Penggunaan tampon mungkin agak asing di negara kita namun tidak buat wanita di negara barat. Mereka lebih gemarkannya berbanding penggunaan tuala wanita pakai buang yang ada di pasaran.

Namun, malang bagi seorang wanita yang dikenali sebagai Kristina Makris ini apabila dia terpaksa dikejarkan ke wad ICU gara-gara penggunaan tampon sewaktu haid. Mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai risikonya, dia telah berkongsikan pengalaman buruknya itu yang telah berlaku pada lima bulan lepas.

Lima bulan lalu ini adalah saya dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan ‘tampon’. Saya hampir kehilangan nyawa. Melihat gambar ini membuatkan saya menitiskan air mata namun saya menulis ini bagi membuatkan anda faham mengenai risiko penggunaan tampon.

IKLAN

Jika anda sedang membaca ini, tolonglah terus membaca kerana anda mungkin ada kakak atau naka perempuan yang boleh diberikan panduan. Sewaktu dulu, saya pernah membaca di kotak tampon mengenai risiko Toxic Shock Sydrome (TSS) dan saya fikir ia tak akan terjadi pada saya.

sumber foto via BuzzFeed

Ternyata saya silap. Saya hampir mati pada usia 32 tahun. Tiada peringatan yang cukup sebenarnya mengenai risiko penggunaan tampon ini.

Tidak, saya tidak pernah menggunakannya lebih dari 6-8 jam. Tampon yang mempunyai kadar serapan yang kuat memberikan anda risiko yang lebih tinggi.

Apa yang terjadi ialah fiber mula menghasilkan bakteria yang kemudiannya menjadi jangkitan yang masuk ke saluran darah lalu ke organ hingga melemahkan tubuh anda.

Sewaktu haid saya yang lepas, saya rasa tidak sihat. Saya dapat rasakan tubuh saya sedang melawan sesuatu.

Dia juga turut menghadapi simptom seperti muntah, demam, gatal, selsema. Doktor katakan jika lambat dia akan kelihangan limpa atau lebih teruk lagi, mati. Ia mengambil 3 bulan untuk pulih sepenuhnya. Secara mentalnya, dia masih lagi melawan trauma yang dihadapi.

Oleh itu sis, jagalah diri sebaiknya! Walaupun anda tidak menggunakan tampon, namun anda haruslah selalu menukar tuala wanita yang dipakai setiap 4 jam seperti yang disarankan. Jika lebih banyak alirannya, maka lagi keraplah anda perlu menukarnya. Beringatlah sebelum terlambat.