Perasaan dapat memberi hadiah buat keluarga tercinta merupakan suatu nikmat yang tak dapat diungkapkan.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon, Eyra Hazali apabila dapat menghadiahkan ibu bapanya iaitu Hazali Ramli dan Qhuzie Mohd Johari sebuah kereta pacuan empat roda iaitu Proton X70.
Menurut isteri kepada Haziq Nadzli ini, dia bersyukur dilimpahkan rezeki selepas melakukan perniagaan pada awal tahun ini.
Alhamdulillah syukur ❤️ selalu tertanya-tanya bila la dapat belikan mummy and ayah kereta yg lebih selesa,siapa sangka,rezeki melimpah ruah pada awal tahun buat Young Living and selepas tggu dari bulan February, tepat pada masanya,Alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat my parents 🥰 (ada appointment doctor).
Hadiah ni tak sebesar jasa mumy and ayah untuk besarkan kami 7 beradik,selagi ada kudrat,eyra akan buat apa saja untuk senangkan mummy and ayah 🥰
Ads
Selain itu, pasangan suami isteri ini juga turut membeli sebuah kenderaan Vellfire untuk kegunaan keluarganya yang tercinta.
Ads
Ads
Alhamdulillah, murah rezeki pasangan merpati dua sejoli ini. InsyaAllah, tak rugi kita berbelanja lebih untuk keluarga tersayang. Pasti rezeki akan datang melimpah ruah lagi selepas ini.
Sebagai informasi, Eyra Hazali dan Haziq Nadzli telah sah disatukan sebagai suami isteri pada 1 November 2019. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Muhammad Hayder Qhalish yang bakal menginjak usia setahun pada 14 Ogos ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut , menyarankan seluruh umat Islam di negara ini dan waris pesakit koronavirus (Covid-19) digalakkan menunaikan solat jenazah ghaib bagi pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik itu.
“Tiap-tiap yang hidup pasti menemui kematian, maka berlaku ujian kita iaitu kematian akibat Covid-19. Jadi, saya mencadangkan selepas kita semua mengetahui ada kematian (akibat Covid-19) dan telah pasti dikebumikan mayat itu, maka semua umat Islam digalakkan menunaikan sembahyang jenazah ghaib di rumah masing-masing untuk si mati disebabkan Covid-19 ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh berkata, walaupun ahli keluarga berdukacita atas kematian itu, namun ia mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat di mana ramai umat Islam akan mengadakan solat jenazah ghaib untuk si mati.
“Bayangkan kalau kematian biasa, biasanya yang hadir (melakukan solat jenzah) hanya paling tinggi 200 orang dan jarang sekali sembahyang ghaib, tetapi apabila berlaku kematian disebabkan Covid-19, apa kata umat Islam di Malaysia bersembahyang jenazah untuk si mati ini… pahalanya berganda-ganda,” katanya.
Beliau turut menasihati waris mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 supaya bersabar dan tidak berpanjangan dalam bersedih kerana kehidupan mesti diteruskan sepanjang temubual bersama Bernama.
Solat jenazah secara ghaib adalah solat yang dilakukan apabila jenazah tidak berada di sesuatu tempat sama ada kerana jenazah tersebut berada jauh atau kerana sebab lain seperti mayat tidak dijumpai kerana lemas atau musnah dalam kecelakaan.
Pensyariatan solat jenazah ghaib ini dilakukan bersandarkan kepada riwayat oleh Abu Hurairah RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke tempat solat, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.” (Riwayat Al-Bukhari, no.1245 dan Muslim, no.951)
Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari.
Mengikut pandangan ulama Mazhab Syafie, jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang masih belum melakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut, maka sunat baginya untuk melakukan solat jenazah secara ghaib ke atas mayat tersebut.
Cara solat jenazah secara ghaib sama sahaja dengan solat jenazah biasa.
“Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala”
Sekalipun kita tidak berkesempatan untuk hadir untuk bersolat jenazah kerana faktor jarak yang jauh atau pun keadaan tidak mengizinkan (bimbang jangkitan virus menular), tetapi kelonggaran dan kemudahan yang dibenarkan untuk menunaikan solat jenazah secara ghaib boleh dimanfaatkan.
Solat dan doa lah yang menjadi penghormatan terakhir yang boleh dilakukan kepada orang yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita.
Rujukan: Panduan Mengerjakan Solat Khas Yang Disediakan oleh UNISZA
Minggu lepas viral satu produk serum milik seorang blogger popular dikatakan membahayakan kulit wajah tidak seperti yang dipromosikan. Hasilnya menyebabkan wajah pengguna mengalami kerosakan teruk. Dalam satu posting oleh seorang doktor menjelaskan apa maksud sebenar ‘serum sampah’ yang banyak dijual di pasaran sekarang. Dia juga turut menjelaskan bagaimana mahu mengenalpasti apa yang dikatakan ‘serum sampah ini’.
Baca perkongsiannya Doktor Khairul Yoi di sini dan semoga kita tidak lagi menjadi mangsa penipun terhadap lambakan produk kecantikan yang dijual secara berleluasa kini.
Serum Sampah
Sebelum abah bebel tentang serum sampah, izinkan abah bebel dulu pasal kilang OEM. Ramai lagi yang tak tau apa itu kilang OEM ( Original Equipment Manufacturer ). Secara kontotnya kilang OEM ni adalah kilang yang hasilkan produk tanpa jenama. Jadi engkorang yang miskin papa kedana kelas pon slalu tuang gi romen blakang kantin kalau berlagak nak jadi founder kaya kekonon korang formulate produk sendiri boleh la dapatkan khidmat kilang OEM ni. Kilang OEM ni sbenarnya bukan kluarkan skincare, supplement, dan produk kesihatan je, pendek kata segala mak nenek la dia bleh kluarkan. Tinggal korang nak tampal sticker letak jenama sendiri je, Boobies Denyut Yoilicious, Pil Bebird Keramat, Lampin Bayi Mak Senah, yada yada yada..
Satu je abah nak pesan. Kalau kau nak jadi founder, jangan jadi founder produk kesihatan. Tu bukan bidang kau, melainkan kau ada background yg layak untuk formulate produk kesihatan. Bab kesihatan orang jangan main beb, kalau bodo2 ni jadi founder lampin bayi takpe dah, tak pon founder bantal kabu ke apa ke. Janji tak libat kesihatan orang. Yela kau pun sengkek nanti kesihatan orang barai bukan kau nak tanggungjawab pon, ukur kain kapan kat badan sendiri la.
Kalau nak berniaga, perlu ada ilmu. Jangan setakat harap muka lawa atau followers ramai. Bila tanya pasal produk, kau maki pulak.
Rakyat Malaysia dah makin bijak membezakan antara claim berfakta dan claim mengarut. Juga perbezaan antara peniaga jujur dan peniaga penipu, tambah2 geng #skuadpenggunabijak haa kau jangan memain semua dah cerdik belaka.
Pasal serum, yaaa yaaa yaa serum sampah pon dah berleluasa skarang ni. Abah dah ajar cara nak detect krim kilo sampah. Kali ni abah nak ajar cara nak detect serum sampah. Kenapa sampah? Sebab
1) macam biasa, kat kotak takde ingredients. Formula rahsia supaya founder lain tak rembat formula katanya. Padahal haram dia taktau apa pon kilang tu taruk dalam serum tu. Dan ingredients mestilah dalam SCIENTIFIC TERMS, bukan ekstrak itu ekstrak ini vit tu vit ni
2) warna warni di aidilfitri. Perhatikan warna2 di bawah, macam tu la serum sampah. Serum kat drugstore either warna jernih, atau warna putih sahaja. Yang ni dia claim perisa stoberi, keladi, anggur, cili, durian, you name it.
3) kilang takde. Katanya rahsia company. Haa kau tak kabor sebenarnya kau beli kilo dari kilang balik rumah kau suntik sendiri masuk botol. Tak pon kilang OEM dah tolong botolkan untuk kau siap2.
4) founder seperti yang dinyatakan di atas. Tak salah nak support bisnes melayu. Tp supportlah melayu yang betul2 curahkan usaha bertahun untuk kaji tentang produk, side effect kepada pengguna, safe percentage stiap bahan dan sbagainya. JANGAN support yang pikir duit poket sendiri, kesihatan korang dia tolak tepi
5) testimoni tak agak. Muka edit pakai kamera 360 pastu kau kabor kau pakai serum kau. tak pon, dulu muka barai pastu kekonon pakai serum sendiri muka terus elok. yang kau pegi cucuk sana cucuk sini tak pun makan ubat Dr. Ko kau tak kabor pulak.
6) overclaim. Memana produk bagus pon takkan bg kesan seawal tiga hari, seminggu, atau kurang dari seminggu. Paling koman pon sebulan lah. Kalau pesen lahir celah pokok pisang ni kau tempek berkilo serum pon tetap muka melayu. Tak payah berangan nak jadi korea sangat
Mudah kan nak detect? Tak susah pon. Pasni jangan tanya lagi “yoi serum ni kilo tak, yoi krim ni kilo tak, yoi yoi yoi…” jangan sampai aku avada kedavra kan sorang2.
Dah bijak bukan? Bagus. Marilah kita raikan dengan daun saderi. I’ve done my part, the choice is yours.
Sebelum ini penyertaan gadis ini dalam pertandingan ratu cantik mengejutkan ramai. Maklumlah dirinya yang berhijab tetapi cukup berani menyertai pertandingan sedemikian. Siapa sangka dengan keazaman yang tinggi membolehkan Nurul Zuriantie Shamsul , 21 tahun, mengharumkan nama negara apabila menduduki tempat kelima dalam pertandingan Ratu Cantik Miss Universe New Zealand 2018. Tampil cukup anggun dengan dress labuh rona emas perincian batuan manik yang diserikan dengan hijab juga rona sedondon.
Malah solekan mantap juga menyerikan lagi penampilan gadis manis ini yang telah berpindah ke New Zealand bersama keluarga ketika berusia lima tahun.
Nurul yang merupakan anak kelahiran Ampang Selangor memberitahu saat paling indah dalam pertandingan berkenaan adalah apabila melihat kedua-dua ibu bapanya yang penuh rasa bangga melihat dirinya diumumkan sebagai lima finalis teratas.
Mengakui tidak kecewa dengan keputusan itu sebaliknya terharu dengan apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada Top 5.
Malah pelajar tahun akhir jurusan Psikologi di Universiti of Waikato New Zealand ini turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang menyertai pertandingan berkenaan.
“Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Ia tidak berlaku tanpa kasih sayang dan sokongan anda. Ia begitu bermakna untuk saya.
“Ini hanyalah permulaan dan saya tidak sabar untuk apa yang Allah telah rancang untuk saya. Hari ini juga hari ulang tahun ke-21 saya dan saya akan meneruskan fasa kehidupan seterusnya,” katanya dalam satu catatan di laman Instagramnya.
Dia juga berkata sentiasa bersikap tenang, tidak gugup dan berpusa hati sepanjang acara akhir itu berlangsung.
Sebelum ini dia berjaya menjadi antara 20 finalis yang mara ke peringkat akhir pertandingan berkenaan. Disiarkan secara langsung Sabtu malam waktu Malaysia melalui laman sosial facebook Miss Universe New Zealand.
Nurul juga mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya peserta Asia beragama Islam dan bertudung yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik itu di New Zealand.
Sementara itu, peserta berusia 27 tahun, Estelle Curd dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe New Zealand 2018, sekali gus mewakili negara itu bagi pertandingan Miss Universe ke-67 yang bakal berlangsung di Bangkok, akhir tahun ini.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.