Hijabi mesti pernah mengalami situasi ini dimana terasa begitu lapar dan terlihat sekeping roti. Hmm, bolehlah buat alas perut. Malangnya, apabila dibelek rupanya roti itu sudah berkulat. Tapi kerana terlalu lapar, kita makan juga bahagian yang bersih di roti tersebut.

Aip! Lepas ini jangan sesekali ulangi tabiat itu lagi selepas ini. Sebenarnya bahagian yang bersih itu hanyalah ilusi semata-mata. Keseluruhan roti itu sudah tercemar. Ikuti penerangan yang dikongsikan di bawah ini.

Jangan Sesekali Makan Bahagian ‘Bersih’ pada Roti Berkulat ‼️

Sebenarnya tidak pernah wujud bahagian ‘bersih’ pada roti yang berkulat.

IKLAN

Ini adalah kerana kulat adalah sejenis fungus seperti cendawan. seperti cendawan ianya mempunyai akar yang tersembunyi dikenali sebagai ‘hyphae’. Ianya merbahaya buat manusia.

Hyphae ini membentuk rangkaian akar di dalam roti, maka bahagian ‘bersih’ dalam roti pastinya tidak selamat!

IKLAN

Anda boleh mengalami keracunan makanan kerana memakan roti yang telah berkulat. Pastikan cek tarikh luput roti sebelum membeli dan walaupun belum tarikh luput, pastikan roti anda tidak berkulat.

Kredit 
BKKM Labuan

IKLAN

kredit: facebook Public Health Malaysia