Sebagai wanita kita memang perlu menjaga kecantikan kulit wajah. Namun jika silap penjagaannya akan menyebabkan kulit wajah jadi kusam, menggelupas dan tidak berseri. Untuk hasil yang menawan, perlu sedikit kerajinan kerana rutin penjagaan harian perlukan penggunaan pelbagai produk dari pencuci wajah hinggalah krim pelembap.

Seperti perkongsian wanita ini Siti Shairah yang sebelum ini mempunyai masalah kulit wajah dehidrat, kusam, kering dan ada kalanya menggelupas. Setelah menggunakan produk bersesuaian, hasilnya kulit wajah jadi lembut dan terasa ada kelembapan.

Malah menurutnya, jerawat juga tidak muncul di wajahnya dan kulit juga menjadi cerah. Apa yang penting walaupun tidak putih, tetapi kulit sudah tidak jadi kusam, cerah sekata dan tidak menggelupas.

Okay harini Sheera nak review basic skincare routine Sheera. Haritu dh janji nk review skincare Sheera kan? Sbb dah habis guna trial set

Okay Sheera details kan dulu.

Skintype: Dryskin/Dehydrate

Problem: Dehydrate, Dullness, Dryskin sometimes mengelupas certain area.

Product: Hada Labo Trial set (for dryskin)

1.Hada Labo Trial set

Price: RM60++ for 1 bottle

RM20++ for trial set

Hydrating facial wash

Hydrating lotion(toner)

Hydrating cream(moisturizer)

IKLAN

Okay 2weeks trial, mmg kesan mmg best. Pantas nampak skin moist lembot. Mmg betul iklan dia claim kulit macam “boink boink” tu

Hahaha sbb mmg lepas apply smua sentuh kulit moist je. And selalu nyaa i kalau bangun pagi muka kusam, nampak lah macam tk sekata nya tu. Dgan kering tk berminyak langsungggg! But now, after using HL bangun tido skin lembot je. Yg best, terasa adelaa kelembapan tuu.

Then continue lagi. Masetu tkdela effect putih ke apeke.

Tapi naik jerawat kecik2. So ingat purging. Tp macam nak stop using pencuci muka dia tujar balik pencuci muka yg biasa sbelum. Just continue toner & moisturizer.

And yes, i berjaya jmpe jalan keluar haha result dia lagi lagi best. Tgok fdbck pon ramai tak ngam dgn pencuci dia. Tp yg the others mmg best & good review .

Alhamdulillah, tak naik jerawat dah. Skin makin cerah. Yang penting walaupon tk putih menyerlah tp dah tak kusam, dah cerah sekata jee, dah tak kering mngelupas, & nak keluar skrg lagi lagi yakin takde foundation/cream

Tapi sunblock WAJIB tau! Nnt naik jeragat pulaaaa

HL mmg serious best! Mmg dapat result yg diorg claim

IKLAN

So now Sheera proceed:

*Pencuci muka fair&lovely mmg drpd skolah pakai

*HL Hydrating lotion

*HL cream moisturizer

*HL perfect UV cream moist(sunblock)

Nak beli bottle besar semalam, sbb HL on sales tapi semua dah licin! Korang dah kebas

Produk digunakan untuk rutin penjagaan harian.

2.Shower Scrub Watsons

Price: RM14 

Haa yang nie utk mandian. Sabun mandi dh siap scrub. So sesuai la sesiapa nak buat kulit mati, kulit yg bersisik tu bole try. Bau pon lekat tau kt badan! And biji2 scrub dia tk kasar, sesuai juga for whole family pakai.

IKLAN

Haa skrang watsons tengah sales, buy 1 free 1. Pergilaa grab

3.Scrub St. Ives Greentea (Blackhead/Pores)

Price: RM20++

Scrub ni best for dryskin. Sebab? Sebab biji2 scrub ni halussss sgt sgt. Sesuai utk dryskin. Sbb jenis yg lain scrub dia kasar2 mmg rasa agak kasar kt skin. So utk orang dryskin tk sesuai, chuols kne pakai yg nie sbb kulit korang kering. Scrub dia halus, & jangan pakai hari hari. Nnt makin kering. Thts why i suggest yang nie

Okay cukoplaa tu. Yang Himalaya moisturizer tu rasanya dah pernah review sebelum ni

Nak tanya bole drop at comment below ye.

Thankyou chuols, semoga bermanfaat

Teacher Shee comei.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI