Untuk memiliki tubuh badan yang sihat bukan hanya berkaitan dengan faktor pemakanan ataupun senaman malah waktu rehat yang cukup juga memainkan peranan penting untuk memastikan tubuh sentiasa sihat selalu. 

Sumber gambar: Polina

Waktu tidur yang cukup serta berkualiti amat diperlukan oleh tubuh badan supaya badan akan sentiasa cergas dan sihat. Malah, kajian menunjukkan bahawa individu yang tidak mendapat waktu tidur yang cukup boleh menjadikan berat badan naik. Setiap daripada kita disarankan untuk tidur sekurang-kurangnya 7 sehingga 8 jam setiap malam. Bagi anda yang sukar untuk memiliki kualiti tidur yang baik, lakukan beberapa langkah di bawah ini untuk mendapat tidur yang cukup pada setiap malam.

Baca juga: Susahnya Nak Tidur! Tukar Haruman Bilik Tidur Anda Dengan 5 Pilihan Aroma Bunga Yang Menenangkan Ini!

Jadual waktu tidur

Usah paksa diri anda untuk terus berjaga biarpun mata anda sudah kuyu dan mengantuk. Untuk memastikan ketetapan waktu tidur anda sentiasa konsisten, pastikan anda meletakkan disiplin yang tinggi terhadap waktu tidur anda. Jika anda sudah berasa mengantuk pada jam 10 malam, pastikan anda terus tidur jam 10 malam dan usah melengah-lengahkannya. Apabila anda sentiasa konsisten, ia secara tidak langsung dapat memberikan kualiti yang baik pada waktu tidur anda. Pastinya anda akan berasa cergas apabila bangun pada keesokan harinya.

Jangan fikir soal kerja

IKLAN

Terutamanya kepada mereka yang ‘workaholic’, jangan ganggu fikiran anda dengan soal kerja ketika ingin tidur. Ini akan membuatkan anda sukar untuk lena dan akhirnya kualiti tidur anda akan terganggu. Untuk mengelakkan masalah ini, anda boleh menggunakan sabun mandian de-stress dan mandi dengan air panas sebelum tidur. Ia memberi efek yang menenangkan dan memudahkan anda untuk lena.

Sumber gambar: Cottonbro

Bersenam

Banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan di rumah mahupun di pejabat. Umum tahu, senaman mampu untuk memperbaiki kualiti tidur anda. Anda disarankan untuk bersenam di awal pagi ataupun petang supaya tubuh badan anda akan mula berasa penat di waktu malam. Ini juga akan memudahkan anda untuk tidur dengan lena.

IKLAN
Sumber gambar: Vlada

Katil hanya untuk tidur dan berehat sahaja!

Pasti ramai diantara kita yang sentiasa melakukan kerja di atas katil sambil duduk ataupun meniarap. Awas! Jangan sesekali berbuat demikian! Ia akan menyebabkan anda akan terus fokus membuat kerja sehinggalah menganggu waktu tidur anda! 

Satu lagi cara yang anda boleh lakukan sekiranya anda sukar untuk tidur, pasangkan muzik yang tenang dengan volum yang perlahan. Pastikan lampu semua ditutup. Cara ini dapat memberi ketenangan pada minda anda dan akan memudahkan anda untuk tidur.

IKLAN

Katakan tidak pada kafein

Hadkan pengambilan kafein anda hanya sehingga sebelum pukul 2 petang sahaja. Kopi, minuman tenaga, coklat dan semua sumber kafein harus dijauhi kerana bimbang kesannya berlarutan sehingga ke malam hari dan menggangu waktu tidur anda.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI