Menabung memang satu amalan yang mulia. Walaupun sedikit, banyak manfaat yang boleh diperoleh daripadanya yang semestinya dapat membantu kita di kemudian hari. Bak kata pepatah, ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’.
Di Facebook, Nurul Shahida telah berkongsikan caranya menabung selama lapan bulan. Hasilnya sangat Wow!
Boleh mulakan dengan 10 sen sehari.
Tabung RM5
Tabung RM10/RM20
Tabung RM1 ( Anak-ii )
Hasil dari 4 tabung
Tabung pendidikan anak-ii.. ( 2 orang)
Wajib RM1 sehari .. Kalau ade lebih sy masukkan lebih
584keping – RM584
Tabung RM5 (parti pas ?)
Ade je wrna hijau dalam wallet trus masuk tabung , anggap je xbernilai .. Bukan 1 keping shari , simpan time ade je ..
102 keping – RM510
Tabung suka hati
Kalau ade 5,6 keping , wajib la simpan satu atau dua keping .. Klau ade lebih sy masukkan lebih ikop kmampuan masing-ii , jngan ko snggup ikat peruk lak gara2 nk simpan lebih..hihi
Merah 54 keping – RM540
Oren 46 keping – RM920
Total semua – RM1460
Tabung duit syiling
Yang ni jenuh nak kira ?? .. Tiap kli nak penuh ada je ko p tukar kedai ikan la , kdai runcit la bila nak penuh ..huhu total rm200 lebih dah p tukar .. Tinggal hak ni je dapat la RM51.70 ?
kredit: facebook Nurul Shahida
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yay! Tak Sabar Nak Raya!-Antara Tweet Terakhir Gadis Ini Sebelum Maut Kemalangan
Kejadian seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut kerana tersepit apabila kereta dipandunnya remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori tanah di Jalan Bukit Kachi, Changlun semalam memang mengejutkan ramai pihak.
Mangsa, Insyirah Az-Zahra Mohd Jasni,21, dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke kampus UUM di Sintok sebelum kereta Perodua Kenari dipandunya bertembung lori yang dipercayai terbabas ke laluan bertentangan kerana hilang kawalan dalam kejadian kira-kira 2.45 petang.
Lebih menyedihkan, beberapa hari sebelum kejadian, arwah telah memuat naik tweet di laman twitternya yang menunjukkan betapa terujanya arwah untuk menyambut Hari Raya selepas mendapatkan kain songket.
Beruntungnya arwah apabila ramai yang turut serta melakukan solat jenazah buat dirinya.
Netizen juga berasa sebak apabila melihat retweet daripada arwah yang seolah-olah memberi bayangan dia mahu pergi tak lama lagi.
Benarlah tiada syarat untuk mati melainkan hidup. Sememangnya kematian itu tidak mengenal usia dan tidak kira samada kita bersedia atau tidak. Untungnya arwah dijemput Tuhan dalam bulan Ramadhan ini. Rehatlah kamu di sana Insyirah. Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiket Konsert ‘Padi Reborn 25 Years’ Licin! Sebahagian Keuntungan Disalur Pada Asnaf
Pada tahun 2022 ini, negara begitu meriah menerima kunjungan dari artis-artis tempatan mahupun antarabangsa yang hadir mengadakan konsert dan mengubat kerinduan para peminat di Malaysia.
Tidak terkecuali band-band musik popular dari tanah seberang, sebelumnya negara dikejutkan dengan Konsert 30 tahun Dewa 19 dan konsert yang terbaharu akan berlangsung pada Sabtu ini adalah Konsert ‘Padi Reborn 25 Years’.
Tiket Padi Reborn Dah ‘Sold Out’
Bagaimanapun, Hijabista dimaklumkan bahawa tiket penjualan Konsert tersebut laris seperti ‘goreng pisang panas’ dan sudah pun habis terjual sejak semalam.
Berita gembira itu di maklumkan sendiri oleh Pengarah Qew Communications, Datin Rahizahwati Yahya ketika ditemui pada sidang media Konsert ‘Padi Reborn 25 Years’ yang berlangsung di Kuala Lumpur.
“Kami menerima perkhabaran gembira bahawa tiket Sabtu ini sudah habis dijual. Sehubungan itu, kami berhasrat untuk mendermakan sebahagian daripada hasil jualan tiket kepada persatuan kanak-kanak asnaf.
“Setiap RM1 daripada jualan tiket itu akan kami sumbangkan kepada persatuan terbabit. Ini merupakan penganjuran kedua saya.
“Setelah kali terakhir mereka ke sini pada tahun 2018. Kami begitu teruja dengan kehadiran mereka selepas lima tahun,” katanya.
Artikel berkaitan: Berhijab Tak Jadi Halangan Ella Beraksi Di Konsert Unplugged & Ramai Tak Sedar Lagu Ratu Rock Ini Berunsur Kerohanian!
Selain itu, Penganjur Konsert Padi Reborn 25 Years, Qew Communications Sdn Bhd juga memaklumkan bahawa mereka bakal mendermakan sebahagian hasil keuntungan konsert kepada persatuan badan bukan kerajaan (NGO) kanak-kanak asnaf.
Pada sidang media sama, vokalis utama kumpulan Padi, Fadly, turut berbesar hati dan memuji tindakan murni penganjur yang menjadikan platform konsert berkenaan sambil berbuat amal kebaikan.
Ketika ditanya Hijabista tentang persiapan kumpulan itu untuk berhadapan konsert yang bakal mengambil tempat di Zepp KL Sabtu ini, Fadly menjelaskan bahawa dia dan Padi begitu bersemangat, teruja dan sudah tidak sabar untuk melepaskan kerinduan bersama peminat di Malaysia.
“Setelah ‘berpuasa’ selama beberapa tahun, kami begitu teruja untuk beraksi kali ini. Lebih menarik, kami akan menyanyikan lebih banyak lagu berbanding pada tahun 2018.
“Kami bakal menyanyikan sebuah lagu Datuk Sheila Majid dan beliau juga akan menyanyikan lagu Padi, tetapi lagu yang akan dinyanyikan masih belum diputuskan dan bakal menjadi ‘kejutan’ buat peminat” kata Fadly.
Sebagai rekod, Konsert pada Sabtu ini bakal menampilkan lagenda Jazz, Datuk Sheila Majid untuk berduet bersama Padi.
Artikel berkaitan: ‘Pahit Getir’ Aina Abdul, Dendangkan 20 Lagu Hanya Di Bayar RM 50 Je
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Rahsia Untuk Kumpul Ribuan Ringgit Dengan Hanya Letak Tabung Tepi Mesin Basuh
Banyak cara sebenarnya untuk kita menyimpan wang atau menabung. Ada yang akan menabung setiap hari dan ada juga yang memilih untuk melakukannya pada setiap bulan. Namun, ada juga cara yang lebih menarik sebenarnya yang boleh dilakukan untuk menabung.
Di Facebook, ada seorang pengguna yang berkongsi cara yang unik untuk menyimpan wang iaitu dengan meletakkan tabung di sebelah mesin basuh. Eh, kenapa macam itu pula? Haaa, jom kita baca penerangannya.
Hari ini genap setahun wife saya menabung hanya ditepi mesin basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dikira, jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424. (Tidak termasuk duit syiling).
Tipnya mudah – Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka, letak tepi mesin basuh.
Kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami, seluk dalam poket. Baca bismillah, insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal..
Ketiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh, jadi bila suami tiba tiba rajin, dia akan pergi masukkan duit baki beli barang atau baki bayar tol.
Keempat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami, dalam bilik, ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita, sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.
Kelima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung, jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas .
Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid.
*Moga bermanfaat untuk ibu-ibu sekalian..
Oh, sebab tu rupanya! Betul jugak tu sebab kita selalu terlepas pandang mengenai duit yang kita letak dalam poket seluarkan. Lepas ni boleh cuba cara ini pula. Mesti banyak wang yang terkumpul selepas inikan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI