul pulih dari simptom. • Elakkan mencuci atau mengelap faraj dengan bahan kimia seperti kertas tisu wangi atau pencuci feminin.
• Gunakan air paip biasa dan sabun yang tiada pewangi untuk membersihkan faraj
• Lap dari depan ke belakang selepas membuang air.
• Tukar seluar dalam setiap hari.
• Jangan menggaru faraj yang gatal kerana akan menyebabkan jangkitan semakin teruk.

Cara-cara memilih pencuci wanita yang betul:

• Lembut dan tidak merengsakan kulit. Kerana kulit di bahagian faraj adalah sangat sensitif. Pastikan pencuci wanita itu tidak menyebabkan kulit hilang kelembapan.

• pH yang seimbang akan membawa kepada keseimbangan flora yang sihat dan tiada jangkitan bakteria. Bahan yang natural juga dapat mengelakkan pencuci wanita yang menggunakan paraben dan pewangi tiruan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI