Ads

5 CARA Sihat Jaga Tubuh Tanpa PRODUK & Bajet, Persediaan Sambut TAHUN BARU. Rugi Tak Amalkan!

Tinggal beberapa hari saja lagi tahun baru akan menjelang tiba. Pasti akan kita sambutnya dengan penuh bersemangat. Bukan sahaja soal kesihatan, tetapi juga penampilan diri perlu dititik beratkan agar tampil sihat, cergas dan menawan sempena kehadiran tahun baru yang lebih mencabar.

Dan setiap tahun kos sara hidup yang semakin meningkat. Jadi usah risau kerana HIJABISTA kongsikan cara muda untuk anda kekal sihat dan cantik tanpa menggunakan produk dan sangat bajet.

1. Minum Banyak Air Masak

Langkah ini sudah ramai yang sedia maklum dan sangat-sangat ‘common’ tetapi tidak semua mampu untuk melakukannya. Apabila badan anda tidak cukup air, ia boleh menghadapi dehidrasi dan menjadi punca kedutan! Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk membuang toksin yang ada dalam badan.

5 CARA Sihat Jaga Tubuh Tanpa PRODUK & Bajet, Persediaan Sambut TAHUN BARU. Rugi Tak Amalkan!
Minum air secukupnya.

2. Makan Diet Seimbang

Bulan puasa ini mungkin agak sukar untuk melakukannya (dengan kehadiran bazar Ramadan) namun jangan sesekali mengalah! Cuba untuk mendapatkan makanan yang kaya vitamin seperti buah-buahan, sayuran, ikan, telur dan bijirin yang menyalurkan anti-oksidan kepada tubuh.

Ads
5 CARA Sihat Jaga Tubuh Tanpa PRODUK & Bajet, Persediaan Sambut TAHUN BARU. Rugi Tak Amalkan!
Diet seimbang.

3. Rajin Bersenam

Bulan puasa bukanlah alasan untuk skip dari bersenam. Anda hanya perlu sesuaikan gerak senam anda dengan kemampuan semasa berpuasa. Berpeluh mampu membersihkan liang dari kotoran serta mengeluarkan toksin dari badan yang memudahkan kulit anda untuk bersih.

5 CARA Sihat Jaga Tubuh Tanpa PRODUK & Bajet, Persediaan Sambut TAHUN BARU. Rugi Tak Amalkan!

Ads

4. Rawatan Yoga Wajah

Buat beberapa senaman wajah untuk mengurangkan kedutan yang mula timbul. Ia lebih baik dan afteraffect-free berbanding suntikan vitamin atau botox.

Ads
5 CARA Sihat Jaga Tubuh Tanpa PRODUK & Bajet, Persediaan Sambut TAHUN BARU. Rugi Tak Amalkan!
Rawatan yoga di wajah dapat melegakan ketegangan.

5. Cuci Wajah Dengan Air Suam

Pastikan air berada dalam darjah yang sesuai untuk anda tetapi jangan terlalu panas. Namun jika anda sukakan air sejuk untuk mencuci muka, silakan. Cuba rutin ini secara konsisten untuk anda lihat keberkesanannya dalam masa 30 hari. Jom kita ‘baiki’ wajah tanpa menggunakan sebarang produk.

5 CARA Sihat Jaga Tubuh Tanpa PRODUK & Bajet, Persediaan Sambut TAHUN BARU. Rugi Tak Amalkan!
Air suam elok untuk cuci muka.

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Yang lain

Idola K-Pop, Tiffany Young Dedah Rahsia Kulit Cantik Flawless. Hijabi Pun...

Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.