Kuali yang hitam tentunya membuatkan ibu-ibu rasa rimas dan ‘sakit mata’. Tidak dapat dinafikan memang sukar untuk membersihkan kuali yang sudah kitam berkerak. Setiap kali masak, periuk atau kuali menjadi hitam. Situasi ini sangat tidak digemari oleh kaum wanita kerana perlu menyental bagi menghilangkan kesan hitam pada kuali.

Walau bagaimanapun puas menyental, kesan hitam itu masih juga belum dapat dihilangkan. Makin lama kesan hitam pada kuali menjadi bertambah hitam dan semakin menebal. Apabila kerak pada kuali semakin menebal maka semakin sukarlah kesan kerak itu dapat disingkirkan.

Melalui perkongsian di Facebook, Dayang D NaielleChen berkongsi caranya.


Kilatkan kuali yang berkerak dengan cara semudah ABC.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

Soda Bikarbonat
Limau nipis
Lemon
Asam keping
Air
Kuali besar


Sabun Fruitale (untuk menyental kuali)

IKLAN


CARA-CARA:

1.Rebus kuali bersama semua bahan-bahan di atas, Biarkan terendam seketika.

IKLAN


2.Selepas itu mulalah menyental kuali dengan sabun. Hasilnya pasti menakjubkan. Kuali berkerak terus berkilat macam baru beli.


Sumber kredit: Dayang D NaielleChen