Setiap kali menunaikan solat, kita dituntut untuk meminta supaya dijauhkan daripada fitnah; fitnah Dajjal, fitnah hidup dan fitnah kematian, azab kubur dan azab neraka, dan kita memohon juga perlindungan dari dosa-dosa dan hutang piutang.
Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa. Senjata orang Islam adalah melalui doa. Oleh itu jangan jemu dan putus untuk berdoa. Maka usahlah jemu untuk terus berdoa. Jadikan ia sebagai sesuatu yang wajib dilakukan usai menunaikan solat.
Berikut perkongsian Ustazah Isfadiah.
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain sujud adalah duduk Tawaruk (Tahiyyat Akhir) sebelum beri salam. Inilah waktu yang sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk berdoa.
Ada kalangan salaf mewajibkan khusus bagi diri mereka begitu juga Tawus bin Kaisan mengarahkan pelajarnya yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]
Sumber kredit: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki Top image: Photo by Ali Arapoğlu from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peluang Kutip Pahala Ini Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah Di Bulan Ramadan
Ada banyak sekali kebaikan dan hikmah yang boleh diperolehi ketika bulan Ramadan. Tentu saja hikmah dan kebaikan ini berbeza-beza bagi setiap orang bergantung dari pengalaman spiritual masing-masing.
Namun hikmah-hikmah di bulan Ramadan bergantung kepada amalan-amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan.
22 Amalan Harian Yang Perlu Di Jaga Secara Istiqomah Di Bulan Ramadan
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 15 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan di antara jam 8-12 tghari. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan org2 yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana ya.ng sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bonda infaqkan diri” – Prof Dr.Muhaya Ingin Transformasi Guru Frontliner Secara Percuma Agar Kekal Positif
Kasih seorang guru terhadap anak murid itu ibarat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Besar harapan mereka untuk melihat pelajar dapat menyerap segala ilmu, mudahan pengetahuan yang peroleh berupaya melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka besar kelak.
Namun inisiatif Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diguna pakai ketika ini untuk sesi persekolahan seluruh negara, pada hakikatnya menyimpan seribu kegusaran buat golongan ini, dalam memastikan pelajaran murid tidak tercicir.
Mengusik emosi naluri seorang guru
Zurina Shaari, 49, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan, Perak, berkata, sepanjang implementasi PdPR, ia bukan sahaja satu perjalanan yang cukup mencabar buatnya dan guru-guru yang lain apabila terpaksa memahirkan diri dalam penyediaan bahan menggunakan teknologi ICT. Bahkan keadaan pelajar yang terjejas, sering kali mengusik emosi dan naluri keibuannya.
“Anak-anak murid ini ibarat anak sendiri jugalah. Jadi apabila mendapat khabar ada daripada kalangan mereka yang terpaksa makan bubur nasi pada musim PKP/PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan/Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), terus mengalir air mata kerana memikirkan anak-anak didik terpaksa belajar dalam keadaan perut yang lapar.
“Mereka ini adalah golongan yang terjejas, setelah ibu bapa kehilangan kerja dan punca pendapatan. Kisah sebegini memberi kesan emosi kepada sebagai guru yang mengajar” katanya yang mengajar tiga subjek, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
Inisiatif PdPR Guru Yang Dikata Makan ‘Gaji Buta’
Apabila bercakap mengenai PdPR, lazimnya komentar ramai memberikan reaksi bahawa pelaksanaan ini kurang berkesan kepada pelajar. Kegagalan pelajar memberikan tumpuan, menyiapkan tugasan, tiada kemudahan komputer riba dan masalah internet, antara isu berbangkit.
Sehinggakan golongan guru atau pendidik turut terpalit dengan tohmahan ‘makan gaji buta’. Namun kata-kata seperti itu tidak sedikitpun mematahkan semangat golongan pendidik seperti Zurina.
“Saya tak pernah putus asa. Saya cuba sampaikan sesi PdPR secara dua kaedah iaitu dalam talian dan luar talian. Sediakan modul bagi murid yang tidak mampu. Dengan harapan, semua murid berjaya sertai kelas walaupun saya terpaksa sediakan banyak kaedah,”kata Zurina lagi.
Fasa cabaran Yang berbeza
Bukan semua guru mempunyai cabaran yang sama, berbeza pula dengan Siti Khadijah Anis, 36, yang merupakan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah, cabaran sepanjang PdPR adalah dari segi kepuasan mengajar, dimana pengajian secara atas talian dengan mengajar secara bersemuka menuntut pendekatan yang berbeza.
“Saya mengajar Matematik dan mempunyai 3 kelas tingkatan 5. Pada saya bila kita sebagai guru yang mengajar kelas peperiksaan terutamanya bagi murid yang akan menghadapi SPM tekanannya memang lain. Setiap hari kena fikirkan cara yang terbaik untuk murid hantar kerja dengan mudah, kena study dahulu dan kuasai tajuk yang akan disampaikan kepada murid kerana tahun ini merupakan tahun pertama SPM dijalankan dengan format KSSM (format baharu), justeru kena fikir dan sediakan latihan-latihan yang menarik kepada murid supaya mereka tidak bosan dengan kelas yang dijalankan.
“Pada masa sama, sebagai isteri dan ibu saya perlu menguruskan rumahtangga dan pantau PdPR anak yang masih darjah 3, sememangnya perlukan perhatian dan sokongan daripada ibu bapa, kadang kala perlu mengajar anak bila ada waktu terluang antara kelas yang lain. Fizikal dan mental jangan cakaplah memang sangat penat, namun begitu saya perlu menguruskan emosi dan masa dengan baik,” katanya.
Sertai program untuk terus kental demi murid
Keluhan bukan satu cara untuk terus kental dalam hadapi cabaran seorang guru ketika pandemik covid-19. Untuk kekal positif, kedua-dua guru berjiwa kental ini mengambil keputusan menyertai Program Transformasi Diri Guru anjuran Muhayya Momentum yang diadakan pada 21 Ogos yang lalu.
Zurina dan Siti Khadijah Anis menyertai program yang dikendalikan oleh transformasi speaker terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, itu kerana merasakan dalam situasi sekarang ini, golongan pendidik juga memerlukan motivasi, kata-kata semangat serta sistem sokongan, bagi mempersiapkan mental dan fizikal menghadapi sistem pembelajaran yang lebih mencabar.
“Program Transformasi Diri Guru ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi diri, bahkan melengkapkan nilai kerohanian yang tinggi dalam diri dan berjaya merubah diri ini menjadi insan sentiasa positif dan berjiwa besar. Sentiasa memohon maaf dan memohon dihalalkan ilmu serta waktu pengajaran dengan anak-anak didik,” kata Zurina.
Sementara Siti Khadijah meluahkan kelegaan apabila memutuskan untuk menyertai program ini yang berjaya mengembalikan semangatnya yang sedikit pudar gara-gara tekanan pandemik Covid-19.
“Sememangnya dengan izin Allah, setelah saya sertai program ini sekurang-kurang ianya memberi saya rasa gembira, bersemangat dan yakin apa yang perlu dilakukan. Paling saya ingat, bonda ada sebut kerisauan yang ada ubah kepada doa. Sebab hati murid-murid kita Allah yang pegang.
Hendak terus Berjaya doa adalah kuncinya
“Kenapa perlu risau murid kita masuk kelas online ke tidak? Hantar kerja ke tidak? Apa yang bonda katakan semasa program ini antara yang paling memberi kesan dalam hati dan diri saya, doakan murid-murid kita semoga dibukakan pintu hati mereka. Saya akui kadang kita terlupa untuk mendoakan pelajar kita untuk sertai kelas atas talian,” katanya.
Oleh kerana sambutan luar biasa yang diterima pada sesi pertama yang lalu, pihak Muhayya Momentum sekali lagi membuka penyertaan bagi sesi ke-2 program ini.
Program Transformasi Diri Guru 2.0 khabarnya lebih mengujakan dengan kehadiran selebriti terkenal tanahair, Nur Fazura Sharifuddin sebagai tetamu undangan. Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, ketika dihubungi berkata, Program Transformasi Diri Guru 2.0, adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksana kerana walau apapun juga kondisi negara ketika ini, pendidikan tetap perlu diteruskan demi memastikan golongan belia tidak ketinggalan dalam bidang akademik.
“Sebenarnya kalau kita perhatikan dalam apa juga kerjaya, kita akan melakukan sesuatu pekerjaan dengan diri kita, jadi kita perlu ada dua ilmu. Ilmu melakukan pekerjaan dan ilmu menambah baik meningkatkan keberkesanan orang yang melakukan pekerjaan itu. Jadi cara yang bomda berikan ini bukan untuk mengajar tetapi macam mana pengajar itu hendak meningkatkan taraf dari segi imej diri, sistem nilai, tabiat, tindakan dan In Sha Allah kepada hasil yang dilakukan.
Inisiatif Prof Muhaya transformasi guru secara percuma
Wang bukan ukuran dalam membantu para guru untuk kekal positif hadapi cabaran mengajar secara maya.
“Secara peribadi bonda sangat percaya bahawa usaha kita membina ummah, melalui gurulah ramai golongan celik ilmu dan cendekiawan dapat dilahirkan.
“Bonda ingin infaqkan diri untuk melakukan transformasi diri guru secara percuma dan diharapkan program ini mendapat sambutan ramai. Ia juga salah satu cara bonda menzahirkn kesyukuran dan penghargaan atas segala jasa baik guru-guru yang pernah mendidik bonda dari darjah satu sehingga tingkatan enam atas di Tun Fatimah Johor Bahru.
“Kemudian melanjutkan pula pengajian di Univeristi Kebangsaan Malaysia dan PhD di London. Banyak yang bonda belajar dan interaksi antara guru bonda ambil sebagai suatu pelajaran,” katanya yang pernah menerima anugerah pengajar terbaik UKM.
Bagi mereka yang berminat menyertai program secara percuma bakal diadakan pada 18 September ini, bolehlah mendafttar di https://muhayyamomentum.com/order/form/transformasi_guru_2 atau hubungi talian 0194447449.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perancangan Tidak Di Duga, Kini Guru Maahad Tahfiz Selamat Mengahwini Pasangan Dari Hawaii
Jodoh adalah suatu benda yang ghaib kita tidak ketahui. Begitu juga keajaiban yang menakjubkan membuatkan kita terkejut dengan aturan Allah SWT buat setiap insan.
Tular baru-baru ini perkahwinan antara seorang guru maahad tahfiz yang selamat diijab kabulkan bersama pasangannya yang berasal dari Hawaii, Amerika. MasyaAllah, siapa sangka jodoh di perantuan.
Sudah berniat untuk kahwini orang dari luar negara
Tular baru-baru ini pasangan berlainan negara, Herman Zulfikar Hamzah, 25, memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama, Naziha Nuha Ali, 22, yang berasal dari Hawaii, Amerika Syarikat pada Sabtu lepas.
Kisah cinta mereka telah termeterai pada Program Aqdun Mubarak: Program Memeterai Kontrak Maknawi (Kemuncak Destinasi Cinta) Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan. Bukan sahaja mereka, sebanyak 10 pasangan juga selamat diijabkabulkan pada hari tersebut dan tempat yang sama.
Guru Maahad Tahfiz Baitul Ehsan itu turut di temu bual oleh Sinar Harian berkenaan peristiwa kisah cintanya. Dia menyatakan sudah lama menyimpan hasrat untuk mengahwini seseorang yang berasal dari negara lain selepas melanjutkan pelajaran ke Indonesia sewaktu ketika dahulu.
Artikel berkaitan: Masih Single, Sharifah Rose Impikan Lelaki Matang, Mampu Membimbing Dan Stabil
“Kita boleh sebar dan luaskan keluarga kita ke luar negara,
“Pada awalnya, saya tidak tahu pertemuan tersebut adalah untuk menjodohkan saya dengan isteri kerana keluarga beritahu ada orang dari Hawaii datang ke Malaysia untuk berkenalan,
“Tapi selepas saya berjumpa isteri buat pertama kali, saya lihat dia (Naziha Nuha) baik dan kena dengan ciri-ciri yang saya inginkan,” ujarnya.
Lelaki yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu tidak pun merancang perkara ini. Dia hanya di maklumkan sahaja dari ahli keluarga dan di temukan bersama pasangan serta keluarga mentuanya pada Julai lalu di Kuala Lumpur tanpa pengetahuannya dan bakal isteri (ketika itu).
Dengan Izin Allah SWT, tanpa sedari pertemuan itu adalah suatu perjumpaan untuk menyatukannya bersama isterinya. Herman membuat keputusan terus untuk menikahi Naziha Nuha selepas perjumpaan itu.
Sumber info: Sinar Harian
Artikel berkaitan: “Jujur Penting Untuk ‘Secure’ Perhubungan…” – Sekali Lafaz Sah Adam Lee Dan Sweet Qismina Menjadi Suami Isteri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI