Tubuh yang langsing sememang menjadi idaman semua kaum wanita. Namun bagi hijabi yang memiliki tubuh yang berisi, sis tentunya teringin juga ingin kelihatan bergaya. Sebenarnya meskipun tubuh sis berisi, ada caranya untuk kita kelihatan langsing.

Sebagai wanita tentunya sis ingin tampil cantik dan menarik. Namun adakalanya kita merasa tubuh kelihatan ‘berisi’ ketika melihat di sudut pantulan cermin. Ingin tampil lebih langsing secara segera?

Cuba EMPAT trik berikut ini:

WARNA GELAP
Hitam atau biru tua merupakan pilihan paling selamat untuk kelihatan langsing dalam setiap gaya penampilan. Trik lain adalah dengan memilih satu ton warna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sehingga tubuh kelihatan lebih tinggi.

IKLAN

OUTER PANJANG
Ramai wanita yang tidak selesa dan rasa kurang berkeyakinan saat melihat perut yang berlipat di sana sini saat duduk bersama teman-teman. Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan memakai outer atau kardigan longgar sepanjang paha yang boleh menutupi perut berlipat atau paha yang besar. Dalam masa yang sama juga anda akan kelihatan lebih bergaya. Memilih outer motif bergaris vertikal juga membantu memberikan ilusi langsing.

IKLAN

MINI DRES
Mini dres yang disarungkan pada tubuh secara tidak langsung membantu memberikan ilusi kaki yang lebih panjang. Agar tampil lebih langsing bak model, kenakan bersama pointy shoes dengan ketinggian lebih daripada tiga sentimeter. Tentu anda tampak lebih menawan.

IKLAN

DENIM WARNA GELAP
Pilih jean dengan potongan straight cut atau boot cut. Ia mampu ‘merampingkan’ bahagian bawah tubuh. Hindari tambahan poket besar atau patch dalam warna terang. Ini kerana ia boleh membuatkan kaki anda kelihatan besar dan lebar.

Apa yang penting ialah keyakinan ketika menggayakan pakaian yang dipakai. Secara tidak langsung, aura akan terserlah dengan keyakinan yang terpamer pada riak wajah sis.