Kecantikan

2 Kali Alami Masalah Breakout, Wajah Gadis Pulih Lepas 7 Bulan Makan Ubat Yang Diberi Doktor

Share

Masalah breakout atau jerawat sememangnya boleh membuatkan keyakinan diri seseorang itu jatuh merudum. Kalau boleh langsung tidak mahu ketemu dengan orang lain kerana bimbang wajah yang dipenuhi jerawat itu akan diperhatikan.

Ada banyak sebab berlakunya masalah breakout antaranya perubahan hormon, alahan, tersalah menggunakan produk perawatan wajah dan beberapa sebab lain. Namun masalah breakout perlu dipandang serius kerana tanpa rawatan yang betul ia akan semakin melarat.

Perkongsian dari gadis ini yang menulis thread di twitter berkenaan masalah breakout dialami.

Menurutnya dia pernah mengalami masalah kulit kali pertama dan kemudian terkena lagi buat kali kedua.

Dia yang menggunakan nama akaun @maylexskincaring twitter memberitahu sebab utama mengalami masalah breakout ini dan caranya menyelesaikan masalah kulit ini.

Ambil masa 7 bulan sebelum pulih sepenuhnya.

Masalah breakout disebabkan hormon, alergik dengan tea tree, perubahan persekitaran dan juga stress.

Kulit bertambah teruk hinggalah decide berjumpa doktor  kerana semua produk penjagaan wajah digunakan sudah tak berkesan pada kulit wajah.

Call nombor di atas dan bercakap dengan klinik Dr Mazlin. Konsultan diberikan doktor ini sangat bagus, peramah dan sesi bersamanya amat menyeronokkan.

Makan ubat diberikan doktor berkenaan.

Ubat diberi adalah ubat kawalan dan tidak boleh dibeli ikut suka hati dan mesti mendapatkan preskripsi doktor. Kesan sampingan makan ubat berkenaan kulit akan jadi kering dan bibir pecah.

Bulan pertama makan ubat diberi kena sabar sebab jerawat akan keluar. Kemudian barulah jerawat makin lama makin berkurangan.

Sejak makan ubat berkenaan tidak berdepan banyak masalah cuma alami bibir pecah dan bibir kering. Tapi pulih kembali bila disapu dengan lip balm.

Tapi bukan sepenuhnya bergantung pada ubat diberikan doktor, tetapi juga pemakaian produk penjagaan wajah dari drugstore. Oleh sebab itu masalah breakout cepat pulih.

Kalau nak tahu produk penjagaan wajah yang dipakai, boleh lihat link IG di bawah.

Ambil masa 5 bulan sebelum kulit wajah pulih sepenuhnya. Kunci utama ialah hydration dan jangan pakai mekap sepanjang tempoh breakout kerana penggunaannya akan menyebabkan masalah kulit jadi bertambah teruk.

Memang kena konfiden berjalan tanpa wajah yang bermekap kerana jika kulit dah jadi elok dan sihat barulah cantik untuk mekap. Juga kena jaga kebersihan dan terus ambil tahu jika ada apa-apa masalah berlaku pada wajah anda.

Lagi satu jangan mudah giveup dan cari produk bersesuaian dengan kulit wajah. Try and error dan kalau kulit makin teruk terus jumpa doktor sama ada swasta atau kerajaan.

Selain ubat doktor, wajah gadis ini juga pulih dengan penggunaan produk penjagaan kulit wajah bersesuaian. Ini antara produk digunakan olehnya.

Produk digunakan pada waktu siang:

Penjagaan pada waktu malam:

IKLAN