Photo by Cedric Fauntleroy from Pexels

Sebelum berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan ada baiknya anda baca dahulu perkongsian doktor ini. Moga ia menjadi satu perkongsian yang berguna untuk semua dan kita lebih berhati-hati. Kalau yang pernah buat, lepas ini elakkan buat lagi perkara yang sama.

Tips pesakit muslimat agar disenangi klinik gigi.

1. SANGGUL KEPALA

Sanggul atau bonjot rambut. Tak perlu tinggi, susah doktor gigi nak lihat gigi atas. Buat rawatan lagi la payah. Silap–silap doktor gigi bongkok dulu sebelum sempat umur 65 tahun.

2. FOUNDATION

Muka kalau hendak pakai foundation ala kadar sahaja, sekali kena spray air handpiece terus cair. Lagi best terkena glove tangan doktor. Bila bersentuh muka dan glove, dah rupa orang pakai bedak sejuk malam–malam nak tidur.

3. MASKARA DAN BULU KENING

Tak kisahlah pakai bulu mata implant ke atau jenis sapu maskara tebal–tebal. Sekali terpercik air scaler cuci mulut tu, tengok rupa pun celoreng–celoreng serupa ‘patung opera’.

4. GINCU (LIP GLOSS)

Buang atau lap awal–awal sebelum masuk bilik surgeri doktor, kalau tak pakai lagi bagus. Bukan apa, apabila kena jari glove doktor gigi, muka nampak comot seperti badut. Ini serius tau. Melekat pada instrument pergigian. Itu susah dan leceh staf klinik gigi nak bersihkan.

IKLAN

 

5. RAMBUT

Bagi yang berambut panjang, pastikan diikat kemas. Jangan panjang mengurai terbang ke muka atau mulut. Bila doktor gigi nak buat rawatan, rambut masuk mulut kadang-kadang tertarik rambut sekali.

6. BAJU

Pastikan tutup dada molek–molek. Jangan nampak segala lurah–lurah bukit. Baju belakang jangan singkat, nampak warna ‘spender’ bila kau duduk kumur. Kau nak buat rawatan gigi je pun, bukan nak berdating.

IKLAN

7. KAIN SKIRT

Kain juga, jangan singkat-singkat atas paras lutut. Tiba-tiba kau menggeliat sakit atau takut atau apa-apa atas kerusi pergigian tu, tak ke terselak? Tolong ya, sopan sikit sebab sekiranya yang merawat adalah doktor lelaki, doktor lelaki tersebut mungkin adalah suami orang atau bapa orang.

Jaga aurat okay. Sebenarnya mereka tengok pun segan, tapi malu nak tegur.

8. TUDUNG

Kalau nak pegi jumpa doktor gigi untuk periksa atau buat rawatan gigi, tak payah la pakai tudung lilit-lilit, cucuk pin sana, cucuk pin sini, kan dah payah dah nak periksa dalam mulut, payah nak buka mulut luas-luas. Pakai tudung biasa-biasa…sarung ‘zasss’ dah.

Tudung ala-ala Yuna ke, Siti Nurhaliza ke, Fareeda ke, Ariani ke, tudung artis suam-suam kuku ke..tinggalkan di rumah bila jumpa doktor gigi.

IKLAN

Pakai biasa-biasa dah. Tudung mak jemah pergi pasar pun dah cukup, melainkan lepas jumpa doktor tu kau ada konsert atau nak buat persembahan kat Anugerah Juara Lagu.

Kalau pakai tudung makcik bawang takpe, jangan perangai makcik bawang je.

Hak korang la nak pakai tudung instant ke tudung 3 in 1 ke, asalkan bila doktor gigi nak periksa tu senang la, takda la nak tunggu 10 jam nak tanggalkan pin satu satu.

Lepas tu pesakit ramai dan tak sabar di luar tunggu…dah memekak pada staff di kaunter.

******************

Itu sahaja, saya pun seram-seram nak tegur depan-depan sebab ada pesakit yang muncung sebatu nanti hahaha.

Terima kasih Public Health Malaysia kerana mendengar suara hati doktor gigi.

Please ya kakak adik maness semua. Kita sama-sama saling mengingati dan perbaiki. Gunakan media sosial untuk berkongsi yang baik-baik.

Semoga bermanfaat.

Sumber kredit: Azila MK Klinik Pergigian Azila Bangi

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI