Zaman sekarang ini, tiada istilah perigi mencari timba. Jika hati sudah terpaut, apa salahnya seorang wanita itu memikat jejaka pilihan hatinya.
Seperti yang dikongsikan oleh Muhamad Firdaus Ibrahim, 23, dia yang lumpuh bertemu jodoh bersama isteri iaitu Siti Fatimah Mohd Nor, 25, dan sudah berkahwin pada 17 Ogos lalu selepas isterinya memulakan langkah perkenalan di laman Instagram.
Bagi Fatimah, dia tidak pernah melihat fizikal Firdaus yang lumpuh dan hidup berkerusi roda akibat kemalangan sebagai halangan untuknya membina rumah tangga bersama.
Memuat naik di twitter, perkongsiannya itu mendapat lebih 14 ribu retweet hingga ke hari ini.
Walau pada mulanya Firdaus agak ‘jual mahal’ terhadap pasangannya itu, namun kalau dah jodoh tak ke mana kan?
“Itu bukan mengorat, itulah keberanian dan kejujuran”- Ramai warganet yang terinspirasi dengan kisahnya itu dan berharap mereka juga mempunyai keberanian yang sama seperti isterinya.
kredit: twitter @zafidos
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Atlet Taekwondo LIA KARINA Kini Pensyarah & Pempengaruh, Bakal Berstatus Doktor Falsafah
Lia Karina Mansur merupakan atlet utama Indonesia dalam sukan taekwondo.
Sepanjang kariernya, wanita kelahiran Yogyakarta ini menyertai Pasukan Kebangsaan Indonesia bermula tahun 2006 hingga 2013.
Dalam tenpoh itu, Lia Karina berjaya mencapai beberapa pencapaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Lia Karina pernah meraih pingat emas pada PON Jawa Barat 2016 dan pingat perak pada Sukan SEA XXVI.
Di peringkat antarabangsa pula, Lia Karina berjaya menjadi naib juara Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Terbuka Jeonju di Korea Selatan.
Dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai latar belakang sukan, Lia Karina sering terlibat dalam pelbagai aktiviti sukan.
Selepas mencuba pelbagai sukan, Lia Karina akhirnya menemui potensinya dalam taekwondo. Biarpun badannya banyak lebam-lebam akibat pukulan semasa pertandingan, ini tidak mematahkan semangat atlet berusia 33 tahun ini untuk terus berlatih.
“Saya sendiri juga bingung apabila orang bertanya mengapa memilih taekwondo sedangkan taekwondo lebih memenatkan dan menyakitkan berbanding sukan-sukan lain,” ujar Lia Karina seperti dipetik daripada laporan Kumparan.com
Kegigihan Lia Karina berlatih membuahkan hasil apabila memenangi beberapa perlawanan yang membuatkan dia berasa lebih yakin dan mampu melakar lebih banyak kejayaan dalam taekwondo.
Pencapaian itu juga membuktikan berhijab tidak pernah menghalangnya untuk terus berjuang.
Ketika di sekolah rendah, Lia Karina berjaya menyertai pasukan kebangsaan untuk sukan taekwando.
Ketika itu, dia mengakui pendidikannya terganggu kerana terpaksa menumpukan perhatian terhadap setiap latihan yang disertainya.
“Taekwondo adalah latihan yang sukar terutama sebagai sukan individu, kita perlu berlatih lebih. Ia seperti memikul tanggungjawab terhadap diri sendiri.
Sejak tamat sekolah rendah dan menengah kekerapan serta intensiti latihan sudah mula meningkat,” jelas Lia Karina.
STIGMA & TENTANGAN KELUARGA
Lia Karina turut menerima pelbagai stigma daripada keluarganya sendiri malah dilarang bertanding. Menurut Lia Kirana, keluarga bapanya agak konservatif.
Lia Kirana juga pernah dilarang berhijab ketika bertanding. Ketika itu, dia diminta menanggalkan tudung kerana dikatakan akan menyukarkan persaingan di luar negara.
Namun, Lia Karina tetap dengan pendiriannya untuk kekal bertudung dan berlatih dengan lebih gigih.
“Alhamdulillah, ada hikmah di sebaliknya. Saya lebih bersemangat untuk cuba mendapatkan keputusan yang lebih baik,” luah Lia Kirana.
Selepas tidak lagi aktif dalam pelbagai pertandingan, Lia Kirana kini menguruskan pusat kecergasan milik keluarga di samping menjadi jurulatih, pensyarah dan influencer taekwondo. Lia Kirana turut menguruskan homestay dan vila bersama suami.
Selain itu, Lia Kirana juga sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah di sebuah universiti di Yogyakarta.
Menurutnya, pendidikan sangat penting terutama bagi seorang wanita.
“Pendidikan untuk wanita sangat penting, pergi ke kolej sangat penting kerana wanita juga perlu ada kuasa serta kemahiran walaupun akhirnya wanita itu akan menjadi ibu dan isteri,” katanya.
Bagi Lia Karina, perkara paling penting baginya ialah sentiasa berusaha menjadi versi terbaik buat dirinya dalam semua bidang ternasuk kerjaya, keluarga dan pendidikan.
Kredit Foto: Instagram Lia Karina Mansur
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Nasihat, Ibu Bapa Jangan Kongsi Gambar & Nama Anak Di Media Sosial Semata-mata Mahu Duit Raya
Segala maklumat peribadi sama ada diri sendiri dan juga ahli keluarga perlu menjadi rahsia dan tidak sepatutnya dikongsi secara terbuka.
Seperti juga nama dan gambar anak-anak, mengapa perlu dikongsi di media sosial untuk tatapan umum? Sebenarnya perbuatan ini hanya mendedahkan anak-anak dengan pelbagai bahaya.
Melalui perkongsian Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau berkongsi tentang trend ibu bapa yang berkongsi nama dan anak-anak secvara terbuka semata-mata kerana ada individu yang menawarkan duit raya.
Saya sangat tidak selesa dengan satu trend terkini. Semalam ada yang minta orang ramai kongsi nama anak dengan menawarkan duit raya sebagai ganjaran. Hari ni ada guna taktik sama minta gambar anak pula.
Tak sangka ramai pula yang kongsi gambar anak-anak mereka. Kenapa ada yang tega kongsi nama, gambar anak, serta nombor akaun bank, sedangkan orang yang meminta tu mereka tak kenal pun?
Saudara-saudari, di dunia ini ada orang baik, dan ada juga segelintir yang sentiasa mencari peluang atas kebaikan orang. Bukan suruh kita buruk sangka, tapi kita haruslah sentiasa berwaspada.
Jadi, berhati-hatilah. Anak-anak tak tahu apa. Tugas kita adalah untuk melindungi anak-anak. Termasuk lindungi privasi mereka. Bukan sekadar lindungi mereka dari ancaman fizikal sahaja.
Kita yang dewasa ni, jika wajah dan nama kita dijaja oleh ibubapa kita kepada orang yang tidak dikenali, demi dapatkan sedikit duit raya, mesti kita pun tak selesa, kan?
Marilah kita berpesan-pesan hal ini.
Semoga Tuhan lindungi kita dan anak-anak kita dari helah, tipu daya dan ancaman yang kita tidak sedari. Anak Adalah Amanah
Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memang Menjadi! Tak Perlu Buang Gel Pewangi Yang Kecut, Cuba Cara Ini Pasti Boleh Guna Lagi
Kebiasaannya kita pasti akan membuang gel pewangi selepas ia sudah mengecut kerana merasakan ia sudah tidak berfungsi lagi. Namun, tahukah anda sebenarnya ia masih boleh digunakan dan tetap memberikan haruman yang kuat pada persekitaran anda.
Nak tahu bagaimana? Jom kita ikuti langkah-langkah yang dikongsikan oleh Aine Soaudi ini!
Ini contoh gel pewangi yang telah mengecut.
Kemudian rendamkannya di dalam air.
Lihatlah, ia sudah kembang kembali seperti ke bentuk asal.
Yang ini juga contoh gel pewangi yang telah kembang kembali selepas direndam. Memang menjadilah teknik ini. Anda bolehlah mencubanya di rumah!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
kredit: Facebook Aine Soaudi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI