Alexandrina Denysenko, seorang pramugari senior yang berpengalaman selama tujuh tahun, mengatakan bahawa dia kadang-kadang tidak mempunyai masa terluang untuk duduk semasa penerbangan dan selalu berharap dapat merehatkan kakinya yang bengkak setelah menghabiskan berjam-jam memakai tumit.

Kini, mimpinya menjadi realiti apabila SkyUp Airlines, syarikat penerbangan Ukraine memutuskan untuk menghentikan penggunaan kasut bertumit tinggi dan skirt pensil setelah mengumpulkan maklum balas daripada pramugari mengenai pakaian seragam mereka.

Pakaian seragam SkyUp yang baru untuk wanita kini merangkumi kasut Nike putih dan seluar oren longgar dengan seluar dan selendang sutera yang mana kedua-duanya dibuat oleh jenama Ukraine. Pemakaian T-shirt putih pula akan menggantikan blaus.

@ The Calvert Journal

“Benar, kasut tumit tinggi kelihatan cantik namun kaki menderita dan membengkak pada akhir penerbangan kerananya. Berbanding sneakers, ia benar-benar selesa,” kata Alexandrina kepada Reuters.

“Minta dijauhkan, tetapi jika anak kapal harus melakukan pendaratan di air dan kecemasan, tumit boleh merosakkan tangga dan akan menyukarkan pergerakan,” katanya.

IKLAN

Syarikat itu mengatakan bahawa mereka meneliti sejarah seragam kru kabin dan memutuskan untuk membuang apa yang mereka sebut iaitu elemen ‘konservatif’ daripada penampilan pramugari.

@ bbc.com

“Walaupun gambaran kerja sebagai seorang pramugari wanita sangat popular, namun pekerjaan mereka menuntut banyak latihan fizikal,” kata ketua jabatan pemasaran SkyUp Airlines, Marianna Grygorash.

Pakaian seragam baharu ini akan dilancarkan secara rasminya pada 22 Oktober akan datang.

IKLAN

Marianna mengatakan syarikat itu juga merancang untuk melancarkan pakaian seragam baru untuk kru lelaki. Mereka akan mengenakan suit berbanding vest dan kemeja-T bukannya baju berkolar, digabungkan dengan kasut Nike hitam.

“Jika seluruh dunia dan semua fashionista memakai kasut, mengapa tidak membawanya ke dunia penerbangan?” kata pramugari Zoryana.

IKLAN

sumber: CNN

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee