Photo by Cliff Booth from Pexels

Tiada yang kurang. Gaya berpakaian sentiasa kemas, wajah cantik berseri tanpa sebarang cela, segala-galanya tampak sempurna. Namun dalam kesempurnaan luaran itu, masih terdapat segelintir individu yang mempunyai masalah bau badan yang menyesakkan hidung.

Masalah bau badan jelas menjejaskan penampilan diri seseorang individu. Tentu saja ia menimbulkan ketidakselesaan pada orang lain. Hendak ditegur bimbang disalah erti, namun bau menyesakkan itu begitu merimaskan dan boleh mengganggu emosi ramai pihak.

Memakai deodarant bukan penyelesaian masalah ini kerana mereka yang mengalami masalah bau badan juga perlu mengamalkan penjagaan dalaman. Amalan tradisional dan menggunakan bahan semula jadi boleh membantu mengatasi masalah bau badan.

Petua mudah ini menjadikan badan berbau harum mewangi hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja. Bau badan pun rasa segar sahaja tanpa bau yang ‘menyengat.’ Tiada lagi masalah bau ketika dan ketiak basah.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Jika terlupa atau tidak pakai deodorant pun tidak mengapa kerana badan anda tidak akan ‘mengeluarkan’ bau yang boleh membuatkan orang lain ‘sesak nafas.’ Bahan pun tidak banyak. Hanya guna dua bahan sahaja dan bahan ini memang mudah sangat didapati. Mungkin juga anda memang sentiasa ada bahan-bahan ini di rumah.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

 

IKLAN

Limau Purut
Lada Putih

CARA-CARA MEMBUAT:
1) Hiris kulit buah limau purut. Masukkan dalam mangkuk.

2) Tabur lada putih. Ini anggaran. 1 biji limau purut 1 sudu kecil lada putih. Guna lada putih yang biji bukan serbuk.
3) Kukus kulit limau purut bersama lada putih tersebut lebih kurang 20 minit atau sampai kulit limau lembut.
4) Tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat.
5) Bulat-bulatkan seakan maajun atau jamu. Jangan besar sangat dikhuatiri tercekik masa makan nanti.

6) Siap. Boleh simpan dalam peti sejuk. Ambil sebiji dan telan bersama air masak.

IKLAN

Kesannya boleh dirasai sebulan selepas itu. Peluh tidak lagi berbau kuat walaupun selepas bersenam di gimnasium atau jogging. Ketika datang haid tentunya bau peluh akan sedikit ‘tajam’ namun selepas mengamalkan petua ini, bau peluh tidak lagi kuat.

Walaupun anda mungkin lupa untuk makan ‘suplemen’ ini namun badan tidak lagi berbau. Memang bagus petua ini terutama buat mereka yang mengalami masalah bau badan yang kuat.

HIJABISTA: Kebersihan diri yang baik terutama membersihkan badan dengan pembersih antibakteria boleh membantu melawan kuman dan mencegah bau badan. 

Sumber kredit: Adila Azurin

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI