Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah kita digalakkan untuk menambah ilmu dan mengejar pahala sebanyak mungkin. Bukan sahaja ketika kita dalam jaga, tetapi juga sebelum lelapkan mata.
Sebelum tidur, kaum wanita digalakkan melakukan beberapa adab sebelum tidur untuk mendapat lebih ganjaran pahala dan banyak kelebihannya. Seperti mana Rasulullah SAW berpesan pada Aisyah Ummu Mukminin, isteri tercintanya.
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu:
- Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
- Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
- Sebelum para Muslim meredhaimu.
- Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW:
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Artikel Berkaitan: Amal Baca Surah Al-Mulk Untuk Wajah Sentiasa Berseri
Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda:
“Sebelum engkau tidur (lakukan ini):
- “Jika engkau akan tidur , membacalah Surah al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
- “Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “
- “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai kamu.
- Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
“Subhanallaahi Walhamdulillaahi Walaailaaha Illallaahu Allaahu Akbar ( 3x ).
Semoga kita bersama-sama dapat mengamalkan 4 perkara ini dan memperolehi ganjaran pahala yang dijanjikan.
Bagus untuk diamalkan dan semoga bermanfaat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sah Atau Tidak Wuduk Jika Ada Kotoran Di Celahan Kuku? Jom Ketahui Lebih Lanjut
Alamak! lepas selesai ambil wuduk baru perasan kuku ada sedikit kotoran yang melekat. Jadi adakah wuduk yang diambil ini sah untuk solat atau perlu untuk ambil semula?
Jika anda alami masalah ini, anda bukan keseorangan ya! Ramai yang kurang tahu termasuklah min sendiri. Jom kita fahami adakah sah atau tidak wuduk yang diambil jika ada kotoran dalam celahan kuku.
Kebersihan keutamaan ibadah!
Menurut Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, agama Islam amat menitikberatkan soal kebersihan dalam kehidupan seharian. Ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan memerhatikan kebersihan terjaga melalui fizikal mahupun rohani.
Allah SWT telah berfirman:
إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Surah al-Baqarah: 222)
Allah SWT telah mensyariatkan agar ibadah bersuci seperti wuduk dan mandi wajib adalah bagi mereka yang berada dalam hadas kecil dan besar. Menyucikan diri dengan wuduk dan mandi wajib membolehkan mereka untuk melaksanakan ibadah solat dan membaca al-Quran (Rujuk Syarah al-Yaqut al-Nafis, halaman 67).
Pernah disebut oleh Imam Nawawi tentang tiga perkara yang memerlukan seseorang itu mandi wajib yakni tenggelamnya hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj, keluar air mani, keluar darah haid atau nifas (Rujuk Al-Majmu’ Syarah Muhazzab, 2:213). Adalah wajib bagi seseorang itu jika mereka berada dalam keadaan seperti yang dinyatakan sebelum melakukan ibadah.
Menurut firman Allah SWT:
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا
Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.
(Surah al-Maidah: 6)
Artikel berkaitan: Nail Polish Yang Serap Air Boleh Digunakan Ketika Berwuduk! Betul Ke?
Kuku kotor boleh tunaikan ibadah?
Terdapat beberapa pandangan ulama’ mengenai isu kekotoran dalam celahan kuku. Adakah wuduk yang diambil sah mahupun tidak? Dua pandangan yang berbeza dijelaskan seperti dibawah:
Pandangan pertama
Jika terdapat kotoran dalam celahan kuku yang terjadi daripada suhu atau tindakbalas semulajadi badan, ianya tidak menjejaskan sah mandi ataupun wuduk itu. Tetapi jika kotoran itu daripada luar seperti tanah dan seangkatannya, perlulah dihilangkan terlebih dahulu untuk air sampai ke bawahnya (ke dalam kuku).
Pandangan kedua
Melalui Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin, dan para ulama’ juga bersependat bersama beliau berpandangan bahawa tidak wajib untuk menghilangkan kotoran di bawah kuku itu (Rujuk Syarah al-Yaqut al-Nafis, halaman 69).
Secara kesimpulannya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersetuju dengan pandangan pertama kerana kita perlulah menjaga kebersihan apatah lagi untuk beribadah. Bersihkan apa yang patut terlebih dahulu sebelum berjumpa yang Maha Esa.
Artikel berkaitan: Ambil Wuduk Tapi Dalam Keadaan Bogel, Sah Ke?
Sumber: Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Waktu Mustajab Untuk Berdoa Pada Allah, Antaranya Ketika Hujan Sedang Turun
Setiap kali selepas solat, anda pasti menadah tangan untuk berdoa dan memohon ampun pada Allah Taala. Tetapi, tahukah anda bahawa berdoa tidak hanya boleh dilakukan selepas solat.
Berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Cuma, anda perlu tahu waktu yang mustajab agar doa anda dimakbulkan oleh Allah Taala.
Antara waktu-waktu yang mustajab adalah:
#1 – Ketika Sahur & Sepertiga Malam Terakhir
Allah Taala sangat gemar akan hamba-Nya yang berdoa pada sepertiga malam yang terakhir. Sepertiga malam merupakan waktu yang dipenuhi berkat kerana pada waktu itu, Allah Taala akan turun ke langit dunia dan mengabulkan setiap doa hamba-Nya yang berdoa pada ketika itu.
#2 – Ketika Berbuka Puasa
Waktu berbuka puasa merupakan waktu yang penuh keberkahan kerana manusia pada waktu itu merasakan salah satu kebahagiaan ibadah puasa iaitu boleh makan dan minum selepas seharian menahan lapar dan dahaga.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzalimi.” – HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no. 1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al-Albani di Shahih At Tirmidzi
#3 – Saat Malam Lailatul Qadar
Lailatur Qadar merupakan malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang terjadi pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan. Peluang hanya datang setahun sekali. Latih diri untuk bangun solat pada waktu malam.
Imam As-Syaukani berkata bahawa:
“Kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.” – Tuhfatud Dzakirin hal. 56
#4 – Doa Antara Azan & Iqamah
Doa tidak akan ditolak antara azan dan iqamah. Azan merupakan panggilan, seeloknya diam seketika dan jawab panggilan tersebut dengan bacaan yang disarakan.
Dari Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah.”
#5 – Ketika Sujud Dalam Solat
Ketika sujud, kita akan terasa begitu dekat dengan Allah. Ambil peluang ini untuk meminta dalam sujud. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar.
Dari Ibnu Abbad R.A. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan.” – Riwayat Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’wa Sujud 2/48
#6 – Ketika Hujan Sedang Turun
Hujan merupakan nikmat Allah Taala.
Dari Sahl bin a’ad R.A bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan.” – Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ No. 3078
#7 – Ketika Azan Berkumandang
Anda juga disarankan untuk berdoa ketika azan berkumandang.
“Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak; doam pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk.” – Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa’ 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal.341. Dan Al-Albani dalam Ta’liq Alal Misykat 1/212 No.672
#8 – Pada Hari Jumaat
Seperti yang semua sedia maklum, hari Jumaat merupakan hari yang paling barakah dan Allah Taala sangat memuliakan hari Jumaat. Manfaatkan sebaiknya.
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidak bertepatan, seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut.” – Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166, Shahih Muslim, kitab Jumuh 3/5-6
#9 – Ketika Sedang Bermusafir
Anda tentu pernah bermusafir. Siapa sangka, ketika bermusafir juga doa anda tidak akan ditolak.
“Tiga orang yang doanya pasti dimakbulkan; doa orang yang teraniaya; doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya.” – Sunan Abu Daud, kitab Shalat bab Do’a bi Dhahril Ghaib 2/89. Sunan At-Tirmidzi, kitab Al-Bir bab Doaul Walidain 8/98-99. Sunan Ibnu Majah, kitab Doa 2/348 No. 3908. Musnad Ahmad 2/478. Dihasankan Al-Albani dalam Silsilah Shahihah No. 596
Sumber: sepositif.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mulianya Hatimu… Anggota Polis Nigeria Ini Sanggup Habiskan Duit Gajinya Bagi Membina Masjid
Bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika kita mendengar orang awam di Nigeria seperti pemandu teksi, peniaga pasar malam dan pemilik kedai ditindas oleh polis di sana yang sering meminta wang atau rasuah jika mahu terus selamat.
Pasukan polis Nigeria yang mula ditubuhkan sejak tahun 1930 memang sentiasa terpalit dengan isu profesionalisme, rasuah dan juga perlakuan jenayah.
Namun, tidak semua yang bersikap begitu. Ada seorang anggota di sana yang telah berjanji untuk menggunakan hartanya bagi membangunkan Islam dengan membina masjid.
“Saya akan habiskan seluruh harta saya untuk membangunkan islam dan muslim, InsyaAllah,”
Dia kemudian membina masjid dan juga tempat untuk mengambil wudhu. Walaupun berusaha sendiri, dia tetap teguh meneruskan usahannya itu.
Di saat orang lain mengimpikan untuk membeli kereta mewah dan rumah besar, ada juga insan lain yang mengidamkan untuk mendapar darjat tertinggi di sisi Tuhan. Menghabiskan gajinya untuk kebaikan agama, pahalanya pasti mencurah-curah walaupun dia sudah menghembuskan nafas terakhir suatu hari nanti. Moga anggota polis ini mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang dilakukan. InsyaAllah.
kredit: life of arabs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI