Setiap wanita memang menginginkan tubuh yang kurus, cantik dan langsing. Lebih-lebih lagi akan menjelang Syawal tidak lama lagi. Pelbagai cara dilakukan untuk kurus dan salah satunya dengan menjaga pemakanan atau diet. Seperti perkongsian wanita ini Khairuzetti Zaini Collection via page Masak Apa Hari Ini di laman sosial facebook yang mengamalkan makan sup viral yang dimasak sendiri.

Dia sebenarya telah mengamalkan sup ini sejak 13 tahun lalu dan mempunyai 4 orang anak. Wanita ini yang berusia 39 tahun telah mempunyai 4 orang anak dan badannya tetap kekal langsing seperti anak dara.

Sup cendawan yang dibuat ini elok diamalkan 4 hingga 5 kali seminggu dan jika dibuat secara konsisten 3 bulan, anda akan dapat hasil yang sangat menakjubkan.

Jom kurus…

Saje nak share periuk cap buaya legend ni
Kalau nak beli.. cari saiz ni.. tinggi atau dalam periuk 18cm x 22cm diameter..Saiz ni bentuknya unik ( Gaya periuk zaman dulu2.. buat Kari ikan memang sweet ) + comel + cute + nak buat photoshoot masak pon sesuai.. bila buat sup sayur cendawan ni rasa mcm throwback zaman dulu2.. suke guna time masak sup & masakan berkuah.. letak garam & gula lepas tutup api.. 

Sup sayur cendawan ni antara resepi sup KURUS yg zt amalkan hampir 13 tahun.. lama kan? Ni je rahsia nye nak slim pd angka umo nak cecah 40an tahun depan.. rahsia nye sup sayur cendawan buat 3-4 kali seminggu.. boleh mix dgn sayur sawi jepun..jom slim mcm zaman dulu2.. ( berat badan dpt maintain 45kg + anak 4 + umo 39 ) selamat memasak uols…

SUP KURUS
Bahan2:
Bahan A
4-5 ulas bawang putih tumbok pecah 
( khasiat: bakar lemak + buang kolestrol )
2 biji cili api hijau tumbuk pecah 
( khasiat: bakar lemak )
2 batang serai diketuk ( khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dlm badan )
1 sudu besar minyak jagung

Bahan B
100gm isi ayam potong halus 
( rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bg hilang lendir ayam ) + rendaman ke 2 rendam dgn air garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pd ayam )
1.5L air tapis

Bahan C
Sawi
Cendawan tiram (khasiat: awet muda )
Gula Kelapa perang ORGANIC secukop rasa
Garam Bukit Himalaya (pink) secukop rasa

Cara2:
Panaskan periuk + add minyak masak. Tumis bahan A sehingga kekuningan.

Masukkan isi ayam..Gaul sehingga separuh masak.Masukkan air.. bg mendidih..
Then masukkan cendawan tiram.. masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi.. terus tutup api.. sawi akan masak layu sendiri dgn haba masakan tadi.. bila dah suam sikit masukkan gula perang & garam bukit..

Amalkan sup kurus ini 4 -5 kali seminggu.. buat selama 3 bln.. nanti kurus bgtau tau… Makan ni je.. insyaAllah selim melim laju…

Info: Gula Kelapa Perang ( beli kat Jusco bahagian produk organic )

Sawi jepun Cameron highlands ni ada kat jusco juga.. price mur mur.. rm1.50 sepeket .. kadang2 jusco buat sale.. rm1 sahaja sepeket..

Yg nak cari smula resepi ni taip je hashtag #SUPKURUS..nanti senang nak cari .. nak raya nanti boleh selim melim DUET kan skali TEKNIK Intermittent Fasting gaya Lisa Surihani..

Penting: Ada dua tips tambahan kat sini.. dua individu berbeza.. 
1 Tak leh makan nasi..cepat naik berat..so makan sup sayur ni je la.. JANGAN add nasi

1 lagi makan nasi boleh..tapi tak boleh lepas pkul 6ptg.. so uols sesuaikan la ye resepi ni untuk diri sendiri.. boleh makan sup kurus ni SAHAJA selama 3 Bulan atau mix sikit nasi putih guna beras less kanji kalau masih menyusu ada anak kecil tapi nak maintain selim melim.. Guna beras basmathi less kanji