Turban merupakan salah satu item fesyen yang menyerlahkan penampilan berbeza bagi seorang wanita yang menitikberatkan soal penampilan.
Seperti yang digayakan oleh selebriti jelita, Aghnia Punjabi atau nama sebenarnya Emy Aghnia ini. Aghnia sememangnya berani tampil berbeza dan bergaya dengan turban.
Kredit Foto: Instagram Emy Aghnia.
Berikut beberapa gaya turban Aghnia yang boleh anda jadikan inspirasi.
Aghnia kelihatan santai dengan turban hitam digabungkan dengan hoodie dan seluar longgar.
Kredit Foto: Instagram Emy Aghnia.
Masih dengan turban yang sama, Aghnia syorkan pasangan OOTD dengan anak-anak yang boleh dipakai ketika hangout.
Ads
Kredit Foto: Instagram Emy Aghnia.
Tampil berani dengan pakaian eksentrik, Aghnia menyarungkan turban rona kelabu bersama blaus lengkap dengan tank top dan legging ditutup dengan skirt.
Kredit Foto: Instagram Emy Aghnia.
Ringkas dan praktikal. Aghnia memadankan turbannya dengan kemeja oversized, basic pants dan sneakers rona senada ketika keluar ‘dating’ dengan suaminya.
Kredit Foto: Instagram Emy Aghnia.
Satu set berupa loose pants dan crop blazer ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk ke tempat kerja. Anda juga boleh menambah aksesori seperti rantai.
Ads
Kredit Foto: Instagram Emy Aghnia.
Jika anda suka memakai tunic, anda boleh mencuba gaya berikut. Padanannya terlihat separa formal namun tetap kelihatan stylish!
Kredit Foto: Instagram Emy Aghnia.
Basic pants, blazer dan turban dalam warna neutral ini sangat sesuai untuk anda yang menggemari rona bumi atau earth tone.
Kredit Foto: Instagram Emy Aghnia.
Turban, overall dress turtle neck, loafers shoes dan sling bag hitam ini menjadikan penampialan anda semakin menyerlah!
Ads
Kredit Foto: Instagram Emy Aghnia.
Anda juga boleh mendapatkan gaya santai yang ‘stand out’ daripada gabungan sweatshirt dan seluar jeans dua tona seperti ini. Kemudian lengkapkan dengan turban yang sepadan.
Kredit Foto: Instagram Emy Aghnia.
Pilihan lain untuk gaya santai dengan turban ialah dengan kemeja bersulam (embroidered) dan kasut kegemaran anda yang menjadikan gaya lebih kontemporari.
Kredit Foto: Instagram Emy Aghnia.
Itulah beberapa inspirasi untuk gaya turban Aghnia Punjabi. Jangan takut untuk cuba tampil berbeza dengan item fesyen yang unik. Selamat bergaya sis!
Sumber: IDN Times
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari Raya Aidilfitri bakal tiba kurang sebulan lagi, pastinya penampilan di pagi raya harus menarik dan selesa. Ramai akan memilih untuk mengayakan busana kurung tradisional demi merasai aura tradisi dan bersiap sedia sebelum ke masjid.
Namun bagaimana dengan penampilan usai matahari mula tegak di atas kepala? Pastinya pilihan yang lebih selesa dan praktikal menjadi pilihan bukan? H&M hadir dengan koleksi terbaharu Summer Stories yang sesuai diolah menjadi busana untuk meraikan lebaran akan datang.
Rekaan yang dipertaruhkan menyuntik gabungan nuansa moden yang berikan elemen gaya kontemporari dan feminin, sesuai untuk semua golongan wanita. Paling penting, kebanyakan busana koleksi ini menggunakan 100 peratus kapas asli ataupun campuran kapas asli bersama linen. Semestinya memberi keselesaan secara total.
Bukan itu sahaja, bahkan koleksi ini turut sesuai digayakan oleh para hijabi. Tiru sahaja gaya Bella Dally yang merupakan wajah kempen ini disamping dua lagi selebriti lain iaitu Yaya Zahir dan Azira Shafinaz.
Ketiga-tiga wanita ini menjadi perlambangan wanita berkarakteristik positif yang menyerlahkan kepelbagaian dan kebebasan sebagai wanita. Dua ciri ini ditambah pula dengan personaliti mereka yang penuh keyakinan lantas mencerminkan kejayaan sebagai seorang wanita berkarier.
Penampilan gaya kasual ketika lebaran seharusnya diserikan dengan pilihan fesyen yang praktikal namun tetap memiliki elemen fesyen yang menarik. Koleksi H&M ini semestinya pilihan yang sangat tepat kerana ia hadir dalam rona yang cukup lembut serta rekaan yang sesuai digayakan sesiapa sahaja tidak kira sama ada anda berhijab ataupun tidak.
Oleh itu, koleksi ini sesuai untuk anda jadikan busana untuk menyambut perayaan Hari Raya nanti kala berkunjung ke rumah sanak saudara mahupun sahabat handai. Selesa, praktikal dan paling penting bergaya.
Edisi khas lebaran The Hijabista Show menampilkan penyanyi & pelakon, Ernie Zakri dan Kilafairy bersama penata gaya selebriti Tym Fatimah ditemubual oleh hos rancangan , Qila dan Mellya. Berbincang tentang nostalgia hari raya mereka berbicara tentang isu gaya hidup sehinggalah fesyen. Menariknya, Tym Fatimah memberikan sesi ubah gaya kepada Qila dan Mellya dari busana tradisi bertukar ke busana moden menggunakan helaian keseluruhan H&M. Jangan lupa untuk menyaksikan edisi khas The Hijabista Show ini 30 April 2021 jam 8 malam di saluran media sosial YouTube, Instagram dan Facebook Hijabista.
Untuk mendapatkan koleksi ini anda boleh mengunjungi butik H&M seluruh Malaysia ataupun boleh membelinya secara atas talian menerusi laman sesawang https://www2.hm.com/en_asia4/index.html
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila bercakap tentang alat solekan, concealer antara yang mesti ada. Selain menutup cela, concealor turut membantu menutupi lingkaran hitam bawah mata. Concealer yang ringan dan lembuit membantu solekan agar tidak mudah merekah.
Namun adakalanya solekan nampak kurang cantik apabila adanya rekahan atau garis-garis halus di bahagian bawah mata.
Berikut beberapa cara mudah bagaimana untuk mengelakkan daripada ianya berlaku.
Melembabkan Bahagian Bawah Mata
Setiap hari pastikan kawasan bawah mata terhidrat dengan baik dengan menggunakan krim mata. Ia dapat membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kemunculan garis-garis halus.
Sapu Primer
Sapukan primer yang direka khusus untuk kawasan bawah mata sebelum mengenakan solekan. Primer mencipta permukaan licin, menjadikan solekan tahan lebih lama serta mengurangkan rekahan.
Pilih Concealer Yang Tepat
Pilih concealer yang ringan dan lembut, diformulasikan untuk kawasan bawah mata. Concealer ringan lebih fleksibel dan kurang berkedut. Elakkan formula tebal dan matte yang boleh menghasilkan garis halus.
Lapisi Dengan Bedak
Lengkapi solekan dengan bedak. Adalah sangat penting untuk membuang lebihan concealer dan garis-garis halus sebelum menyapu bedak.
Kelangsungan hidup yang diuruskan semuanya di hujung jari, pasti anda tercari-cari peranti yang punya teknologi terkini dan terhebat di pasaran. Apatah lagi mereka yang sentiasa mencari yang padan dengan bajet semasa. Nah rugi tidak milikinya pakej hebat peranti pintar bakal memudahkan urusan hijabi.
Samsung telah mengumumkan ketibaan dan Galaxy A33 5G sebagai pelengkap kepada pakej inovasi Galaxy yang terkini, menawarkan pengalaman mudah alih yang serba bersepadu pada nilai yang hebat. Dikuasakan oleh pemproses serba baharu, kamera AI khas Galaxy, paparan yang luas dan lancar serta bateri berhayat dua hari.
Siri Galaxy A yang terkini juga menampilkan ketersambungan 5G, ciri-ciri keselamatan gred pertahanan, reka bentuk yang anggun, langsing dan mengutamakan kelestarian alam, serta pengalaman ketersambungan termaju. Kedua-dua peranti baharu ini turut menyokong pengemaskinian One UI, OS Android dan fungsi keselamatan secara berterusan untuk memberikan pengalaman mudah alih yang tiada bandingan bagi para pengguna.
“Kami percaya bahawa semua orang berhak menikmati kesan positif teknologi mudah alih dalam kehidupan mereka,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan MX (Mobile eXperience) Samsung Electronics. “Selaras dengan itu, pelancaran siri Galaxy A terbaharu bertujuan menawarkan pengalaman mudah alih Galaxy yang canggih dan inovatif pada nilai wang yang hebat.”
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sama ada anda mencipta atau berkongsi kandungan bersama rakan, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G menawarkan pengalaman berkamera termaju daripada siri Galaxy S yang padat dengan banyak ciri hebat lagi mengasyikkan. Sistem kuad-kamera Galaxy A53 5G menampilkan Kamera OIS 64MP dengan teknologi VDIS yang mengambil gambar yang jelas dan mantap setiap masa. Sementara itu, kamera hadapan 32MP beresolusi tinggi memberikan swafoto yang hebat dan pengalaman panggilan video yang jelas.
Diperkasakan pemproses 5nm serba baharu, kamera berkuasa AI inovatif siri Galaxy A yang baharu menjadikan setiap imej kelihatan hebat – walaupun dalam keadaan pencahayaan malap. Mod ‘Improved Night’ akan mensintesis sehingga 12 imej dengan serentak secara automatik, untuk menghasilkan foto malam yang terang dan kurang hingar. Selain itu, kualiti rakaman video dalam suasana pencahayaan malap juga akan dipertingkatkan dengan kadar bingkai siri Galaxy A yang diselaraskan secara automatik untuk menghasilkan video yang terang dan jelas.
Mod Potret yang dipertingkatkan berupaya menangkap kedalaman dan siluet subjek dengan lebih tepat berkat kamera berkembar dan sokongan AI berkuasa. Selain itu, mod kamera ‘Fun’ cukup menghiburkan dengan filter dan efek penggambaran yang kini berfungsi dengan kanta Ultra lebar. Selain itu, Photo Remaster pula memberi nafas baharu kepada gambar yang berkualiti rendah manakala Objek Eraser membantu anda menghilangkan tunafoto di latar belakang gambar.
Tiada masalah jika anda terlepas menonton rancangan kegemaran, tidak perlu lagi menontonnya diTV. Dengan peranti yang hebat kini pelbagai aplikasi boleh dimuat turun. Walaupun di dalam kereta, silau matahari yang terlampau secara kebiasaannya akan mengganggu pengalaman tontonan kandungan yang terpapar pada skrin telefon pintar, siri Galaxy A baharu hadir dengan algoritma pintar yang memastikan kandungan paparan kelihatan dengan penuh jelas dan terperinci, tanpa mengira suasana pencahayaan. Nah tonton di mana sahaja, hebat bukan!
Paparan Super AMOLED 6.5-inci Galaxy A53 5G yang luas juga menawarkan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman yang mengasyikkan manakala Galaxy A33 5G menampilkan paparan Super AMOLED 6.4-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Selain itu, siri Galaxy A baharu kini dilengkapi dengan bateri berhayat sehingga dua hari dan fungsi Pengecasan Super Pantas 25W . Nikmatilah tontonan kegemaran anda, juga aktiviti penstriman dan banyak lagi untuk tempoh masa yang lebih lama.
Siri Galaxy A baharu khas direka supaya penuh bergaya, berkefungsian dan mampan. Bezel tipis peranti siri ini menampilkan rupa bentuk yang rapi lagi bergaya manakala reka bentuk Ambient Edge menyepadukan bonggol kamera dengan rangka telefon. Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G juga terbina dengan Corning® Gorilla® Glass 5 dan ciri IP67 yang kalis air dan habuk, secara langsung menawarkan ketahanan lasak. Dah tak perlu rosak jika terjatuh beberapa kali!
Samsung bertekad menyampaikan inisiatif kelestarian alam sekitar untuk memelihara dan memulihara planet ini menjelang tahun 2025. Antara hasil usaha kemampanan Samsung termasuk pengecualian palam pengecas dan pengurangan saiz pembungkusan untuk peranti siri Galaxy A . Bahan pembungkusan tersebut juga mengutamakan penggunaan kertas bersumber mampan, manakala peranti itu terbina dengan bahan kitar semula pasca pengguna (PCM) terutamanya pada bahagian butang sisi dan dulang kad SIM.
Selain daripada bahan keterbinaan, jangka hayat siri A baharu juga akan dilanjutkan hasilsokongan kemaskini One UI dan OS Android sehingga ke empat generasi berserta kemaskini sekuriti sehingga ke lima tahun. Sokongan ini membolehkan pengguna mengakses perisian dan ciri keselamatan yang terkini untuk melanjutkan kitaran hayat peranti.
Siri Galaxy A baharu memastikan data dan maklumat anda kekal dilindungi oleh platform keselamatan Samsung Knox yang bergred pertahanan. Ciri Secure Folder menawarkan peti keselamatan maya yang terenkrip; ini bermaksud maklumat dan kandungan peribadi seperti gambar, nota dan aplikasi hanya boleh diakses oleh tuan punya peranti. Ciri ‘Private Share’ pula membolehkan pengguna mengawal akses kepada fail peribadi untuk pengguna dan tempoh masa yang ditentukan. Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G juga akan disertakan dengan Samsung Wallet baharu, suatu kemudahan dompet atas talian bersepadu yang boleh digunakan untuk menyimpan kad pengenalan, tiket perjalanan, pelbagai lesen, dan kunci digital milik pengguna.
Galaxy A53 5G dan A33 5G juga menawarkan fungsi ketersambungan tanpa jeda dengan peranti lain dalam siri Galaxy. Pilihan audio diperkembangkan dengan menyambungkan siri Galaxy Buds dengan pelbagai peranti, termasuk Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G. Pengguna turut dapat menikmati teknologi Audio 360 yang menyampaikan bunyi 3D yang tepat dan mengasyikkan – fitur ini tersedia pada Galaxy Buds Pro dan akan datang tidak lama lagi ke Galaxy Buds2 dan Buds Live. Apabila tiba masanya untuk menjadi produktif, pengguna hanya perlu menghidupkan Link to Windows yang menyambungkan siri Galaxy A baharu kepada PC Windows untuk menyalin dan menampal kandungan, memindahkan fail dan juga menjawab panggilan atau berbalas teks.
Menarik bukan peranti pintar terbaharu keluaran Samsung ini, memberi gambaran bahawa jenama ini teknologi terkini tidak pernah ketinggalan dan memenuhi citarasa dan tuntutan terkini. Apa lagi jom milikinya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.