Siapa kata untuk tampak muda hanya berpandukan kepada produk kecantikan semata-mata? Sebenarnya, kulit wajah yang sihat adalah daripada rejim kecantikan yang sempurna termasuklah mengurut muka. Bukan hanya di spa, malah di rumah pun anda boleh mengurut muka untuk wajah kekal sihat dan muda. 

Sumber gambar: Bolovtsova

Amalan mengurut muka ini dapat melancarkan perjalanan darah pada kulit wajah dan menjadikan wajah lebih segar. Ia juga membantu untuk mengurangkan kedutan di wajah dengan meregangkan kulit sekali gus wajah tampak muda dan jelita! Kali ini, team Hijabista ingin kongsikan kepada anda langka-langkah atau cara0cara urutan wajah yang betul. Selamat mencuba!

Sumber gambar: Shiny Diamond

1.  Untuk langkah yang pertama, pam sedikit serum di atas telapak tangan yang bersih. Gosok produk tersebut menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menghangatkannya dengan suhu badan sebelum menyapu ia pada keseluruhan wajah.

2.  Kemudian, daripada bahagian dagu, tolak pipi naik ke atas. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali di sebelah pagi dan ulang 15-20 kali waktu malam sebelum tidur.

IKLAN

3.  Seterusnya bahagian atas tulang pipi dan tariknya ke atas sehingga ke sisi dahi. Lakukan langkah ini lima kali di bahagian kiri dan lima kali lagi di bahagian kanan.

4.  Untuk bahagian dahi, tolak semua ke bahagian atas sehingga ke kawasan anak rambut. Fokuskan pada bahagian ini kerana dahi adalah kawasan wajah yang paling cepat berkedut!

IKLAN
Sumber gambar: Tekeridis

5.  Beri tekanan pada setiap penjuru wajah. Contoh: Kedua sisi dahi, belakang kedua telinga, kedua penjuru bibir, kedua penjuru mata dan kedua penjuru kening di tengah dahi.

6.  Seperti orang Korea, tampar lembut muka anda sekuat hati (jika tahan sakit). Cara ini akan mengejutkan semua otot pada wajah untuk aktif kembali bahkan dapat menyah toksin tahu? Anak buah Cik Tin selalu tiru aksi ni kalau Cik Tin bersiap depan dia hehe.

IKLAN
Sumber gambar: Bolovtsova

7.  Langkah seterusnya, buat cubitan kecil pada kawasan sekitar wajah. Sama seperti urutan, cubitan sebenarnya dapat mengejutkan otot-otot bawah kulit untuk kembali aktif dan segar!