Oki Setiana Dewi memang dikenali sebagai antara selebriti Indonesia yang mempunyai personaliti dan karakter yang mempersonakan serta baik budi pekertinya.

Berkongsi di laman Facebook, Husna Najihah mencoretkan 10 perkara yang dipelajari dari Oki sewaktu menonton sesi ‘live’ di antara Oki bersama dengan Prof. Dr. Muhaya di laman sosial.

Asyik betul saya tonton video Zoom kolaborasi antara Prof. Dr. Muhaya dengan selebriti wanita muslimah dari seberang, Oki Setiana Dewi (OSD). Durasi video yang hampir lebih 1 jam rasa macam 10 minit saja. Tak puas! 😅

Siapa tak kenal OSD ini, sosok wanita gigih yang menyelesaikan pengajian Master dan PhD nya walau anak sudah hampir masuk empat orang. Ditambah lagi dengan perusahaan bisnes yang diusahakannya.

Bukan itu saja, beliau juga giat membangunkan maahad tahfiz khusus untuk para faqir miskin dan anak yatim yang ingin belajar dan menghafal Al-Quran. Malahan yuran mereka juga percuma, ditanggung sepenuhnya.

Hidupnya bukan semata untuk dirinya, tapi diniatkan untuk membantu ummah dan masyarakat sekelilingnya.

Di sini saya kongsikan pesanan penting Oki Setiana Dewi supaya lebih ramai wanita dapat manfaatnya juga;

IKLAN

1. Wanita mesti fokus tambah ilmu. Bila kita semakin banyak belajar, barulah kita semakin menyedari bahawa banyak perkara sebenarnya yang kita tidak tahu. Selesaikan ilmu fardhu ain dahulu, barulah selepas itu ilmu-ilmu yang selainnya.

  1. Dalam dunia ini orang yang bijak memang ramai, tapi tak semuanya ada iman.

Oki menceritakan pengalamannya saat melanjutkan pelajaran ke Jerman, beliau bertemu dengan ramai rakan sekuliah yang belum Islam, tetapi sangat mahir Bahasa Arab malahan ada yang menghafal Al-Quran.

Ya, benar otak mereka sangat bijak, tetapi semua ilmu itu digunakan untuk menyerang orang Islam. Jadi tugas kita sekarang bukan sahaja untuk melahirkan lebih ramai orang bijak, tetapi mesti lahirkan orang bijak yang beriman.

  1. Pesanan yang ketiga ini disebutkan oleh Prof. Dr. Muhaya. Beliau mengatakan;

“Satu prinsip Oki yang saya kagum adalah beliau akan pastikan pengasuh anak-anaknya dan pembantu rumahnya adalah dari kalangan wanita yang solehah dan dekat dengan Al-Quran. Sehinggakan, kalau pengasuhnya memanggil anaknya dari tingkat bawah, anaknya akan menuruni tangga sambil mengalunkan “Qulhuwallahu Ahad, Allahussomad”. Masha allah!

IKLAN

  1. Wanita mesti ada model ikutan yang dijadikan contoh dalam kehidupan. Paling mudah, cari dalam kisah-kisah sirah Rasulullah SAW dan juga Al-Quran. Begitu ramai kisah wanita baik dan solehah yang diceritakan. Baca dan ulang baca kisah Saidatina Khadijah, Saidatina Fatimah, Saidatina Maryam untuk dapatkan motivasi dan kekuatan.
  2. Wanita mesti perhatikan apa yang masuk ke dalam mulutnya setiap hari.

Makanan yang halal dan baik akan sangat mempengaruhi karakter kita. Manakala, makanan yang haram pula akan menghalang doa-doa kita daripada diterima.

  1. Doa kedua orang tua adalah mutiara yang paling mahal dan berharga.

Oki bercerita kisah seorang kenalan wanitanya di Indonesia. Wanita itu mempunyai 10 orang anak dan semuanya merupakan penghafal Al-Quran. Ketika ditanya apakah rahsianya?

Wanita itu menjawab ;

IKLAN

“Setiap kali sebelum tidur, saya akan berdoa dengan sungguh sambil menyebut satu persatu nama anak-anak saya. Saya mohon supaya mereka ini direzekikan Allah untuk menjadi penghafal Al-Quran.”

Dan ternyata, memang Allah mengabulkan doanya.

  1. Wanita mesti pilih lingkungan teman-teman dan circle yang baik. Sama ada di dunia nyata ataupun di media sosial.

Siapa kita berkawan akan menentukan siapa diri kita. Siapa kita follow dan subscribe akan mempengaruhi cara fikir dan gaya hidup kita. Jadi, mesti buat pilihan dengan tepat. Wanita mesti bina ‘iffah (kemuliaan) diri. Jaga dan pelihara sungguh-sungguh maruah dan peribadi.

Pastikan sifat ‘malu’ (yang bertempat) adalah pakaian yang paling utama untuk dipakaikan kepada diri.

  1. Kita tak akan rasa penat buat sesuatu kalau kita ada BIG WHY yang jelas. Letakkan BIG WHY yang tepat untuk setiap apa yang kita lakukan. Paling penting, pastikan BIG WHY tertinggi adalah kerana Allah.
  2. Wanita mesti sentiasa ada misi untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin dan setingginya. Cari majlis ilmu dan guru yang betul. Jika ada peluang untuk menyambung ke peringkat Master dan PhD, buatlah dan selesaikan. Supaya kelak, anak-anak kita boleh melihat contoh yang baik daripada ibunya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

kredit: Husna Najihah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI