Semua orang mesti pernah ada pengalaman sakit gigi kan. Kadang kala, sakit itu terlalu perit hingga tak dapat tidur lena. Malah ada yang sakit hingga demam dibuatnya. Ada yang mengambil ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan tetapi ada juga yang menggunakan bahan di dapur sahaja seperti esen vanilla. Mujarabkah?
Menerusi twitter @ib_shah, doktor ini telah menerangkan mengapa bahaya menggunakan bahan ini sebagai penawar kesakitan. Kelegaannya hanya seketika namun kesannya mungkin melarat.
Kalau sakit gigi terus jumpa doktor gigi ya!
Jika dibiarkan, kesannya akan jadi lebih teruk lagi…
Esen vanila ini hanyalah perisa tiruan. Jangkitan pada gigi boleh merebak hingga ke tulang.
Jangan ambil remeh perkara ini. Jangan mudah percaya petua mengarut!
sumber: twitter @ib_shah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jiwa Hijabi Sering Rasa Kosong? Didik ‘Rohani’ Berhibur Di Aplikasi Muslim Qalbox!
Pernah tak anda alami perasaan macam ni, rasa seolah-olah hidupnya tiada makna dan anda hanya sekadar meneruskan kehidupan seharian ibarat robot tanpa perasaan kerana hati seakan kosong.
Hati yang kosong tidak bermakna hijabi mengalami masalah psikologikal mahupun masalah mental, ianya hanya sebuah perasaan yang dialami oleh seseorang dan boleh diatasi sekiranyahijabi cakna berkenaan punca hati menjadi kosong.
Justeru, ketika merasa begini. Hijabista mengesyorkan agar anda lebih mendekatkan diri dengan Allah dan basahkan rohani serta jiwa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat serta mampu memberi ketenangan jiwa dan membangkit semula rohani yang sudah tersungkur ke bumi.
Aplikasi Qalbox, Selesaikan Masalah Qalbu!
Di zaman moden yang serba canggih ini, begitu mudah sekali untuk kita mendekatkan diri kepada sang pencipta! Malah, terdapat pelbagai platform yang menawarkan cara untuk mengisi kekosongan hati dan jiwa hijabi.
Antara aplikasi yang sedang melonjak kehadapan dan dikhususkan untuk menuntun umat Islam adalah aplikasi Qalbox daripada Muslim Pro yang menawarkan perkhidmatan penstriman hiburan yang terkenal dengan pelbagau kandungan Islamik di peringkat global.
Lebih menarik lagi, apabila aplikasi ini kini boleh dilayari oleh semua pelanggan Astro yang bertujuan menjadi ‘rumah digital’ yang menawarkan pilihan kandungan berkaitan muslim.
Artikel berkaitan: Zikir Fatimah ‘Penawar’ Stress Dan Penenang Hati Anjuran Rasulullah, Khas Buat Kaum Hawa!
Menurut co-CEO Muslim Pro, Fara Abdullah berkata kerjasama ini dilaksanakan untuk memberikan pengalaman kandungan Muslim yang lebih khusus, lancar dan mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas, serta bakal memperkaya landskap hiburan di Malaysia.
“Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro, penyedia hiburan terkemuka di Malaysia, untuk memperluaskan jangkauan Qalbox di kalangan penonton Malaysia.
“Melalui kerjasama ini, visi kami untuk memantapkan kedudukan kami sebagai pusat kandungan dan hiburan Muslim global dan menyediakan landasan bagi pencipta kandungan kreatif Muslim dan pembuat filem menjadi lebih kukuh,” katanya.
Qalbox Tawar Program-Program Menarik Kerohanian!
Antara program-program kerohanian yang ditawarkan menerusi aplikasi Qalbox adalah seperti I Am Muslim. Cerita peribadi yang menyentuh hati daripada Food From the Heart dan bacaan Al-Quran yang menyentuh jiwa dalam Tadaruz Al-Quran.
Bagi kanak-kanak pula ada pengisian seperti Islam for Kids dan Recite and Learn: The Word of Allah yang menawarkan kandungan yang menarik dan memberi pendidikan.
Selain itu, terdapat juga siri-siri menarik seperti Omar, The Sultan and Khan dan Little Mosque on the Prairie yang membawa penonton meneroka naratif tentang budaya Muslim.
Sekadar info, ekoran daripada perkongsian strategik ini, pelanggan Astro yang memiliki Ultra atau Ulti Box bakal menikmati langganan percuma secara eksklusif Qalbox dan juga akses premium Muslim Pro selama dua bulan, bermula dari 27 Julai 2023 hingga 26 September 2023.
Artikel berkaitan: Hidup Hijabi Lebih Lancar Dan Tenang Dengan Amalkan Lima Pilihan Doa Ini Di Permulaan Hari!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Belanja Lebih, Doktor Jelaskan Mengapa Perlu Pilih Sabun Berbanding Hand Sanitizer
Pada waktu ini kita dapat melihat ramai yang mula menjual hand sanitizer di laman sosial. Tiba-tiba sahaja pelbagai jenama yang kita tidak pernah dengar muncul di pasaran hinggakan ada yang dijual dengan harga yang tidak masuk akal.
Ramai yang berminat untuk membelinya yang mungkin disebabkan perasaan takut terhadap virus yang sedang menular tanpa memikirkan keberkesanan sesuatu produk yang entah dari mana datangnya itu.
Sebenarnya, adalah lebih baik jika kita mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air daripada menggunakan hand sanitizer. Bagus pun bagus, murah pun murah. Ikuti info yang telah dikongsikan oleh Dr. Shazwan Sazali ini bagi mengetahui lebih mengenainya.
Jangan sampai mencuri sis!
kredit: twitter @shazwan_sazali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hargai Staf, Insafamous Syafiqah Aina Borong Handbag Berjenama Khas Buat Semua Stafnya
Pasangan instafamous yang juga usahawan berjaya iaitu Syafiqah Aina dan suami, Hafiz Mahamad memang sentiasa mencuri tumpuan ramai di media sosial.
Bukan hanya dikenali sebagai pasangan yang sama cantik sama padan, sebagai ahli perniagaan mereka juga pandai menghargai staf-staf mereka dengan memberikan ganjaran atas usaha yang dilakukan mereka selama ini buat syarikat.
Jelas Syafiqah Aina atau lebih mesra dipanggil Aina di laman instagramnya, dia tergerak hati untuk memberikan beg tangan buat semua stafnya selepas mendapat tahu beg tersebut merupakan beg idaman salah seorang stafnya.
“Haritu one of my Management Team letak dekat Wallpaper gambar Handbag Charles & Keith as wishlist dia. Then team mate yang lain share duit untuk hadiahkan handbag tu diam diam pada dia.
“I’m so happy to see that! Terus tergerak hati & Aina cerita dekat Hafiz, Aina nak hadiahkan yang lain jugak benda yang sama. Hafiz cakap okay, jom nanti kita keluar cari handbag untuk diorang!
“Aina paling syukur bila dari awal dulu staff biasakan baca al Waqiah setiap pagi dekat office untuk jaga keberkatan rezeki tu.
“Diorang sangat bahagia & Aina tahu bahagia bukan sebab mengharapkan hadiah dari Aina & Hafiz. Tapi sebab syukur surrounded & berada dalam family AINAA. And so do I!
“To all Customers, Usahawan @ainaabeautyofficial (Agents/Stokists) & Followers. Video ni Aina share untuk you guys tahu, nila hasil dari support semua. AINAA akan share & happykan seramai yg mungkin
“Hopefully you guys pun happy! 🤍,” tulis Aina,26, di laman sosialnya.
View this post on InstagramA post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on
Sementara itu, netizen juga memenuhi ruang komen laman sosialnya dengan ucapan terharu kerana tersentuh dengan tindakan dan cara Aina melayan stafnya serta mendoakan agar dia dan suami terus berjaya dalam perniagaan yang diceburi.
View this post on InstagramYou are the best part of my every day. Mommy loves you both ♥️ @hafizmahamad @raisyaarisa
A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on
Untungnya staf-staf mereka dapat majikan sebaik Aina dan Hafiz! Seronok betul tengok pasangan ini sebab muda-muda lagi sudah berjaya dalam dunia perniagaan.
Best rasanya bila kita dapat pasangan yang sama-sama punya visi atau ‘goals’ dalam hidup. Moga anak muda yang lain juga turut terinspirasi dengan kejayaan mereka ini. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI