Biarpun mengalami masalah berat badan sejak dari zaman persekolahan, namun Jamilah Abdul Rahman sama sekali tidak mengalah malah berusaha mengatasinya dengan sebaik mungkin.

Melakukan beberapa perubahan besar dalam hidup, Jamilah bersyukur kerana akhirnya dia berjaya dapatkan hasilnya. Slowly but surely!

Dari saiz 3XL kepada saiz S/M

Overweight sejak darjah 3(umur 9 tahun).

Obesiti sejak sekolah menengah.

Tak pernah kurus sampailah tahun 2020.

Mula ubah gaya pemakanan Mac 2019 dengan berat permulaan 116kg. Tinggi 154cm.

Mac 2020 sudah capai 67kg.

IKLAN

Sekarang berat macam tak banyak turun tapi inch loss memang terasa.

Baju dari 3XL sekarang saiz S/M dah boleh pakai.

Apa yang saya buat ialah :-

đŸ’¯ Ubah cara pemakanan. Kalau dulu makan macam ada bela saka. Sekarang amalkan suku-suku separuh. Masak sendiri dengan guna bahan-bahan yang lulus eat clean sahaja. Menu saya banyak rujuk album group ni. Makan 5 kali sehari. Dinner sebelum pukul 7 malam.

Exercise yang saya buat briskwalk setiap pagi 5 ke 7km. Masa berat 116kg tu just dapat buat 1 ke 2km je sehari. Tapi makin badan dah ringan kita tambah lagi jarak. Yang penting ikut mampu badan kita.

Pastikan kita sentiasa aktif. Target step 1 hari 10k. Buat-buat sibuk di rumah walaupun tak sibuk.

Saya juga selalu puasa sunat.

Bila dah kurus geleber itu biasa. Tapi kita boleh atasi. Kalau bahagian perut, peha saya buat plank, squats, sit up dan apa-apa je senaman yang boleh tolong kecilkan bahagian tersebut. Boleh tengok youtube cara-caranya. Sama jugak dengan bahagian bawah lengan. Boleh tengok senaman yang sesuai di YouTube.

Kopi o tanpa gula dan green tea minuman kegemaran sekarang ni. Utk mengoptimumkan pembakaran lemak. Kopi o saya minum pagi semasa sarapan atau sahur. Green tea pula sebelum tidur.

Jangan mudah stres sebaliknya lalui kehidupan ini dengan tenang.

Tidur awal setiap hari. Jam 10 malam saya dah masuk tidur.

Elakkan stres semasa perjalanan nak kuruskan badan. Enjoy the journey. Slowly but surely.

Inilah antara beberapa perkara yang saya amalkan sepanjang perjalanan ni. Yang penting kita ikut kemampuan kita dari segi apa pun. Biar lambat asal selamat.

SEMANGAT DAN JANGAN CEPAT PUTUS ASA.

Insha Allah dengan izin Allah pasti ada hasilnya.

kredit: Jamilah Abdul Rahman