Peminat Channel Youtube ‘Durian Kimchi’ pastinya tidak asing lagi dengan figura pasangan suami isteri Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae yang juga selebriti dan pempengaruh media sosial.
Terbaharu, penampilan Maryam yang begitu manis dan terlihat suci dalam busana jubah putih dan beryudung litup telah membuatkan netizen terpesona dengan kejelitaan dan keayuan gadis berketurunan Korea itu.
Maryam Seloroh Mengakui Dirinya Sememangnya Bidadari
Perkara berkenaan tular apabila Maryam memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya baru-baru ini dengan mengakui bahawa dirinya sememangnya seorang bidadari dan memaklumkan bahawa orang ramai telah membuatnya ‘kantoi’.
“Ramai orang cakap ‘Maryam nampak macam bidadari’.
Lai Illaha Illallah, sudah kantoi laa. Macam mana.” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Bidadari Maryam Boleh Terbang Tau!
Malah, lebih menghiburkan lagi dapat dilihat dalam video berkenaan sifat comel Maryam yang gigih untuk terbang persis bidadari itu telah membutkan netizen tak kering gusi melihat telatahnya yang berbahasa melayu pasar itu.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Maryam dan tidak kurang juga yang memuji kesipanan dan keanggunan Maryam ketika mengenakan busana patuh syariah itu.
“Bidadari Rizal je 😂😂😂😂. Yang lain semua perhati je.”
“Cantik sangat kak Maryam 🤍🤍🤍🤍🤍.”
“😍😍😍adoiii dikkkk.”
Ads
“Ahahahaha Maryam I miss you! ❤❤❤.”
“Hahahha comel terbangnya 🤣.”
“Tapi Maryam cantik pakai macam ni,” tulis wargamaya dan beberapa rakan artis.
Untuk rekod, Maryam dan suami Rizal Ibrahim telah diijabkabulkan pada tanggal 15 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, yang diberi nama Rina Ryzal dilahirkan pada Oktober 2021.
Ads
Terdahulu, Maryam pernah dikritik hebat oleh netizen kerana tidak mengikuti cara pantang seperti orang Melayu.
Walaubagaimanapun, suaminya, Ryzal tampil mempertahankan Maryam dengan menegaskan bahawa Maryam hanya bertukar agama dan tidak mengubah budaya.
Selain itu, Ryzal turut menitipkan harapan agar tidak ada individu yang akan memaksa isterinya untuk menerima budaya yang bukan miliknya.
Tular di media sosial, video aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong, Selangor baru-baru ini. Usahawan dan pemilik bersama salun ChezKamya Professional, Erna Elliyana Rosli amat tidak menyangka.
Lebih mengejutkan lagi, video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter meraih lebih 90,000 tontonan dan ratusan komen di platform terbabit. Teruja dengan maklum balas positif yang diterima orang ramai, Erna yang kini berada di Kota Madinah sempat memuat naik video di Instagram bagi berkongsi rasa terharunya.
Sebenarnya cikittttt lagi nak nangis tengok video ni. Tapi bila tengok lama sikit time part depa tolong potongkan rambut lagi tu, aduh aku rasa sebak pulak. Baik betul. pic.twitter.com/Q1Zhzx1I0y
“Tempoh hari saya ada berkongsi video ‘snippet’ Setia Hingga Akhir Hayat yang mengandungi klip temu bual bersama penghuni di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas.
“Apa khabar agaknya pakcik Omar, pakcik Ayud, cikgu Maimunah, makcik Kiah dan seluruh penghuni-pengguna berkenaan? Saya doakan semoga semua dalam keadaan sihat.
“Tanpa disangka video yang dikongsi itu mendapat perhatian warganet di mana video tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter. Terima kasih banyak saya ucapkan. Semoga video itu menyebarkan kebaikan kepada pengikut-pengikut anda.
“Pelbagai reaksi diberikan, rata-rata meluahkan rasa sayu dan sedih. Saya juga merasakan hal yang sama. Namun saya sembunyikan perasaan sedih kerana tujuan saya bersama rakan kongsi Chez Hamdan dan pasukan ke sana untuk bertanya khabar dan menghiburkan hati mereka,” katanya.
Menurut Erna, kali ini dia dan pasukan ChezKamya Professional tampil dengan idea baharu iaitu menyantuni dan memberi pengalaman baru kepada warga emas di rumah kebajikan itu.
“Objektif kami adalah untuk memberi pengalaman baharu kepada mereka untuk merasai sentuhan dandanan rambut dari ChezKamya Professional.
Mengenali penata gaya Chez Hamdan yang telah lama berkecimpung dalam bidang profesionnya, ramai selebriti dan pempengaruh mendapat sentuhan magisnya. Berkongsi tip dan petua penjagaan rambut, pasti ramai mendambakan sentuhannya. Menariknya kali ini, Chez menyantuni warga emas dengan projek CSR bersama ChezKamya Professional. Ramai yang runtun hati!
“Selalunya Chez Hamdan menata rias rambut selebriti seperti Nad Zainal, Norman Hakim, Hairul Azreen, Shiha Zikir dan ramai lagi, tapi kali ini kita makeover warga emas pula. Sekurang-kurangya ada kelainan berbanding kebiasaan aktiviti yang kita dilakukan di ChezKamya Professional,”katanya.
Mengaku kehadirannya di pusat kebajikan itu menjentik emosi dan hampir mengalirkan air mata, namun Erna cuba mengawal perasaan dan bersikap profesional.
“Kalau ikutkan saya seorang yang mudah tersentuh. Orang kata hati tisu kerana saya sudah kehilangan ibu sewaktu berusia enam tahun. Ketika itu saya berlakon dalam filem Suami Isteri dan… . Pertengahan penggambaran filem itu, ibu saya meninggal dunia iaitu Allahyarham Hasnah Ibrahim.
“Saya selalu merindui ibu saya kerana dah lama (meninggal dunia). Sekarang usia saya 34 tahun. Sewaktu kehilangan ibu, saya baru nak memasuki darjah satu, tapi apa yang saya lakukan adalah selalu positif kerana saya selalu mengingatkan diri setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
“Saya kini menjadi seorang yang dewasa, matang dan goal-oriented selain selalu doakan Allahyarham ibu sentiasa di dalam rahmat dan di sisi Allah SWT. Justeru apabila saya melihat keadaan mereka di pusat jagaan itu, ada antara meraka yang ditinggalkan anak sedangkan mereka sepatutnya berada bersama keluarga untuk bergembira, selalu berkongsi masalah, sebaliknya pula yang berlaku dan ia sangat meruntum jiwa saya.
Menerima baik kedatangan warga salun ChezKamya Professional, sambutan dari mereka memang tidak dijangkakan. Sambil menjalankan tugas mereka, pelbagai cerita dikongsikan bersama dari pengalaman peribadi sepanjang menghuni pusat jagaan orang tua.
” Tidaklah semua kisah itu kisah yang menyedihkan seperti yang dikongsikan, namun begitu kisah yang dikongsikan oleh pakcik Omar yang tidak pernah berkahwin dan pilihan menetap di rumah jagaan orang tua adalah sangat menyeronokkan sebab boleh melakukan macam-macam aktiviti dengan rakan-rakan,”katanya.
Dalam masa sama, Erna turut berkongsi beberapa pengalaman menarik ketika bertemu dengan beberapa warga emas yang sangat positif dan bersikap terbuka.
“Selain itu, saya berjumpa dengan Cikgu Maimunah yang merupakan seorang balu tapi tidak mempunyai anak. Masa dia dihantar oleh anak saudaranya, dia berada dalam keadaan lumpuh dan perlu dapatkan terapi serta makan ubat. Alhamdulillah dengan kuasa Allah dan berkat usahanya serta tawakal kepada Allah dia sihat.
“Di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas ini selain ada bekalan perubatan yang di subsidari dari kerajaan dan ada kakitangan terlatih untuk menjaga mereka, mungkin itu salah satu sebab saya rasa ada segelintir anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke sini supaya kesihatan dan aktivti seharian dapat dipantau.
“Itu dari sudut positif yang diceritakan namun saya percaya ada juga kisah sebaliknya di mana segelintir penghuni yang dibuang anak-anak oleh kerana faktor keuzuran, harta atau kisah itu tidak diceritakan kepada kami kerana sebahagian besar mereka mengalami masalah Alzheimer.
Bukan mudah untuk berbakti pada kedua ibu bapa seperti mana mereka menyantuni kita sejak dari lahir. Namun, berapa sukarnya keadaan dan terdesaknya kita perlu diingat dengan adanya dari doa mereka yang tiada hijab insyallah segalanya dipermudahkan.
“Walau apapun saya sama sekali tidak menyokong tindakan anak-anak muda menghantar ibu bapa ke rumah orang tua kerana kita harus sedar tiada ibu bapa tiada lah kita. Mereka sejak kecil sudah bersusah payah untuk menjaga, hantar sekolah dan beri makan. Tak wajar kalau kita tidak bersusah payah untuk menjaga mereka sekarang. Adakah ini pengakhiran yang kita mahukan bila kita sudah tua? Sudah tentu kita tidak mahu anak-anak melakukan sedemikian kepada kita,”katanya.
Dalam video berdurasi sembilan minit yang dikongsikan, Erna turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa.
“Ibu bapa kita adalah raja dan permaisuri dalam hidup. Saya selalu ingat pesan ustaz saya iaitu dalam dunia ini ada beberapa rahmat percuma yang kita harus manfaatkan. Pertama melihat kaabah, kedua laut, ketiga Al-quran dan terakhir wajah kedua-dua ibu bapa. Kita perlu manfaatkan momen selagi ibu bapa kita masih hidup.
“Dalam Al-Quran selalu sebut kalau nak buat apa-apa kebajikan terutama sekali buat kepada ibu bapa, kaum kerabat, diikuti dengan anak yatim. Kemudian baru kepada orang lain. Itu yang selalu saya tanamkan. Macam saya walaupun tiada ibu, tapi saya dikurniakan ibu mentua yang sangat penyayang dan menyayangi saya sama seperti anak-anak perempuannya yang lain. Syukur kepada Allah!
“Saya harap masa akan datang kita dapat melakukan program CSR sebegini untuk ChezKamya Professional supaya banyak lagi manfaat kita boleh kongsi bersama dengan orang di sekeliling kita. Akhir kata, hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada. Sayang itu siapa… siapa ibu bapa kita,”katanya.
Terdahulu video program CSR yang dimuat naik Erna di Instagram tular di media sosial apabila terdapat beberapa pengguna media sosial yang berkongsi momen hiba itu di platform media sosial mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Begitu juga dengan pencapaian penyanyi kelahiran Malaysia, Yuna yang kini mengembangkan kerjaya seninya di sana. Walaupun berada di puncak, tetapi sikap Yuna seperti ‘padi semakin tunduk semakin berisi’.
Biarpun sudah menempa nama di luar negara, tetapi sikap Yuna tetap humble, friendly dan juga ringan tulang membantu mereka yang memerlukan.
Baru-baru ini Yuna dikatakan tidak keberatan membantu sebuah keluarga daripada Kedah yang berhadapan situasi menyukarkan ketika bercuti di negara ‘Uncle Sam’ ini.
Menurut Astro Awani, semuanya bermula apabila seorang peminat Yuna, Amirah Saad telah menghantar direct messege (DM) ke instagram Yuna memberitahu tentang situasi yang dilalui rakannya Tasnim Radzi di LA.
Dikatakan bapa Tasnim tiba-tiba rebah dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan minggu lalu dan keadaannya sudah beransur pulih. Yuna kemudiannya terpanggil untuk menziarahi keluarga itu di hospital dan memuji komuniti Malaysia di kota metropolitan yang tidak berkira dalam menghulurkan bantuan.
Dalam catatannya itu, Yuna memberitahu dia terharu apabila ada pelajar Malaysia yang menawarkan keluarga ini untuk tinggal di rumah mereka. Malah menghargai setiap bentuk yang diberikan dan Yuna turut berkata dia akan mengemaskan kini situasi keluarga berkenaan.
Yuna juga tidak ketinggalan meninggalkan nota kaki meminta perkhidmatan Uber agar dapat melakukan sesuatu untuk membantu keluarga itu yang berulang-alik ke hospital menggunakan Uber.
Malah penyanyi yang sudah bertunang ini turut melahirkan rasa terharu dengan ikatan persahabatan yang cukup erat antara Amirah dan Tasnim.
Malah Yuna turut memberi pujian kepada persahabatan dua sahabat ini kerana salah seorang daripadanya DM dengan seorang artis untuk meminta bantuan bagi pihak kawannya.
Dan pastinya tindakan Yuna yang mulia ini turut dipuji netizen dan berharap menjadi contoh kepada para peminatnya.
@farahmahathir@amirahsaad baguihnya hampa wei Tanjat tngok post yuna ni. Yuna pun terbaik x keberatan turun bantu.bangga tengok yg baik2
@ptran_no_more You’re amazing @yunamusic! Thank you for being amazing and spreading the love everywhere you go. Hoping for a speedy recovery!
@ansjasmi You have a beautiful heart and soul, Yuna
@ina_aida@yunamusic u r the best.. always be urself no mattet where u are.. may Allah swt bless u
Apa yang lebih mengharukan, salah seorang keluarga anggota terbabit juga turut meninggal komen mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan yang Yuna berikan.
“Terima kasih Yuna! Hanya Allah sahaja yang dapat balas apa yang Yuna dah tolong kami sekeluarga,” tulis pengguna Instagram, Nor Afiqah Mohd Radzi.
Wabak coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, mencari dan mengguna pakai topeng bagi melindungi diri dari dijangkiti, kajian terbaharu telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus. Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air. Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.