10 Jenama Tudung Yang Wajib Ada Dalam Almari Anda!

Share

Sebagai seorang wanita berhijab, tentunya mata anda tidak akan terlepas daripada melihat trend-trend tudung terbaru yang sedang in. Lambakan jenama tudung membuatkan hijabi ingin memiliki setiap koleksi yang ada.

Sebelum tidur ataupun bila duduk seorang diri di rumah, tangan pun mulalah scroll Instagram (IG) untuk melihat koleksi-koleksi terkini. Jangan terkejut kalau tudung yang baru dijual sudah sold out hanya dalam masa satu jam. Begitu obsesnya hijabi dengan tudung!

Seperti yang kita tahu, memang ada pelbagai jenama tudung yang boleh didapati di pasaran. Setiap jenama memiliki keistimewaan masing-masing, bergantung kepada rekaan yang anda gemari.

Hijabista senaraikan 10 jenama tudung yang laku macam ‘pisang goreng panas’ dan wajib ada dalam gerobok anda.

1) Naelofar Hijab, 588K

2) Aidijuma, 500K

3) Radiusite, 419K

4) Sugarscarf, 369K

5) Ariani, 357K

6) dUCk Scarves, 347K

7)Tudung Ruffle, 337K

8) Tudung People, 271K

9) Cakenis, 207K

10) Ameera Zaini, 160K

IKLAN