Selain bibir, bahagian mata juga perlu diambil kira ketika merias wajah. Biasanya mata bundar menawan mampu memukau sesiapa yang memandang sering menjadi dambaan wanita.

Namun, tidak semua wanita bertuah dilahirkan dengan pakej lengkap dengan mata yang menawan. Sebenarnya ada cara untuk mendapatkan mata seindah itu. Ianya boleh dilakukan melalui teknik solekan bagi memberikan ilusi mata yang lebih menyerlah.

Bagi hijabi yang ingin menyerlahkan solekan bahagian mata dan ingin tampil dengan solekan mata yang betul bagi memastikan mata anda nampak lebih galak atau besar, jom cuba trik ini!

Eyeliner (Penggaris Mata) Warna Berbeza
Memilih penggaris mata atau ‘eyeliner’ jangan hanya memilih warna hitam sahaja. Anda boleh mencuba variasi berbeza seperti hijau, biru atau coklat untuk menjadikan mata anda kelihatan berbeza dan sesuai dengan busana atau aksesori yang dipakai.

Sumber gambar: martstyletoday.com

 

IKLAN

Shimmery Eye Shadow
Untuk memberikan kesan mata yang lebih lebar dan besar, sebaik-baiknya oleskan ‘shimmery eye shadow’ pada kelopak mata. Warna-warna ‘glitter’ memberikan kesan mata lebih segar dan lebih glamor.

Sumber gambar: Pinterest.com

 

Highlight Pada Garis Mata
Berikan garis pada bawah mata dengan warna ‘highlight’. Kali ini, pilih saja warna putih dan pakai pada lingkaran dalam mata. Kemudian, baru di bahagian luar disusun dengan penggaris mata hitam.

Sumber gambar: timesofindia.indiatimes.com

 

IKLAN

Eyeshadow Brow Bones
Pakai ‘eyeshadow’ berwarna terang di bahagian tulang kening untuk memberikan kesan mata yang lebih galak. Warna-warna ‘highlight’ ini membuatkan mata lebih segar dan menggalakkan mata.

Sumber gambar: Pinterest.com

 

Concealer
Pakai penutup cela di bahagian bawah mata untuk menyembunyikan lingkaran hitam di bawah mata. Lingkaran gelap di bawah mata akan menjadikan penampilan seseorang itu kelihatan tidak bermaya dan lesu. Dengan pemakaian concealer, kekurangan pada wajah akan dapat ditutupi.

IKLAN
Sumber gambar: stylecaster.com

 

Bulu Mata
Beli alat klip mata. Ia membantu membuatkan bulu mata lebih lentik. Bulu mata inilah yang akan membantu mengalihkan perhatian sehingga membuat orang merasa mata anda kelihatan cantik dan lebih bundar.

Sumber gambar: michellephan.com

Soft Contact Lens
Trend masa kini adalah memakai kanta lekap lembut sehingga membuatkan mata jadi lebih bening dan bulat. Helah ini juga sekali gus membuatkan mata anda tampak besar, galak. Pilih saja warna-warna coklat atau hitam sehingga memberikan kesan mata yang menarik.

Sumber kredit: medium.com

HIJABISTA: Semoga dengan panduan ini dapat membantu anda mendapatkan solekan mata yang memenuhi kehendak anda.

Sumber gambar (top image): Instagram Che Ta

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI